Monday, June 25, 2007

10 MinGGu

Saturday, June 23, 2007

LamBaian ReDang 11

Friday, June 22, 2007

LamBaian ReDang 10


Perkhidmatan talian internet di Singapura antara yang terbaik dengan khidmat jalurlebarnya. Selain pusat pengajian tingg, restoran makan segera turut memberikan khidmat WIFI percuma.

Keadaan ini sukar kita dapatkan di negara-negara lain di Asia. Ketika Cg berada di Bejing China dan di Hong Kong terpaksa mencari hotel mat saleh untuk dapatkan cybercafe. Dan ketika berada di India mereka masih menggunakan dailup yang sering putus tengah jalan!

Semasa di Malaysia kebanyakan hotel menyediakan khidmat internet dengan bayaran RM$10.00 untuk sejam. Mengikut pengalaman Cg jalurlebarnya sering tergantung patut dipanggil jalursempit. Kalau di Indonesia jalurtikus!

Namun begitu sepulang dari lawatan ke ReDang Cg begitu terkejut kerana MeGa View Di Kuantan menyediakan jalurlebar secara percuma yang setanding dengan di negara kita. Cepat dan laju! Cg pernah menginap di Awang Rantau Abang. Dahulu ada khidmat internet kerana penyu naik ke darat. Tetapi sejak penyu merajuk, mat saleh pun merajuk, bilik internet itu cuma tinggal namanya sahaja.

Apa yang Cg perhatian kebanyakan Biznes Room (di hotel) atau di CyberCafe majoritinya digunakan oleh mat saleh. Mereka membaca emel, post blog dan mendapatkan informasi tempat lawatan. Berbeza dengan kita kebanyakan anak-anak bermain games! Di pantai Cenang LangKawi hampir 10 komputer anak-anak main games menyebabkan Cg terpaksa membatalkan niat untuk menggunakan khidmat internet di Cafe tersebut!

Jadi bila ada mat saleh barulah keperluan khidmat internet disediakan di sesebuah tempat pelancongan.

Thursday, June 21, 2007

LamBaian ReDang 9


CeRita MisteRi

01 Sebelum berangkat ke ReDang kami dikejutkan dengan sesuatu yang membimbangkan. Kalau mengikut petua orang tua ia adalah satu petanda buruk dan perlulah kita membatalkan niat untuk melangkah keluar rumah. Pinggan mangkuk pecah tanpa disengajakan.

Kejadian itu bukan sekali tetapi tiga kali. Kali pertama malam sebelum berangkat. Kali kedua dan ketiga, pagi ketika hendak berangkat. Yang misterinya bingkai gambar berkaca pintu Kaabah yang digantung di dinding turut jatuh terletak di lantai. Masya Allah!

02 Dalam perjalanan ke ReDang kami melalui lebuhraya Utara Selatan. Kereta SyurgawiJr di depan sementara kereta TamanBahasa mengikuri di belakang dengan kelajuan 110 km sejam. Yang misterinya ketika melepasi Segamat untuk ke Kuantan tiba-tiba seekor ular jatuh di hadapan kereta TamanBahasa. Masya Allah!

03 Ketika di ReDang Cg ke LaGuna ReDang setiap hari untuk post blog. Penyambut tamu memberikan Cg PC 5. Hang! Tiga kali ulang-alik memberitahunya. Kemudian ditukar ke PC1 . O.K.

Esoknya diberi PC 2. Hang! Dua kali ulang-alik memberitahunya. Kemudian ditukar ke PC 1. O.K. Yang misterinya ketika Cg menggunakan PC 1, tetamu lain boleh gunakan PC 2. Masya Allah!

04 Niat untuk sampai ke rumah sebelum 8.25 malam waktu isyak. Tetapi ketika melalui jalan yang berliku di Kota Tinggi dan dihalang oleh kenderaan lori serta kesesakan di koswe tidak mungkin hajat itu tercapai. Mungkin paling awal 9.00 malam. Yang misterinya ketika tiba di blok 335 Tampines waktu menunjukkan 8.20 malam. Masya Allah!

05 Alhamdullilah. Perjalanan ke ReDang SelaMat PerGi Dan KemBali. Kita diGalakkan berDoa. Dan Yakin DenGan Doa Tersebut. TerSerah Allah MeNentuKannya Yang TerBaik Untuk Kita.

Subhanallah walhamdullilah walaillahaillah waallah ukhbar!

