100 HaRi
NUR BATRISYAH : 26 APRIL 2006 - 3 OGOS 2006
Kudengar tangisan dikau yang pertama
Mengucap syukur kepada Illahi
Bahawa Allah menghidupkan dan Allah mematikan
Kupeluk tubuh dikau yang mongel
Dengan limpahan kasih dan sayang
Dikau laksana sehelai kain putih yang suci dan murni
Kucium pipi dikau yang sehalus sutera
Terasa harumnya bau syurga
Penawar segala duka dan lara
Kugendung dikau yang lena dalam hiruk pikuk dunia
Hanya susu menjadi santapan dikau siang dan malam
Menjadi darah dan daging untuk tubuh dikau membesar
Kulihat mata kecil dikau terkebil-kebil memandang sekeliling
Penuh warna penuh warni penuh tanda tanya
Mana mamaku mana papaku mana abangku?
Kupegang kedua tapak kaki dikau begitu comel dan halus
Tidak sabar untuk berdiri dan berlari
Kaki dikau akan memijak jalanan yang berdebu dan berduri
Kubisik di telinga dikau setiap detik dan masa
Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w
Menjadi pendinding segala pancaroba
Kupohon doa agar dikau menjadi anak yang soleha
Mengisi ilmu di dada dan menjadi umat terbilang
Seratus hari dikau layari dengan ucap syukur Alhamdullilah!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home