Thursday, May 31, 2007

CitRa PanDang BelAKanG - EpiloG

Cerita Ini Hanya Rekaan. Segmen Penutup Ini Khas Untuk Anda Di Samping Mengucapkan Terima Kasih Kerana Setia Mengikuti Segmen CPB. Semoga Anda Terhibur. Kini Ikuti Segmen Penutup. . . CitRa PanDang BelAKanG !

SEGMEN PENUTUP

Selepas bertungkus-lumus menyediakan persiapan makan malam di sebuah hotel di Changi, Cg memberitahu teman-teman bahawa Cg hendak keluar sebentar. Sejak dari pukul dua tadi kami berenam menghiasi dewan makan untuk majlis makan malam akhir tahun.

Ya masa bergerak terlalu cepat. Cg berkejar ke tempat letak kereta untuk menonggang motorsikal. Baru setahun dua kerja takkan hendak pakai kereta. Mana ada duit. Setelah mengenakan helmet Cg pun memecut. Kepala Cg berputar-putar ke mana hendak dituju. Ke Jalan Awan Penjara Changi? Atau ke Loyang?

Baru Cg teringat, di simpang Changi Village itu ada sebuah masjid lama yang bertentangan dengan kuil Hindu. Masjid itu agak terperuk ke dalam dan nampak agak uzur. Cg perhatikan sekeliling tidak ada orang, sunyi saja masjid itu.

Kini kesemua masjid itu sudah dirobohkan dan digantikan dengan pembinaan Masjid Istigfar di Pasir Ris yang lebih gah!

Cg tergesa-gesa masuk ke ruang solat sebab waktu Asar sudah hampir hendak habis dan berdiri menghadap mihrab. Semasa di hotel tadi Cg sudah pun mengambil wuduk selepas melepaskan hajat.

Masa Cg di rakaat yang kedua, Cg tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu roma tiba-tiba meremang, "Hish, siapa pulak yangg gelak-gelak itu?" bisik hati Cg. Jangan Pandang Belakang! Nanti solat batal.

Setiap kali Cg sujud, Cg terasa kepala dan tengkuk Cg berat daripada biasa. Cg tidak sedap hati. ‘Siapa pulak yang duduk dekat tengkuk ni’. Beratnya semacam!

Sedaya-upaya Cg tenangkan hati, selesaikan solat dengan segera, Cg hendak tinggalkan cepat masjid ini. Bulu roma Cg semakin meremang-remang sebab suara orang ketawa semakin ramai, ada yang sampai terbatuk-batuk!

Syukur, Cg sudah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Cg meraup muka dengan tangan dari atas ubun-ubun kepala sampai ke dagu, kemudian tiba-tiba Cg tersedar.

Patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan beberapa orang jemaah yang datang hendak sembahyang Maghrib sedang gelakkan Cg sebab Cg sembahyang pakai helmet!

Apa sahaja Cg ini!

TeRima KaSih PeMinat Setia TamanBahasa!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home