Saturday, August 15, 2009

Aku Ketahuan 6


Artikal Aku Ketahuan 5 telah disiarkan hari ini di Berita Harian - Sabtu, 15 Ogos 2009 - halaman 23.

Sila Layari : Masjid Perlu Layani Pelbagai Muslim

Sebenarnya Cg terpanggil untuk menulisnya kerana beberapa teman Cg berbangsa China yang beragama Islam (asal Malaysia, Singapura & China) berasa kekok bercampur dengan kaum Melayu di masjid kerana tidak kelihatan bangsa seketuruanan dengan mereka.

Seorang muslim Cina dari China bertanya ada tak masjid China di sini! Sementara seorang teman Cina yang tinggal berdekatan dengan Masjid Taqua Bedok keberatan untuk menghadiri akitiviti seperti sembahyang tarawih. Begitu juga teman di mana Cg menjadi saksi pengislamannya di Darul Arqam berasa tidak selesa untuk ke masjid disebabkan mereka tidak faham bahasa Melayu.

Mereka berasa terpinggir dan bertanggapan masjid itu untuk orang Melayu kerana tiada bangsa seketurunan dengan mereka di masjid-masjid kejiranan mereka, sedangkan muslim bukan Melayu telah mencecah 10,000 orang di Singapura (sumber Darul-Arqam).

Kita pun berasa kekok jika sembahyang di masjid India (Bencoolen atau Angulia) yang pengumuman dan khutbahnya menggunakan bahasa Tamil. Mengapa tidak kita adakan masjid untuk kaum Cina muslim di Singapura! (Mungkin CEO masjid Bedok Reservoir main peranan untuk mengajukannya)

Semoga keadaan ini akan berubah dari masa ke semasa! Insya-Allah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home