Wednesday, June 20, 2007

LamBaian ReDang 8

Tuesday, June 19, 2007

LamBaian ReDang 7



Snorkeling. Snorkeling. Snorkeling.
Walaupun aturcara cuma tiga kali snorkeling, tapi kami semua snorkeling lebih daripada lima kali dari pagi hingga ke malam selama 3 hari 2 malam. Pada Cg di mana-mana sahaja di pulau ReDang boleh dilakukan snorkeling. Di depan pantai hotel penginapan kami pun kami snorkeling.

Dengan kejernihan airnya bagaikan kristal dan hidupan lautnya yang berwarna-warni, ikan-ikan itu berenang tanpa memperdulikan kehadiran kami. Kami berenang seiringan. Terumbu-terumbu karang menghiasi dada laut.

Pada snorkeling pertama, pemandu snorkeling kami telah menunjuk cara snorkeling pada para peserta yang kali pertama melakukannya. Kami bernasib baik kerana mereka begitu sabar mengajar para peserta yang kepanikan bila berada di air.

Melihat keindahan dasar laut sungguh mempersonakan. Kita tidak akan dapat menyaksikannya di negara kita kerana perairannya telah tercemar akibat kegiatan ekonomi dan perkapalan.

Pada snorkeling kedua kami berebut-rebut untuk bergambar di dalam laut. Pelbagai gaya yang kami lakukan. Sungguh menyeronokkan melihat pelbagai gelagat para peserta yang beraksi di dalam air.

Jurugambar akan menyelam lebih dahulu kemudian diikuti oleh para peserta yang akan ditekan tubuh mereka ke dalam air oleh pemandu snorkeling kami. Dalam masa lima saat itulah kami menahan nafas dan beraksi sehingga lampu kamera bernyala.

Kami juga dibawa snorkeling di Taman Hiidupan Laut di ReDang yang mengenakan bayaran masuk RM$5.00 setiap orang kecuali anak-anak dan warga emas cuma RM$2.00 sahaja.

Di sini hidupan lautnya lebih banyak, besar dan menarik. Kami sempat dibawa oleh pemandu snorkeling kami untuk melihatnya memberi makan belut laut. Beliau akan menyelam dengan sepotong ikan untuk menarik perhatian belut laut itu keluar dari gua terumbu karangnya.

Kami benar-benar terkejut kerana belut laut itu besar dan panjang. Beliau berjaya memeluknya untuk diberi kepada kami, tetapi terlepas kerana kami semua menjerit kerana terkejut ketakutan.

Pada pagi hari terakhir kami snorkeling untuk melihat baby shark. Ya ikan jerung! Oleh kerana ikan-ikan jerung ini sensitif jadi kami bergerak dalam kumpulan yang kecil iaitu tiga orang serta pemandu snorkeling kami JoeyDin.

JoeyDin akan menarik boya yang kami pegang ke tengah laut. Kami cuma terapung tidak dibenarkan menggerakkan tangan atau kaki. Kawasan tempat baby shark itu berteluk dan berterumbu karang.

Pada mulanya kami nampak dua ekor baby shark melintas di hadapan kami. Setelah itu seekor lagi menjelma. Akhir sekali kami berjaya melihat baby shark sepanjang 4 kaki dalam jarak 5 meter bergerak menghilangkan diri kerana mengesan kehadiran kami.

Dalam perjalanan ke pantai kami terserempak pula dengan seekor penyu yang berlegar-legar di dasar laut yang berterumbu karang itu serta sekawan ikan nemo yang berenang-renang di lubuknya.

LamBaian ReDang benar-benar memukau kami. Subhanallah!

Monday, June 18, 2007

LamBaian ReDang 6

Sunday, June 17, 2007

SelaMat HaRi Bapa


TamanBahasa menguCapkan SelaMat HaRi Bapa
kepaDa seMua Bapa Blogger FaMili Hj Salleh

TeRima KaSih Pada Anak-Anak :
NurZetty & IsKanDar, HerMan & NurDiana
Muhd AlHakim & NurAtiQa dan NurHaziQ & NurBatriSyah

Friday, June 15, 2007

LamBaian ReDang 5




Aktiviti Di ReDang

01 AtiQa BerGambar Ketika SnorKeling
02 AlHakim Melakukan AktiViti Scuba
03 Cg Menyelam Melihat Baby Shark Di Tengah Laut
04 SamBut Hari Bapa Dengan HiDangan Sotong BBQ Yang DiCanDat

Thursday, June 14, 2007

LamBaian ReDang 4


Tahun ini banyak pengalaman baru yang kami temui ketika berada di Pulau ReDang. Pada peserta baru seperti BakJat & KakNgah, KakLong, Herman & Raudah serta KakMinah, Adik Ida & Wani juga Faiz & AlHakim pengalaman snorkeling adalah kenangan indah yang mempersonakan melihat keindahan alam lautan dengan hidupan laut yang berwarna warni. Lebih-lebih lagi melihat bagaimana pemandu kami menyelam memberi makan belut laut yang sungguh panjang di Taman Laut Redang.

