GununG LeDanG 1973
Cg pernah mendaki dan menakluk puncak Gunung Ledang bersama 7 orang teman 33 tahun yang lalu. Syukur Allhamdullliah pendakian kami tidak mengalami bencana seperti yang menimpa kepada dua warga Melayu Islam Singapura baru-baru ini. Takdir telah menentukan akhir hayatnya di sana. Semoga roh keduanya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman. . . . al fatiha.
Selesai sahaja kami bersolat subuh kami menyeludup masuk ke kawasan kaki gunung tanpa melaporkan kehadiran kami kepada balai ranjer yang bertugas. Pendakian kami dari Tangkak, Muar yang lereng gunungnya agak curam tetapi lebih cepat sampai dari arah Asahan, Melaka yang landai. Kaki melangkah begitu bersemangat untuk sampai ke puncak.
Setelah melepasi beberapa gunung kecil akhirnya kami sampai di Gunung Ledang. Lutut macam sudah tanggal. Cg bersama teman yang bernama Hajiz berada di barisan belakang sekali. Jarak dengan peserta di depan lebih kurang antara 50 hingga 100 meter. Tidak nampak teman di depan kerana jalannya berliku dan ditutupi hutan cuma dengar isyarat tiupan wisel sahaja.
Setelah dua jam mendaki air bekalan semua sudah habis. Tekak kering. Semua sendi lenguh tidak terkata. Akhirnya kami tiba di kawasan air terjun untuk berkhemah kerana hari menjelang senja. Keadaan sekitaran benar-benar gelap dan menyeramkan dengan pelbagai bunyi haiwan yang menyambut kedatangan malam.
Ketua rombongan M Saad sebelum bertolak telah berpesan supaya jaga mulut. Jangan celupar. Entah macam mana Cg terlepas cakap kalau malam ini hujan lagi best! Kerana terpesona dengan awan dan kabus yang berada di sekeliling kami. Seperti kita lihat dari bawah gumpulan awan dan kabus mengelilingi puncak-puncak gunung.
Kami mendirikan dua khemah. Satu khemah untuk 4 orang. Setelah membersihkan diri di air terjun dan makan malam nasi dan mee (mentah dan hangus) kami bersiap untuk tidur kerana kepenatan. Teringat mee goreng mamak dan air bandung dalam mimpi.
Tiba-tiba hujan ribut pun turun. Habis basah semua peralatan tidur kami. Air mengalir di bawah khemah kami begitu deras. Kami mencangkung sepanjang malam dari pukul 4.00 pagi hingga ke 8.00 pagi baru hujan reda. Setelah cuaca kembali cerah kami bertolak pada pukul 10.00 pagi dan tiba di puncak pada pukul 12.14 tengah hari, hari Jumaat 07 Disember 1973 di ketinggian 1,270 meter dari paras laut.
Alhamdullilah!
Satu panorama pergunungan terbentang di hadapan kami. Jika cuaca terang kita boleh melihat Selat Melaka dengan menggunakan teropong. Tetapi selalulnya cuaca di pergunungan itu berkabus. Seakan berdiri di puncak Gunung Everest. Ke gunung telah kudaki, ke lurah telah kuturuni dengan izin Allah!
# pendaki dari kiri : M Safie, Hajiz, Cg, M Saad, Nasir, M Suib, Ibrahim dan M Ishak.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home