Monday, July 19, 2010

Cabaran 10


Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang. Terus maju ke depan.

Banjir Kilat! Bukan sekali tetapi berulang kali. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengatasinya. Pembinaan terusan, terowong dan sewaktu dengannya dilakukan agar banjir kilat yang menjejas aktiviti ekonomi dapat dielakkan terutama di kawasan perniagaan Orchard Road, Bukit Timah dan Bandar.

Bila banjir kilat berlaku pihak pengurus menyalahkan mereka yang membuang tuala wanita, pampes dan sewaktu dengannya menyebabkan saluran air tersumbat. Pengaliran air tersekat, akibatnya tempat letak kereta bawah tanah menjadi kolam renang tertutup begitu juga unit rumah atau unit kedai tingkat satu menjadi bathtub!

Adakah seluruh Singapura akan ditenggelami air dalam masa 10 atau 20 tahun akan datang bila berlaku banjir kilat? Semasa hidup di kampung tahun-tahun 50han dan 60han kejadian banjir kilat menjadi lumrah terutama ketika menyambut aidil-fitri. Mereka menyalahkan sistem peparitan yang tidak teratur. Tetapi selepas 45 tahun merdeka keadaan masih tidak berubah. Singapura masih menikmati banjir kilat!

Muka bumi Singapura telah berubah akibat tambakan tanah di Lapangan Terbang Changi, Pantai East Coast, Marina Bay, Pulau Jurong, Tuas dan sewaktu dengannya menyebabkan ruang air terbatas. Keluasan tambakan tanah ini hampir 25 peratus keluasan Singapura. Adakah ini yang menyebabkan banjir kilat?

Kemusnahan alam sekitar berlaku akibat sikap manusia yang mementingkan diri ! Jangan salahkan keadaan yang berlaku !

Nantikan Esok Cabaran 11


0 Comments:

Post a Comment

<< Home