Kembara 3 Kota : 13
Hari ini kami akan terbang ke Roma. Destinasi ketiga kami. Tiba-tiba tulang bagaikan hendak tanggal. Hingus meleleh. Kepala bengang. Tekak perit. Mata macam dracula. Cg, AtiQa dan Ibu diserang demam. Kerana kami tidur sebilik virusnya cepat berkembang. Anak-anak Ayangz juga menghadapi masalah yang sama.
Kami bertolak dari Hotel pada pukul 7.00 pagi langsung ke airport dengan kos 140 euro. DI sini keadaan kami tidak juga berubah.
Di dewan keberangkatan kami sengaja masuk paling akhir. Dah tak larat. Tiba-tiba Zeti menjerit memanggil Cg. Wah ada pemain bola hendak menuju ke London. Beliau memberitahu beliau cuti kerana cedera. Kami apa lagi hilang semua demam. Kami bergambar dan meminta tandatangannya. Satu untuk AtiQa dan satu untuk Iskandar.
Pemain berasal dari Ghana ini bermain diposisi tengah. Cg memberitahunya Cg sentiasa mengikuti perlawanan pasukannya. Beliau bermain untuk Chelsea.
Tiba di London untuk ke terminal 5 macam jalan satu pusingan padang. Ibu menaiki kerusi roda ditolak oleh Iskandar hingga ke pintu kapal terbang.
Zeti telah bersedia dengan ubat-ubat kecemasan. Sementara MamaYan mendera Cg memakan ubat berkali-kali. Ada buat sakit tekat, ubat sakit perut, ubat sakit kepala, semua ada, yang tak ada ubat nyamuk! Cg terharu dengan keprihatinan mereka !

0 Comments:
Post a Comment
<< Home