Monday, June 08, 2009

iDaman 8



Akhirnya kami tiba di Pejabat dan Bilik Pameran Nusa Idaman. Kami disambut oleh seorang eksekutif jualan Cik Irene yang peramah.

Harga rumah teres dua tingkat yang terendah yang sudah siap di fasa 1, 2 dan 3 RM $267,000.00 (SGD $110,900.00). Kita perlu membayar wang cengkeram serendah RM $3,000.00 (SGD $1,250.00) ketika mendaftar.

Mereka memberikan pinjaman (loan) sehingga 90 peratus untuk jangka masa 20 atau 30 tahun mengikut umur peminjam. Secara purata sebulan bayaran ansurannya sekitar RM $600.00 (SGD $250.00)

Selain itu kita perlu membayar RM $10,000.00 (SGD $4,200.00) untuk cukai kerajaan dan insuran perumahan seperti HDB sebanyak RM $3,000.00 (SGD $1,250.00) sekali bayaran.

Kami dibawa melihat-lihat unit rumah yang sudah siap didiami di fasa 2. Di sini Cg tertarik dengan unit rumah teres dua tingkat yang sudah siap.

Kami meninjau unit rumah no.24. Tanpa berfikir panjang Cg meletakkan wang cengkeram RM $3,000.00 (SGD $1,250.00) untuk menempahnya dengan menggunakan kredit kad!

1 Comments:

Blogger Welcome said...

Dear Abd kadir ,

Hi , En Abd Kadir . Irene sini. Gembiranya nampak En Abd Kadir bogspot kat sini. I tengah follow up loan status Encik. Insya Allah boleh pindah cepat..Keep In touch.

Regards ,

irene

10:02 PM

 

Post a Comment

<< Home