Sunday, December 14, 2008

Kembara 3 Kota : 9



Hari ketiga di kota London kami berpindah tempat tinggal dari West Silvertown ke Paddinton. Pagi-pagi kami berarak ke stesen West Silvertown. Tetapi kecewa! Tubenya rosak. Kami disediakan bas untuk ke stesen Canary Warf. Dari stesen itu kami menaiki untuk ke Paddinton.

Selepas tiga hari di kota London kami mula mengenali Paccadally Line, Victoria Line, Circle Line, Distret Line. Sebenarnya terdapat lebih daripada 20 line perjalanan tube. Kota London sebenarnya macam sarang semut dalam tanah!

Kami blur sotong mencari arah. Syurkur seorang baya tegur cg dalam bahasa Melayu! Dan menunjuk arah ke Norfork Square. Hujan turun renyai-renyai menyambut ketibaan kami. Alhamdullilah terlalu banyak kedai makan halal. Ada pizza halal, kebab halal, restoran India halal. Kami sarapan pagi di Bonda Café (Mara House) makan nasi lemak dan the tarik. Harga nasi lemak SDG $9.00 ! Prata SDG $8.00 !

Check In hotel 2.30 petang. Ada masa tiga jam lagi kami ke Camton Town macam kedai-kedai di Bugis Street! Yang menariknya gelagat gaya punk dengan rambut, pakaian dan aksinya! Betul-betul happening!

Barangan yang dijual 10 kali lebih murah daripada di Harrod. Macam Petaling Street atau bazaar Geylang ketika menyambut hari raya! Boleh tawar kalau berminat.

Setelah check in kami keluar pagi pada pukul lima untuk ke Bayswater! Kalau naik tube cuma satu stesen. Di sini pulak macam kawasan Bukit Bintang di KL. Banyak sangat restoran Arab, siap dengan sishanya sekali!

Barangan cenderahati banyak terdapat di sini. Jika ke London mesti singgah di sini! Ada makanan halal dan harga barangan juga murah untuk oleh-oleh bandung! Siapa penjual yang menguasai kedai-kedai tersebut? Sudah tentu saudara masa Mustaffa Center!

Esok kami akan ke Kota Paris dengan kapal terbang BA pada pukul 9.00 pagi. Jumpa anda esok! Selamat Pagi – 5.48 pagi waktu Singapura!

# Cg gunakan free.hotpots.com - talian internet percuma! Sekarang pukul 10.00 malam!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home