NaMaSte 6
21 DEC 2006
Taj MaHal lambang CinTa sejati. Tugu CinTa yang wujud dari kurun 17 hingga ke hari ini.
Selepas sarapan kami melawat TuGu CinTA Taj MaHal antara tujuh keajaiban dunia. Dibina oleh Maharaja Shah Jehan untuk permaisurinya Muntaz Mahal pada tahun 1653.
Taj Mahal mengambil masa 22 tahun kerana terdapat 22 kubah yang mewakili tahun pembinaannya. dan memerlukan dua puluh ribu pekerja.
Selepas sarapan 9.00 pagi kami bertolak menuju ke Taj Mahal yang jaraknya cuma satu kilometer. Kami menaiki bas elektrik untuk mengelakkan pencemaran.
Kini Taj Mahal benar-benar di hadapan kami. Segala impian selama bertahun terpendam dalam hati kini menjadi realiti.
Kubur sepasang kekasih dikebumikan di tengah-tangah kubah marmar dengan ukiran Surah Fajar menghiasi tugu cinta.
Muntaz Mahal dikebumikan tiga kali kerana menanti siapnya tempat bersemadinya yang terakhir.
Di belakangnya mengalir lesu sungai Jumnah. Di sini kami bertemu rombongan Malaysia yang menginap di KhyBer HouseBoat. Kami bergambar dan bertanya khabar. Ayah suruh mereka visit TamanBahasa.
Di sini juga AtiQa bertemu dengan artis K-Drama di Taj Mahal sedang melakukan pengambaran. Jawapannya di bawah.
Kami bergambar INR $600 untuk enam keping gambar diambil oleh juruphoto jalanan.
Keagungan Taj Mahal bukan kerana seni bina dan ukiran mar-mar tetapi ia adalah manipestasi CinTa SeOrang LelaKi PaDa SeOrang WaniTa yang tiada tolok bandingnya seperti lagu Irwan Shah . . . aku memang pencinta wanita! LaGu kesukaan HaziQ!
Setelah itu kami ke kilang marmar dan sutera. Di sini ada cerita PakMat Tempe. Sambungannya di bawah.
Kemudian kami kembali semula ke hotel untuk makan tengah hari dan check out. Ayah ambil kesempatan update NaMaSre 4 dan 5. Punyalah slow!
Selepas makan kami bersolat jamak takdim di sebuah masjid kampung lalu ke Istana JahanGir. Istana khas untuk perempuan.
Dianggarkan maharaja itu memiliki 5,000 isteri beragama Islam dan Hindu.
Pada pukul 3.00 petang kami menuju ke JaiPur. Perjalanan dianggarkan 5 jam! Tiba pada pukul 8.00 malam. Sawah luas terbentang di kiri kanan jalan tanpa rumah penduduk. Perjalanannya seakan SinGapura ke Melaka tetapi kerana projek naik taraf dari dua lorong ke enam lorong menjalankan perjalanan kami sedikit tergendala. Alhamdullilah akhirnya kami tiba di JaiPur.
Kami bermalam di JaiPur!
# Ayah telah menemuramahnya dan mevideokannya lalu menceritakan AtiQa giler dengan K-Drama setiap hari. Artis itu terlalu excited lalu bertanya drama yang ditontonnya. Drama Goong! Beliau terlalu gembira bila dapat menemui peminatnya AtiQa dari SinGapura di Taj Mahal.
# Wan Madhuri bila dengar harganya three seventy five (375 rupee) lalu memilih 6 helai. Setelah puas membongkar dan memilih baru Wan Madhuri sedar bukan TIGA helai 75 Rupee, tetapi 375 ialah tiga ratus tujuh puluh lima Rupee untuk sehelai! Kantoi habis! Paisey!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home