Friday, August 18, 2006

HanTu JeBon


Pernah tengok HANTU JEBON?
3 HANTU yang membuat kita tidak kering gusi. Pernah kan?

Kaitan manusia dengan HANTU seperti irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Sesungguhnya HANTU banyak mempengaruhi manusia dalam kehidupan seharian, sama ada kita sedari atau tidak sedari.

HANTU yang dapat kita lihat dan ada bersama kita di antaranya ialah PENGUNDI HANTU yang dikaitkan dengan pengundi yang tiada dalam senarai untuk mengundi. RUMAH HANTU yang dikaitkan dengan rumah yang menyediakan aktiviti-akiviti atau permainan-permainan yang menyeramkan. Tapi RUMAH HANTU juga dimaksudkan rumah-rumah yang tiada berpenghuni dibina secara haram bila ada projek pembangunan di sesuatu daerah. Tujuannya untuk meraih keuntungan!

Pada waktu malam yang sunyi ketika kita barbeku di PULAU HANTU dengan hidangan KETAM HANTU mungkin kita terdengar suara BURUNG HANTU. Pasti menyeronokkan kalau dianjurkan pada BULAN HANTU! Bolehlah kita main permainan tradisional KAKI HANTU!

Sementara itu si KACANG HANTU atau si HANTU JUDI atau HANTU JEBON akan menunjukkan JARI HANTU jika kita jadi HANTU POLIS. Dan sekiranya terkena GLAUKOMA SEL HANTU terpaksalah kita mendapatkan rawatan di hospital tetapi bagi petani pula yang ditakuti ialah PENYAKIT BUAH HANTU yang akan menjejas hasil pertanian mereka.

Akhir sekali tidak terlintaskah untuk bercuti ke LUBUK HANTU ataupun snorkeling di KAMPUNG PASIR HANTU ataupun mendaki GUNUNG BESAR HANTU untuk mencari PERIUK HANTU dan jika bernasib baik mungkin berjumpa HANTU SIARAN GIGI. Atau berbulan madu di PONTIANAK? Jika dapat anak, bukan anak Singapura tetapi ANAK PONTIANAK !