Sunday, January 18, 2009

Bibir-Bibir Kering 3



Era Yasir Arafat : Cubit peha kiri, peha kanan terasa sakit! Semua negara Arab mengembeling tenaga bersatu hati memerangi Israel!

Era Mahmoud Abbas : Dibom peha kiri, peha kanan buat bodoh! Semua negara Arab pekakkan telinga bom Israel yang meletup!

Tebing Barat dan Carikan Gaza bagaikan duri dalam daging pada dunia Arab. Mana ada tunjuk perasaan di Saudi, di Dubai, di Iran mahupun di Mesir! Lagi pun mereka masih truma dengan kematian Sadam Hussin!

Jet-jet pejuang mengebom, rumah, sekolah, masjid dan hospital. Sudah tentu informasinya daripada pembelot-pembelot yang menikam saudaranya dari belakang. Kata orang bagai gunting makan dihujung.

Jihat masa kini bermotifkan politik dan ganjaran dunia. Sedangkan zaman nabi Muhammad s.a.w dengan bilangan tentera yang kecil dapat mengalahkan tentera kaum kafir yang berlipat kali ganda kerana jihatnya kerana Allah semata-mata. Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang!

Lebih daripada 1000 nyawa warga Gaza terkorban - bagaikan mati katak, tiada pembelaan! Tetapi jika seekor katak warga Amerika dibunuh, Bush akan mengajak satu dunia meletupkan negara yang terlibat!

Tiada seekor lalat atau langau pun yang hiraukan seruan Ban Ki Moon (PBB) bagaikan melukut di tepi gantang ! PBB bermaksud Pemimpin Banyak Bodek !!! Kerana tunduk kepada adi kuasa dunia !!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home