Thursday, June 11, 2009

iDaman 11


Hidup di alam dunia ini adalah satu perjalanan. Dari alam akhirat ke alam nyata dan akhirnya kembali ke alam akhirat yang kekal abadi.

Selama di alam dunia itu rata-rata semua orang berpindah randah atau berhijrah dari satu tempat ke suatu tempat dengan pelbagai alasan untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.

Sejak dilahirkan Cg tinggal di 653-2 Bedok Road, kemudian alamat itu diubah kepada 48D Bedok Road. Selama 28 tahun hidup dalam suasana kampung yang aman dan permai.

Berpindah ke Blk 25 Balam Road apabila berumahtangga dan tinggal selama hampir 6 tahun menyewa flat HDB tiga bilik, tingkat 10, sebelum memiliki rumah sendiri di Tampines. Di blok ini kami menerima dua cahaya mata, NurZetty dan NurDiana.

Pada tahun kelahiran Muhd Al-Hakim pada tahun 1985 kami berpindah ke Blk 294 Tampines Street 22, tingkat 4. Unit lima bilik ini juga menyaksikan kelahiran anak keempat NurAtiQa.

Kini kami menginap di Blk 313 Tampines Street 33. Unit eksekutif tingkat 7, dihiasi dengan tawa dan tangis tiga orang cucu, Muhd NurHaziQ, NurBatrisyah dan Muhd NurAniQ.

Insya-Allah kami akan berpindah ke rumah teres dua tingkat beralamat 32 Jalan Idaman 2/4, 79100 NusaJaya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home