NaMaSte 7
22 DEC 2006
Selepas sarapan pada pukul 8.00 pagi kami bertolak Ke Istana Maharaja Rajastan.
Kami menaiki gajah untuk ke Istana Rajastan yang terletak di puncak bukit. Setiap gajah hanya dibenarkan membawa dua orang penumpang sahaja. Terhenjut-henjut gajah yang besar dan berat itu mendaki ke puncak bukit mengekori antara satu sama lain. Perjalanan hanya untuk satu perjalanan sahaja iaitu ke Istana. Selepas sampai di istana kami turun dan gajah-gajah itu turun untuk mengambil penumpang baru. Kosnya INR $275.
Setelah itu pada pukul 10.30 pagi kami menuju ka Pink City. Kota Merah Jambu. Maharaja Rajastan suka dengan warna tersebut. Semua bangunan dan tembuknya berwarna Pink. Terdapat dua tempayan besar untuk mengisi air Sungai Ganjis. Maharaja itu hanya minum air Sungai Ganjis. Tempayan itu diisi air Sungai Ganjis apabila Maharaja itu pergi ke EngLanD.
Kemudian kami melawati Pusat Bintang dalam bentuk yang tradisional untuk mengetahui waktu jam, perjalanan bulan dan bintang dan penentuan kalendar.
Sesuatu yang berbeza di India ialah bayaran masuknya bolehlah dikatakan berpatutan dan murah tetapi bayaran kamera $50 atau percuma dan videonya $100. Tetapi merakam video masa sekali tidak dibenarnya di Taj Mahal. Nak tahu kenapa. Jawapannya di bawah.
Di pusat permata kami diterangkan bagaimana batu-batu yang kotor dan berdebu itu dicanai untuk menjadi batu permata yang berharga dan menjadi barang perhiasan kaum wanita. Seperti biasa kami hanya mendengar dan menjamu mata. Bila hendak dibawah ke pusat pakaian dan kraf tangan kami menolak untuk balik ke hotel. Ada makna tu.
Sebenarnya kami ini membeli belah seperti di Palika Bazar di Delhi, tetapi nampaknya pemandu pelancong mempunyai agendanya sendiri mengharapkan komisen dari kedai-kedai besar itu. Petang ini kami akan ke Bazar untuk mencari cenderahati untuk dbawa pulang. Kalau tidak kami akan merayap sendiri.
# Insya Allah kami akan berangkat pulang esok tengah malam 12.00 dan sampai di SinGapura pagi minggu. Sila semak IC 859 daripada Delhi.
# Menurut pemandu pelacong merakamkan video tidak dibenarkan di Taj Mahal kerana dutakuti pelancong tidak akan ke Taj Mahal kerana sudah melihat video rakaman dan ia mungkin akan menjejas industri pelancongan sedangkan Taj Mahal adalah sumber utama pendapatan negara dari segi pelancongan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home