AYam PenYek
Sekarang ini Singapura dilanda FENOMENA baru. Para pemaju bersaing untuk meningkatkan populariti di kalangan warga Singapura. Ramai yang berebut-rebut ingin menikmatinya. Yang dimaksudkan ialah AYAM PENYET atau istilah Inggerisnya SMASHED FRIED CHICKEN. Tapi di Singapura dieja menggunakan K jadilah AYAM PENYEK!
Bagi TamanBahasa AYAM PENYET itu sebenarnya AYAM ACCIDENT! Ayam yang accident itu cepat-cepat disembelih untuk mengelakkan kerugian. Oleh kerana tulang dan dagingnya penyek lalu dinamakan AYAM PENYET apabila pelanggan bertanya kenapa dagingnya penyek. Menu yang berasal dari INDONESIA itu kini popular sama ada di restauran ataupun di gerai-gerai makanan. Di SINGAPORE EXPO baru-baru ini ketika diadakan Pameran Barangan Indonesia, pegerainya menggunakan SEKETUL BATU untuk mengetuk daging ayam itu beberapa kali sebelum menghidangkan kepada pelanggan. Sementera di AYAM PENYEK SINGAPURA di PASAR GEYLANG menggunakan MARTIL supaya daging ayam itu penyek!
Soalan yang bermain di KEPALA OTAK ini apa perlunya daging ayam itu diketuk! Adakah untuk melembutkannya ataupun memudahkan untuk mencariknya. Agaknya ayam-ayam itu AYAM TUA kot? Sudahkan ANDA menikmatinya? Selain AYAM PENYEK kini ada IKAN PENYEK yang dihidangkan untuk SI HIDUNG PENYEK! Tak lama lagi nanti . . . KAMBING PENYEK, KERBAU PENYEK, KODOK PENYEK . . .
0 Comments:
Post a Comment
<< Home