Sunday, December 14, 2008

Kembara 3 Kota : 8



Hari kedua di kota London kami habiskan masa dengan bersiar-siar dari pagi hingga ke malam. Cuaca menyebelahi kami. Terang tapi dingin.

Selepas sarapan kami terus menaiki tube untuk ke Arsnel Stadium. Peminat giler AtiQa. Keluar dari tube tersergam stadium di depan mata kami. Kami membayar tiket untuk mengikuti tour pada pukul 12.00 tengah hari.

Pada mulanya kami fikir Cuma kami 10 orang sahaja. Tetapi rupanya melebihi 50 peminat yang mengikuti tour tersebut.

Tour bermula ke bilik VIP. Jika ingin duduk menonton dari bilik ViP sediakan 25 ribu pound sebuah kerusi. Di sebelah kawasan ViP cuma 4 ribu dan mesti ikat perjanjian 4 tahun. Jika hendak selesa pilih jadi ahli diamond, hanya 250 ribu pound setahun. Disediakan parking, minuman dan makanan! Arsenal memang hebat!

Selepas itu kami dibawa ke bilik pemain menyalin pakaian sebelum perlawanan. Ada bilik doctor, peralatan x-ray, jakuzi terapi dan ruang memanaskan badan. Bilik menyalin pakaian mengikut feng sui cina – bentuk tapak kaki kuda (ladam). Pemain duduk mengikut peranan dan kapten duduk di tengah-tengah. Mereka tidak boleh gunakan bahasa lain kecuali English!

Kami melalui terowang pemain menuju ke padang. Wah sungguh hebat.Semua kerusi kusyen berwarna merah berjumlah 64,500 buah kerusi.Terdapat dua skrin besar LCD di kiri kanan stadium. Cg bertuah dapat duduk kerusi no 13 yang diduduki oleh Asner Wegner ketika perlawanan berlangsung.

Iskandar bertanya kepada pemandu kami kenapa kita dapati padang itu berbelang-belang di televisyen sedangkan tiada apa-apa warna yang digunakan. Anda tahu jawapannya? Sila tag jawapan anda, OK!

Akhirnya kami dibawa pula ke bilik repoter yang dilengkapi dengan peralatan komputer untuk membuat laporan. Sebelum itu kami ke bilik persidangan akhbar selepas perlawanan. Di mana manager Arsenal akan menjawap segala soalan yang dilontarkan oleh pihak pemberita. Di sini kami diberi peluang untuk mencuba jadi pengurus menjawap soalan pemberita.

Tour berakhir pada pukul 2.00 petang! Satu informasi yang lengkap dan menarik dengan jenakanya sekali. Tiba-tiba perut rasa lapar!

Di depan stadium terdapat kebab halal dan ayam halal (Missisipi Café) dan kelihatan para jemaah solat jumaat baru keluar dari musalah! Ya sebelah stadium dari musalah!
Selepas makan kami ke musalah untuk solat zuhur dan asar.

Solat Jumaat dilakukan 3 kali. Pukul 12.00, 12.45 dan 1.30 petang! Bilik musalahnya lebih kurang sebesar ruang tamu rumah cg yang boleh muat lebih kurang 60 jemaah sekali sembahyang.

Acara petang kami ke Harrods – Pusat beli belah alFayad! Barangannya memanglah eksklusif. Kami dapati majorityi pelangannya dari timur tengah! Yang sedihnya terdapat peminta sedekah bertudung di pintu masuk! Masya-Allah!

Kalau di Negara kita sepuluh biji rambutan cuma RM $1.00 sahaja. Tetapi di Harrods harganya 22 pound (SDG $45.00) dan manggisnya 19 pound! Nenas yang dipotong kiub 10 pound (SDG $23.00) yang kita beli di gerai buah cuma SDG $2.00!

Jangan bazirnya wang bila ke Harrod! Mereka bukan beli barang tetapi beli glamour – jenama Harrod!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home