Thursday, August 27, 2009

Sejarah Tarawih


Solat tarawih dikategorikan sebagai sunat muakkad yang sangat dituntut dilakukan oleh umat Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara sendirian atau berjemaah selepas solat Isyak.

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim daripada Aishah bahawa Nabi Muhammad melakukan solat tarawih hanya beberapa malam di masjid di bulan Ramadan. Selepas malam kelima hingga akhir Ramadan, baginda melakukan ibadat itu di rumah.

Hadis riwayat Ibnu Huzaimah dan Ibnu Hibban daripada Jabir bahawa Nabi Muhammad s.a.w. melakukan solat tawarih sebanyak 8 rakaat dan diikuti solat witir.

Khalifah Saidina Umar bin Al-Khatab yang memperkenalkan solat tarawih 20 rakaat dan ditambah 3 solat witir.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home