Kembara 3 Kota : 11
Alhamdullillah matlamat hari kedua dapat kami capai. Kami keluar hotel pukul 10 pagi tetapi akibat itik berbual dnegan ayam – abourji! Kami tersesat dan sampai di pengkalan feri Jardin. Kami bayar setiap orang 12 Euro untuk perjalanan satu hari. Boleh naik berpuluh kali. Ada lebih kurang 10 jeti yang berdekatan dengan monument.
Pada pukul 11.50 River Curise kami bermula. Pemandangan bangunan antik menghiasi tebing sungai. Satu perjalanan lengkap lebih kurang 1 jam 20 minit. Kami turun di jeti Elfi Tower. Semua orang berebut-rebut untuk mendakinya. Harga tiket 12 Euro hingga ke puncak!
Cg disambut dengan asalamulaikum di pintu masuk keselamatan dan mereka kata Cg orang Malaysia! Boring habis !!
Walaupun ramai pengunjung kami tidak tunggu lama. Cuma lima minit untuk sampai di puncak. Dan walaupun ibu memberikan pelbagai alasan akhirnya ibu sampai di puncak menara Elfil pada pukul 1.00 petang atau 7.00 waktu Singapura. Pemandangan berkabus dan angin dingin menderu menyelubungi tubuh-tubuh kerdil.
Selepas itu kami tutun di jeti Champ untuk melihat tugu empat segi di tengah-tengah jalan raya. Paris begitu sibuk dan pentingkan diri sendiri. Orangnya agak kasar dan tidak semesra seperti di London.
Cerita menarik di puncak menara Elfil ialah di kawasan seluas ruang tamu rumah TokWan, AniQ buat donat! Hari ini dalam sejarah. HaziQ di tingkat satu dan AniQ di puncak menara. Mana ada tandas. Silit ajalah dan tinggalkan di sebalik tiang! Ada banyak tempat yang boleh dipilih, kedua-duanya pilih di tempat eksklufif kenangan donat di menara Elfil!
Selepas itu kami menaiki feri lagi menuju ke Masjid Besar Paris untuk bersolat. Kami tiba pada pukul 3.00 petang dan bersolat jamak. Kawasan dalamnya ada taman dan dinding-dindingnya bermozikkan siramik Algeria. Cantik dan eksklusif! Moga doa Cg dikabulkan!
Kami makan malam di tempat yang sama semalam. Jumpa pasangan berbulan madu (Singapura dengan Indonesia). Selepas makan kami berpisah. TokWan dan Wawan bersama AniQ pulang ke hotel yang lain meneruskan pengembaraan malam. Cari night market!
# Kami bernasib baik pihak hotel beri kami talian bebas internet untuk empat hari. Apa lagi kami gorenglah!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home