Friday, August 28, 2009

20 Rakaat Tarawih


01. Di Masjid Al-Haram Mekah, sembahyang tarawih kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali tarawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke 29 Ramadan.

02. Atau selepas membaca surah al-Fatihah pada setiap rakaat pertama diikuti membaca ayat-ayat atau surah al-Quran dari surah at-takaasur (102) hingaa ke surah al-lahab (111) untuk 20 rakaat. Pada rakaat kedua membaca surah al-ikhlas (112) dari hari pertama hingga ke 15 Ramadan. Kemudian pada hari ke 16 Ramadan hingga akhir membaca surah al-qadar (97) untuk rakaat pertama dan surah-surah pada rakaat kedua.

03. Kemudian diikuti solat witir dua rakaat. Rakaat pertama membaca surah al-ala (87) dan surah al-kafirun (109) pada rakaat kedua. Solat witir satu rakaat membaca 3 Qul selepas membaca surah al-fatiha. Bacaan doa qunut dibaca selepas malam kelima belas selepas ruku.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home