Friday, August 04, 2006

BuAt BoDoh SuDah


BISMILLAH hati ini terpanggil untuk menyatakan sesuatu :

Ada mata tidak memandang! Ada telinga tidak mendengar! Ada tangan tidak berupaya! Ada suara tiada terkata! Begitulah nasib yang menimpa LUBNAN! Masyarakat DUNIA memBISU dengan penderitaan di depan mata. BUTA dengan darah yang mengalir! PEKAK dengan dentuman bom! Piagam masyarakat dunia sekarang ialah : BUAT BODOH SUDAH!

Masyarakat ARAB kini sebenarnya menghadapi KRISIS KEPEMIMPINAN! Masyarakat Arab seperti SI BUTA KEHILANGAN TONGKAT. Era ANWAR SADAT, KING FAISAL, SADAM HUSSIN dan YASIR ARAFAT telah berakhir. Pemimpin yang menggantikanya bukan tidak bertaring malahan TIADA GIGI untuk menggigit! Sebab itu tentera Israel berMAHARAJALELA. Keadaan itu diburukkan lagi apabila kumpulan HAMAS dan ALFATAH tidak sehaluan. Berbunuhan sesama sendiri! Jika kedua kumpulan pejuang ISLAM itu tidak BERSATU janganlah membuang masa, tenaga dan wang untuk membantu mereka! BUAT BODOH SUDAH! Keadaan yang sama juga berlaku antara kumpulan HIZBULLAH dengan tentera LUBNAN! Mereka mempunyai agenda politik komersil BUKAN keikhlasan berjuang untuk bangsa, negara dan agama!

Jangan harapkan negara-negara Arab yang lain untuk membantu kerana mereka telah melihat apa yang terjadi di IRAQ. Segala peralatan tentera mereka tidak berfungsi kerana sistem komputernya dikuasai oleh AMERIKA. Canggihnya teknologi hingga katil tempat kita tidur atau tandas tempat kita melepaskan hajat dapat dilihat melalui satelit. Jadi bagaimana kapal terbang dapat berlepas dan mengebom! Diburukkan lagi perpecahan kumpulan SUNI dan SYIAH yang memudahklan kejatuhan dan kemusnahan IRAQ! Masih juga masyarakat ARAB tidak sedar!

Apa yang dapat dijangkakan TUNJUK PERASAAN di merata dunia tidak akan dapat memberhentikan PENGEBOMAN Israel kerana SI KOPI, SI SEMAK SAMUN dan SI BERAS juga mempunyai agenda mereka sendiri. Bagi mereka BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT!

Jadi apakah yang dapat KITA lakukan? Ya KITA!

Masyarakat Islam di PALESTIN, LUBNAN, AFGANISTAN, IRAQ, BOSNIA, SOMALIA, ACEH, adalah antara teladan semasa. Perpecahan membawa kehancuran. Di negara KITA juga, kita pernah memulakan PUASA dan bersembahyang RAYA berbeza hari! Masih terdapat badan-badan kebajikan, madrasah dan masjid yang tidak sehaluan! Mereka mempunyai agenda sendiri-sendiri sedangkan agenda utama ialah kerana ALLAH!

Insya-Allah moga ada HIKMAH di sebalik krisis yang melanda Dunia Islam sekarang. Krisis Pengganas, Krisis Perpecahan, Krisis Kemungkaran dan Krisis BUAT BODOH SUDAH! WalAllah walAlam bisSawab ! Allah Maha Mengetahui ! Ya HAIYU Ya QAYYUM !