Tuesday, July 27, 2010

Cabaran 12


Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang. Terus maju ke depan.

Dahulu penampilan diri dijaga rapi. Sedap mata memandang. Tersenyum lebar bila dipuji. Air pun ada pasang surutnya! Tau tak ape!

Pemakanan boleh kita jaga agar seimbang, cuma kadang kala terlebih kerana keinginan yang tidak terbendung. Segala jenis hidangan boleh dinikmati asalkan jangan berlebihan. Makanan tradisional, laut, barat ataupun segara menjadi santapan untuk mengisi perut yang berkeroncong.

Berat badan mula bertambah, keletihan mula dirasai dan kemalasan mula diwarisi ialah tanda-tanda yang tidak diperdulikan. Jika terdesak kita mengatasinya dengan mencari jalan pintas. Menggunakan pil-pil suplemen atau mendaftarkan diri di sesi spa kecantikan.

Banyak wang yang dibazirkan untuk meredakan hati yang mula dipagut kebimbangan. Sedangkan langkah percuma tanpa menggunakan wang walau sesen tidak terlintas untuk kita melakukannya.

Perlukah kita mengeluarkan wang puluhan atau ratusan dolar untuk melakukan senaman di rumah selama 15 minit setiap hari atau berlari-lari anak di kawasan kediaman? Jawapannya tiada masa! Tapi kalau habiskan masa dua jam di spa atau di jim, ada masa pulak! Tau tak ape!

Jangan lupa dua potong hidangan buah-buahan setiap hari.

Nantikan Esok Cabaran 13

0 Comments:

Post a Comment

<< Home