Thursday, July 22, 2010

Cabaran 11


Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang. Terus maju ke depan.

Baru-baru ini terdapat ura-ura untuk tidak mewajibkan Bahasa Ibunda (Melayu/Cina/Tamil) bagi kemasukan pelajar ke sekolah menengah. Maksudnya tiada peperiksaan bahasa ibunda di peringkat PSLE! Cuma tiga subjek utama yang diperiksa iaitu English, Maths dan Sains.

Tujuannya hebat. Untuk mengurangkan tekanan terhadap para ibu bapa dan pelajar yang menduduki peperiksaan PSLE! Ramai yang menyokongnya dan ramai juga yang menyuarakan bantahan.

Pengumuman kementerian pendidikan itu akan menimbulkan implikasi yang cukup berat dari jangka pendek dan jangka panjang. Jangka pendeknya apabila bahasa ibunda tidak diutamakan, keperluan guru-guru bahasa ibunda (Melayu/Cina/Tamil) tidak lagi diperlukan dalam sistem pendidikan. Sudah tentu akan berlaku pengurangan atau pembuangan tenaga kerja atau guru-guru itu diserapkan ke bidang-bidang yang dirasakan sesuai!

Jangka panjangnya kita akan jadi warga negro di Amerika yang hebat berpidato dalam bahasa English dan dilantik jadi presiden Amerika yang pertama tetapi kehilangan budaya asalnya (dari Afrika)!

Tujuan sebenar pembelajaran bahasa ibunda adalah untuk mengekalkan bahasa perhubungan yang telah wujud ribuan tahun dan melestarikan budaya Asia (Nusantara/Cina/India) sebagai jati diri rakyat Singapura yang berbilang kaum dan agama.

Sanggupkah kita menguburkan bahasa dan budaya yang telah diwarisi ribuan tahun kerana mengejar kecemerlangan dalam bahasa English, Maths dan Sains? Jawapannya YA dalam masa 20 tahun akan datang! Kerana generasi masa kini lebih mudah berkomunikasi dalam bahasa English daripada bahasa ibunda.

Keadaan ini dipermudahkan kerana datuk nenek dan ibu bapa sendiri yang specking london dengan cucu dan anak mereka! Jadi janganlah kita berpura-pura dan menyalahkan pemerintah jika kita sendiri tidak mencintai bahasa dan budaya kita!

Nantikan Esok Cabaran 12


0 Comments:

Post a Comment

<< Home