Saturday, June 13, 2009

TiOman 3



Jika Zetty berjaya berskuba sudah tentu Yan dan Bibik juga boleh melakukannya. Pasti seronok jika berskuba beramai-ramai. Satu peningkatan dari snorkel ke skuba.

Yang peliknya kebanyakan pemilik skuba adalah warga Singapura. Alamat skuba kami di Singapura 9B Mohammed Sultan Road. Kita boleh melakukan ujian tiori di Singapura kemudian ke Tioman untuk ujian praktikal selama dua hari satu malam.

Kegiatan skuba sebagai kegiatan riadah hanya boleh dilakukan di kepulanan Malaysia yang paling hampir dan murah. Di Singapura jarak satu meter dalam air macam malam tanpa bulan dan bintang !

Satu lagi kemahiran yang perlu diketahui ialah melepaskan tali pinggang pemberat semasa kecemasan, agar badan bertambah ringan dan dapat naik ke permukaan dengan lebih senang dan cepat.

Walaupun jangkamasa skuba hanya satu jam (15 minit taklimat keselamatan dan 45 minit latihan pratikal) namun skuba kami berlangsung dari pukul 3.00 petang hingga 5.30 petang. Kedua-dua jurulatih kami cukup berdedikasi.

Bersambung >

01 Tengah malam Zetty tengok cerita itik di TV 1!
02 Laut bergelombang AlHakim tidur malam jatuh 2 kali dari katil !
03 Isyah beli mainan di kedai bebas cukai di Tekek !
04 'Adik-adik' campak seluar kecik di tepi pantai lalu berenang !
05 Semalaman Wawan tidak tidur kerana kesejukan . . . !

0 Comments:

Post a Comment

<< Home