Di samping itu ramai juga peserta lama yang belajar berenang dan bersnorkeling untuk mendapat sijil perngiktirafan. Antaranya KakIton, Bibik, KakLong dan Adik Ida. Kami juga telah bergambar di dasar laut ketika bersnorkeling. Sekeping gambar RM$5.00.

Sesuatu yang tidak jangka telah berlaku. Ramai peserta veteran yang telah mencurahkan isi perut ke laut ketika aktiviti candat sotong. Sementara peserta baru dapat bertahan hingga ke akhir. Om kata Rock Mesti Mentain. tetapi dia juga tak boleh tahan!

# HaZiq Wan Wan Belajar Snorkeling! dan Utih akan Scuba pada pukul 4.00 petang ini. Kos Scuba RM$150.00

LamBaian ReDang 3


AktiViti CanDat SoTonG

BerCuti CanDat Sotong adalah aktiviti sampingan yang menarik. Malam tadi kami seramai 18 orang peserta telah berpulang untuk mencandat sama ada kali pertama atau kali kedua. Kali ini di Pulau ReDang.

Selepas makam malam BBQ kami bertolak pada pukul 8.00 malam dan tiba di perairan candat pada pukul 9.00 malam. Kali ini mangsanya yang pertama ialah Iman. Belum tiba lagi isi perutnya telah diluahkan ke laut. Kasihan!

Setiba di perairan mencandat kami semua kebosanan. Seperti biasa pada awalnya sotongnya belum mengenali bot kami. Sebelum sotong dapat di candat mangsa keduanya telah membuang isi perutnya ke laut.

Menjelang 9.30 malam barulah sotong-sotong mula dicandat. Tetapi telah mengorbankan beberapa mangsanya. Antaranya Cg juga menjadi mangsa mabuk laut.

Malam tadi kami cuma mendapat 12 ekor sotong lebih baik daripada rombongan MUIS yang hanya dapat 4 ekor sotong sahaja. Tahun lalu di Pulau Kapas kami mencandat 35 ekor sotong!

Mangsa-mangsa mula merayu untuk pulang. Tetapi Cg mengenakan satu syarat. Jika KakLong atau AlHkim dapat sotong baru kami pulang. Menjelang 10.45 malam KakLong mendapat candat bukan satu tapi dua sotong di mata kailnya. Oleh kerana itu kami semua pulang dengan perasaan lega. Acara itu ditutup dengan mangsa terakhir PakAtit - pemancing veteran juga turut membuangkan isi perutnya ke laut. Alhamdullilah!

Antara yang terselamat : KakNgah, KakIton, KakLong, KakMinah, Adik Ida, Era, Atuk, BakJat dan AlHakim berjaya melawan gelombang Laut China Selamat. Tahniah!

Wednesday, June 13, 2007

LamBaian ReDang 2


Udara pagi pantai sungguh segar dan nyaman. Angin bertiup dari Laut China Selatan. Selepas bersapan pagi awal pada pukul 7.30 pagi kami dijemput oleh wakil Coral Reef Resort untuk ke Merang pada pukul 7.45 pagi.

Perjalanan ke Merang mengambil masa 45 minit. Kami menerima berita bahawa rombongan bas seramai 15+1 orang telah tiba awal pada pukul 6.00 pagi. Alhamdullilah kami semua berkumpul di Jeti Merang untuk menaiki feri ke ReDang!

Cik Wani kita beli oleh-oleh untuk ayahnya yang tercinta di jeti Merang. Feri itu cukup-cukup untuk membawa kami semua seramai 25+1 orang. Pemandunya Cik Faizal memandu dengan cukup hebat melawan gelombang laut China Selatan.

Pulau Redang menyambut kehadiran kami pada pukul 10.00 pagi. Di sini kami bertemu dengan rombongan keluarga MUIS yang akan berangkat pulang. Kejernihan air laut dan panorama yang memukau begitu mempersonakan kami semua. Keletihan perjalanan sehari semalam terasa terubat apabila kami menjejakkan kaki di pantai ReDang!

Atur Cara Hari Ini :

12.00 tengahari makan siang
14.30 snorkeling
16.30 minum teh
19.00 makan malam BBQ
21.00 mencandat sotong (insya Allah)

LamBaian ReDang 1

# GamBar Ikut Puataran Jam :
AisKrem Goreng - Sea CuCumber - LeMang - Satar

Kami memulai dengan Bismillah. Hari ini (12.06.07 selasa) kami bertolak dari Singapura pada pukul 6.00 pagi untuk ke ReDang. Hanya keluarga TamanBahasa dan Syurgawijr yang bergerak dengan kereta. Alhamdullilah pemeriksaan di Tambak Johor lancar kerana waktu masih awal pagi.

