Saturday, June 13, 2009

TiOman 2



Kami dipecahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama Cg dan AlHakim dibawah tunjuk ajar juruskuba asal Sarawak yang berpengalaman. Sementara Zetty dan Iskandar di bawah juruskuba sambilan.

Di tepi pantai kami mencuba peralatan skuba, cara bernafas, melepaskan oksigen dari jaket untuk menyelam dan mengepam oksigen ke dalam jaket ketika naik ke permukaan air.

Kami mula menyelam dan dibawa ke tengah laut. Kelihatan batu-batu karang menghiasi dada laut dan anak-anak ikan berenang di celah-celah batu karang. Jambangan rumpai air melentuk-lentuk bagaikan menari lemah-gemalai dipukul arus.

Cg diajar kemahiran mengeluarkan air dari google dengan menghembus udara dari hidung serta membuka sedikit ruang google. Nampak mudah, tetapi bila Cg cuba, air masuk ke dalam google. Mata penuh air dan tertelan air laut hingga terbatuk-batuk !!

Semasa berskuba tali pinggang 5 kilo terlepas dari pinggang Cg. Yang peliknya google Iskandar terlepas dari mukanya. Sementara Zetty bergolek-golek dalam air !

AlHakim begitu mudah berskuba sambil mengambil gambar Cg dalam laut dengan menggunakan kamera Olympus 850 SW yang kalis air. Tetapi tidak dapat ambil banyak gambar kerana baterinya merah. Ada saja !!

Bersambung >

01 HaziQ hilangkan bola nike !
02 Wawan terima SMS misteri !
03 Cg tertinggal charger bateri kamera !
04 AtiQa jurufoto skuba !
05 Ada sebuah pusara di depan resort !

0 Comments:

Post a Comment

<< Home