Tuesday, June 09, 2009

iDaman 9


Pada hujung minggu kami berkunjung lagi ke Nusa iDaman kerana Syurgawijr masih belum membuat keputusan muktamat.

Pada kunjungan kali kedua ini Cg membuat keputusan untuk menukar unit rumah teres no. 24 ke unit no. 32 yang mempunyai halaman yang lebih luas mengikut pandangan Kak iTon.

Kami bernasib baik kerana unit rumah no.32 masih belum dimiliki. Di samping itu kami menyelesaikan surat perjanjian dengan pihak pemaju dan pihak bank.

Oleh kerana Cg tidak layak untuk mendapat pinjaman jangka panjang disebabkan oleh umur jadi terpaksalah menyertakan sekali nama Muhd Al-Hakim sebagai pemilik bersama.

Setelah selesai menanda-tangani segala surat perjanjian kami berkunjung ke rumah pameran di fasa 2 dan di fasa 5 yang menjadi pilihan Syurgawijr serta ke jenis rumah CourtYard di fasa 6.

Pihak pemaju di Bukit Indah dan Horizon Hills juga menawarkan harga yang hampir sama`tetapi dengan syarat perjanjian pemaju dan pinjaman yang berbeza.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home