Friday, May 18, 2007

CitRa PanDang BelAKanG 2

Cerita Ini Hanya Rekaan. Namun Malam Tadi Bau Wangi Setanggi Tiba-Tiba Begitu Menyusuk Lubung Hidung Selepas ‘post’ Segmen 1 – Teringat Malam Jumaat. Mungkin Kerana Terlalu Menghayatinya. Kini ikuti Segmen Ke 2 . . . CitRa PanDang BelAKanG !

SEGMEN 2

Cg melakukan apa yang terdaya. Cg memegang tapak tangannya. Dia membalas gengaman itu begitu kuat dan erat. . Kami ‘berdailog’. Suara yang keluar lenggok keindonesiaan. Menurut katanya ‘dia’ marah kerana ‘diganggu’. Cg dapati ada ‘tiga jenis makhluk’. ‘Suara’ pertama seakan orang tua. ‘Suara’ kedua seakan nenek tua. Sementara ‘suara’ ketiga seakan prajurit yang ingin membalas dendam.

Dipendekkan cerita. Cg bertawakal menangkalnya. Dengan izin Allah tiba-tiba matanya terbuka dan dia terkejut kerana kenapa ramai teman yang memandangnya dengan hairan. Cg menyuruh dia bertentang mata, tetapi dia tetap memalingkan mukanya ke arah lain.

Apabila didesak berulang kali dia ‘menyinga’ lalu menghalau kami semua keluar kerana katanya dia hendak tidur. Cg lihat dia kelihatan keletihan. Cg mengarahkan dua temannya yang bertubuh besar menemaninya dan yang lain balik ke bilik masing-masing dan berjanji tidak akan menghebahkan kejadian itu kepada yang lain.

Selepas setengah jam di bilik itu dan suasana kembali normal Cg kembali ke bilik di tingkat satu. Ketika menuruni tangga hati berbelah bagi untuk pulang ke bilik. Akhirnya Cg berbual dengan pekerja penyambut tamu yang bertugas malam itu. Hilang mengantuk kerana keramahannya. Waktu sudah melepasi tengah malam.

Ayuni baru berusia 22 tahun tapi sudah berstatus ‘janda’ kerana suaminya ‘menghilang’ dengan alasan mencari kerja di negara jiran menyebabkan dia terpaksa bekerja untuk menampung keperluan hidupnya bersama 4 orang cahaya mata yang masih kecil. Oleh kerana kemahirannya berbahasa Inggeris menyebabkan dia ditugaskan sebagai penyambut tamu.

‘Cikgu!”

Cg terkejut. Sekujur tubuh menuruni anak tangga. Di belakangnya kedua teman yang Cg suruh menjaganya. Matanya masih pejam ketika dia menuruni tangga. Cg tercegat seketika. Apa sahaja budak-budak ini!

Kedua-dua temannya tergopoh-gapah menuruni tangga melepasinya lalu berdiri di samping Cg. Menurut ceritanya ketika mereka hendak tidur, mereka terdengar pintu dibuka dan cuba menghalangnya. Tetapi mereka ditolak dengan begitu keras oleh teman mereka yang bertubuh kecil itu.

Oii nak ke mana?”

Langkahnya terhenti. Mukanya dipalingkan ke atas.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home