Kembara 3 Kota : 10
Hari pertama di Kota Paris. Kami bertolak dari Kota London sebelum subuh kami keluar hotel untuk ke lapangan terbang. Kami sewa dua buah teksi langsung ke lapangan terbang London. Kosnya lebih kurang 80 pound sebuah teksi.
Pada pukul 10 pagi waktu London kami terbang ke Paris. Perjalanan dalam masa hampir sejam. Hujan turun renyai-renyai.
Pukul 12 tengah hari kami menuju ke hotel yang jarak perjalanannya hampir dua jam. Kami bertukar tiga kali tube Paris. Tube Paris juga seperti sarang semut dalam tanah. Lebih berselirat. Walaupun sepatah haram kami tidak tahu berbahasa Perancis, kecuali AniQ seorang yang selalu bercakap bahasa Perancis “abourrjel”, Alhamdullilah kami tiba di hotel pada pukul 3.00 petang waktu Paris atau 10.00 malam waktu Singapura. Jarak masa 7 jam.
Setelah selesai berkemas dan mandi kami keluar berjalan. Mula-mula cari makan! Perut lapar giler! Kami terus menuju ke Masjid Besar Paris. Restorannya eksklusif! Power. Satu hidangan 15 atau 20 euro! Boleh semput! Satu pingan SDG $30.00 atau SDG $40.00 !!!
Setelah minum kami keluar menyusur jalan. Kami makan di kedai Algeria yang harganya macam Mc Donal. OK lah tu! Puas makan dan kenyang!
Setelah itu kami ke Masjid Besar Paris. Tapi tidak dibenarkan masuk. Ditutup selepas asar. Sebenarnya waktu solat di London dan Paris terlalu singkat. Pukul 12 hingga 3.50 zohor dan asar. Pukul 4 dan 5 waktu maghrib dan isyak. Waktu malam panjang dari pukul lima petang hingga 7 pagi. Pukul 4 dah malam!
Kami bertukar tube lalu ke Meesu de Louve! Ada apa di sana? Anda menonton filem Code Leonado de Vinci! Mencari potret Mona Lisa! Millinium Man! Dan Napeolen ! AtiQa sibuk cari piramid terbalik !!!
Ekstra :
Kenapa bahasa Inggeris berkembang! Sekarang Jepun, China dan Arab! Tidak ada kempen minggu, bulan atau tahun bahasa! Merepek! Buang masa. Mereka bersandiwara! Pura-pura!
Caranya mudah! Kuasa wang!
Cg ditegur oleh pegawai imigresin London yang cap paspot dan bertutur dengan Cg dalam bahasa Melayu. Cerita panjang pulak tu pasal Singapura. Kemudian ketika di Bayswater – penjual Mat Saleh tawar menawar dengan Cg dalam bahasa Melayu! Sebelum itu ketika meragau turun dari tube untuk ke Paddington pekerja tube berbual dalam bahasa Melayu menunjuk arah Hotel Dolpin. Hari ini di restoran eksklusif di Kota Paris Cg berbual mesra dengan pekerja restoran itu dalam bahasa Melayu. Mereka gembira berbahasa Melayu. Ikhlas! Bukan berpura-pura untuk bulan bahasa!
Bila orang Melayu mewah dan berada bahasa Melayu turut berkembang. Untuk menarik pelanggan mereka akan menggunakan bahasa Melayu. Yang Cg sedih mereka masih menganggap kami semua orang Malaysia! Namun begitu di mata masyarakat antarabangsa bangsa Melayu ada kuasa membeli! Kita patut berterima kasih kepada Dr Mahathir yang menaikkan status Melayu di mata dunia!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home