Kami melalui LebihRaya Utara Selatan untuk ke Yong Peng. Dari Yong Peng kami mengikut jalan ke Labis dan seterusnya ke Segamat. Kami bersarapan pagi di Segamat pada pukul 10.00 pagi. Setelah itu kami bertolak ke Kuantan melalui LebuhRaya 2 dan tiba di Gebeng (sempadan Pahang Terengganu pada pukul 12.30 untuk makan tengahari.

Akhirnya kami tiba di Pantai Batu Buruk untuk menginap semalam di Seri Indah pada pukul 3.00 petang. Cg dan anak buah syurgawijr apa lagi. . . terjun ke kolam renang. Kalau ada Haziq lagi best kita main bola di kolam renang!

Monday, June 11, 2007

LamBaian ReDang


TamanBahasa akAn berCuti seMinggu mUlai selaSa 12 Jun 07 uNtuk menikMati keInDahan Alam Pulau ReDang yanG meMukau paRa penGunjung.

NantiKan laPoran haRian berInforMasi berMula denGan LamBaian ReDang 1. SeRamai 25 aHli keluaRga akan turut serta terdiri daripada para blogger SyurgawiJr, BakJat.com, Oddid, Sarah.com, TamanBahasa, SweetDarling, PakAtit.com dan Ylo In The House.

SemOga Ayangz, MyKidz, WakRam.com dan SkaZeisk akAn tuRut seRta unTuk tRip aKan Datang.

Sunday, June 10, 2007

TiP KeSiHatan BaHaya KoleStrOL


Saturday, June 09, 2007

TiP KeSiHatan SaKit JantunG

Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang mengidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.

Walau bagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya anda mengambil langkah-langkah pencegahan walaupun tidak mempunyai keturunan yang pernah sakit jantung.

Adalah lebih baik sekiranya anda mengelakkan atau berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun. Anda juga perlu mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.

Anda juga perlu mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing. Berbincanglah dengan keluarga terdekat sekiranya anda berhadapan dengan masaalah.

Mereka yang mempunyai kecenderungan mendapat penyakit jantung juga digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.

Senaman yang dimulakan secara beransur-ansur, akan membantu merangsang aliran darah untuk mengalir dengan lebih lancar. Pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum mula bersenam, dan mulalah bersenam secara beransur-ansur.

Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan, dengan itu mengurangkan kadar berlakunya arthrosklerosis.

Bagaimanapun, serat semulajadi juga banyak terdapat dalam sayuran dan buah-buahan segar dan pengambilan sayur dan buah-buahan segar juga mampu menyerap kalesterol.

Kita Cuma MeRancang SeDangkan Allah Menentukan SeGalanya!

Thursday, June 07, 2007

SuDut KeSiHatan Blok 313

Wednesday, June 06, 2007

LiRik MeMukau AlleyCats

Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Untuk gadis pilihan oh.. di bulan Februari
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran
Ribuan mimpi-mimpi oh di bulan Februari

Di pohon cemara kuukirkan kata cinta
Bulan tersenyum dan bersinar
Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu
Meraikan suasana indah
Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau kupergi dulu
Kunantimu di pintu syurga

Bulan takkan terang tanpa seri wajahmu
Hati takkan tenang tanpa kehadiranmu
Rindu dalam sepi rindu dalam mimpi
Kutetap menanti
hingga akhir nanti

Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun terluka namunku merindu
Kerana cintaku tiada akhirnya
Walaupun kau telah menghancurkannya

Nota Terakhir
Ku bukan seorang jutawan
Yang sebagaimana engkau inginkan
Ataupun seorang cendekiawan
Yang dapat mendidik seribu insan

Gerimis Senja
Batinku menjerit namun tiada suara

Monday, June 04, 2007

PerGiNya InSan SeNi - LoGa AlleyCats

ReDang 31 Mei 71

Saturday, June 02, 2007

PenCemaRan PuiSi

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Cempedak gugur di luar pagar
Ambil sahaja dengan tangan

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Bilik air ada, tetapi mandi di ladang
Patutlah bau badan macam bangkai

Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kesian betul dengan Cik Tipah
Jarum patah pun disimpan dalam peti

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain saya anak Mak Limah tak cuci berminggu

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang tailong mesti bayar (lor)
Hutang ceti sampai mati (amak!)

Friday, June 01, 2007

NS 1967 - 1980


MERAIKAN ULANG TAHUN KE 40 PERKHIDMATAN NEGARA : 1967 -2007