Kembara 3 Kota : 12
Hari ini acara bebas. Selepas sarapan kami menuju ke merche (mersi) iaitu pasar murah. Tetapi merche hanya dibuka pada hujung minggu. Namun begitu terdapat juga kedai-kedai yang dibuka. Sesuatu yang menarik di kawasan itu ada banyak kedai hallah (L nya dua) dan ramai kami jumpa mereka yang pakai kopiah haji!
Selepas merasa ayam cili padi di salah sebuah kedai kami menuju ke Champ. Kami ke Champ lagi untuk ke LV. Menurut pakar LV MamaYan barangan yang dijual jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan di London. AitQa monyok kerana tidak dapat beli LV!
Hampir sejam kami di Champ kemudian bergerak untuk makan tengah hari di Chelete. Chelete yang juga terkenal dengan kedai-kedai fesyen. Di sini juga terdapat banyak kedai-kedai hallah dan restaurant hallah. Antaranya Restoran Zam Zam. Kami makan tengah hari di sini menu hidangan daging, nasi, kentang dan sayuran.
Cuaca sungguh dingin dan berangin. Menggigil dibuatnya. Dalam keadaan menggigil itu Cg terkejut dua orang lelaki sedang berkucupan! Eh gelinya!
Di sekitar kaawan itu terdapat kedai tattoo, kedai seks, kedai CD Video, Kelab malam, dan bar minuman, kedai menjual pakaian semua sebelah menyebelah. Harganya agak mahal. Negara Eropah tidak menjual barangan tiruan. Semuanya asli. Sebab itu harganya mahal.
Ketika menuju ke Chelete di dalam Metro (MRT) kami dihidangkan dengan nyanyian dan tarian dalam Metro. Pemuda Algeria yang mengucap asalamulaikum ini begitu bersahaja untuk mencari sesuap roti. Selepas menghidangkan tarian dan nyanyiannya dia menghulurkan cawan untuk mendapatkan derma ikhlas. Kalau di Singapura mungkin kena perambat.
Kami tiba di hotel pada pukul 3 petang, TokWan dan Wawan menjaga anak-anak kelaran kerana Zeti dan Yan bersama suami mereka akan meneruskan pengembaraan mereka mencari LV!
Esok kami akan terbang ke Rom untuk destinasi kota ketiga.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home