Monday, August 14, 2006

TiKet Ke SyuRGa


Diriwayatkan pada suatu malam selesai solat Isyak Nabi Muhammad s.a.w telah memperkenalkan kepada para sahabatnya seorang calon penghuni SYURGA. Pengumuman itu menimbulkan tanda tanya kepada para sahabat kerana LELAKI itu bukan seorang alim besar dan ibadatnya BIASA sahaja. Tiada hal-hal yang ISTIMEWA mengenai diri beliau. Nabi mengulangi ucapan baginda TIGA kali berturut-turut "Dia adalah calon penghuni SYURGA"

Salah seorang sahabat Nabi bernama Abdullah Bin Umar tidak dapat menahan keinginannya untuk mengetahui RAHSIA calon SYURGA tersebut lalu beliau meminta izin LELAKI tersebut untuk menginap di rumahnya.

Pada malam PERTAMA Abdullah Bin Umar pura-pura tidur untuk mengetahui apakah bentuk IBADAH yang dilakukan oleh LELAKI tersebut pada waktu malam. LELAKI itu cuma menyebut ALLAH (seperti HAZIQ menyebut A for ALLAH) ketika berkalih tidur kemudian menyambung tidurnya semula. Begitu juga pada malam KEDUA dan KETIGA.

Sebelum pulang Abdullah Bin Umar bertanya kepada LELAKI tersebut : "Wahai saudaraku, sudikah saudara menerangkan hal-hal yang boleh membawa saya ke SYURGA. Saudara tidak BERZIKIR atau membaca AL QURAN sepanjang malam ataupun mengerjakan solat TAHAJJUD yang sangat disukai oleh Nabi s.a.w?"

"Tidak ada ibadat lain, selain apa yang saudara saksikan dengan MATA KEPALA saudara selama 3 hari 3 malam di rumah saya. Tetapi di samping itu saya tidak pernah MENGUMPAT atau MENCELA sesiapa pun! Dan saya juga tidak pernah berasa IRI HATI terhadap seseorang pun!"

walAllah walAam bisSawab

0 Comments:

Post a Comment

<< Home