Monday, May 21, 2007

CitRa PanDang BelAKanG 4

Cerita Ini Hanya Rekaan. Pagi Tadi Cg Mencari Teman Sekerja Di Kantin Untuk Makan Bersama. Tiba-tiba Disergah Dari Balik Tiang. Kus Semangat. Bukan Makhluk Halus Tapi Entah Dari Mana Makhluk Buncit Itu Muncul.. Kini Ikuti Segmen Ke 4. . . CitRa PanDang BelAKanG !

SEGMEN 4

Ketika Cg menegur Helmi “Oii hendak ke mana?”, langkahnya terhenti dan mencari arah suara Cg. Cg menghampirinya dan memegang lengannya. Dia mengoyangkan lengannya agar Cg melepaskannya.

“Awak hendak ke mana?”
“Saya hendak keluar . . . ” sambil jari telunjuknya menunjukkan pintu masuk di lobi hotel.
“Ada apa pak?” tanya Ayuni.
“Tak tahu. Anak-anak mahu keluar malam” sambil mata Cg menjeling ke arah jam. 3.20 pagi!

Cg kemudian memusingkan tubuhnya lalu memimpinnya menaiki tangga untuk ke biiliknya semula. Alhamdullilah dia tidak membantah cuma kakinya sahaja diheret dan kepalanya ditundukkan ke bawah. Kedua temannya mengekori dari belakang.

Sesampai di bilik dia terus baring di katilnya. Cg menyuruh kedua-dua temannya tidur sementara Cg seorang akan menjaganya. Kunci bilik Cg masukkan ke dalam kocek seluar bimbang jika Cg tertidur dia merayau entah ke mana.

Hai lagi dua jam subuh. Lamanya. Televisyen tak ada. Mata sudah mula mengantuk. Tak boleh tahan lagi lalu Cg tertidur.

Cg dikejutkan oleh azan subuh yang berkumandang. Azan subuh itu sungguh kuat kerana jarak masjid itu hanya beberapa meter dari hotel kami. Apabila Cg terjaga ketiga-tiganya masih berdengkur. Cg membersihkan diri cepat-cepat untuk bersolat subuh. Bila Cg keluar dari bilik air si Helmi duduk tercatuk! Kus semangat.

“Cikgu tunggu saya”
Cg mengangguk. Ketika Helmi masuk ke bilik air Cg bersembahyang sunat subuh dahulu kemudian mengejutkan kedua-dua temannya. Kedua-duanya mengerekotkan tubuh dan menyambung tidur.

Cg menyiapkan sejadah daripada tuala bersih yang belum digunakan. Cukup untuk dua orang. Cg kamat. Ketika hendak mengangkat tabir Helmi bersuara.

“Cikgu kejap, ada kawan hendak sembahyang sama”.

Berdebar jantung. Berat hati untuk memandang ke belakang. Setahu Cg di belakang kami berdua ialah katil kedua temannya yang masih berdengkur. Cg hanya memandang ke depan sambil membaca selawat ke atas nabi untuk mententeramkan perasaan. Apa sahaja budak-budak ini!

“Cikgu dah siap”
“Allahu Akhbar”

0 Comments:

Post a Comment

<< Home