Tuesday, May 29, 2007

FORum PeRDana JPB

Semalam di Ekspo dianjurkan Forum Perdana membicarakan Filem Jangan Pandang Belakang (JPB). Tiga ahli panel yang diundang terdiri Tuan H M Jusuh seorang pakar perubatan tradisional, Cik Nina seorang pengkritik dunia hiburan dan seorang aktivis filem dalam bidang cinematographi yang hanya mahu dikenali sebagai Mr KL.

Moderator :
Soalan pertama untuk Tuan H M Jusuh. Apa pandangan tuan tentang filem JPB?

Tuan H M Jusuh :
Filem ini tidak masuk akal. Kenapa saya kata tak masuk akal kerana makhluk itu sudah dipenjara di dalam sebuah botol. Tetapi masih boleh melayang dan mengganggu sesiapa sahaja. Anda sudah tentu pernah melihat pameran makhluk halus yang dipenjara. Tidak ada adegan yang menunjukkan penutup botol itu dibuka. Jadi macam mana makhluk itu boleh bebas mengganggu dan menyerang! Impossible!

Moderator :
Jadi Tipah tertipulah! Baiklah soalan ini saya tujukan kepada Cik Nina. Sesetengah orang mengatakan khurafat. Kita sepatutnya maju ke depan bukan berundur ke belakang dengan menayangkan JPB?

Cik Nina :
Bila filem Melayu khurafatlah. Tidak majulah. Tetapi bila filem barat yang merepek dianggap kelas! Mana ada realiti SpiderMan 3? HarryPotter? atau DraCular? Tapi mengaup keuntungan jutaan dolar. Yang penting kita mesti memasarkan ke peringkat antarabangsa. Biar mat saleh itu semua kenal hantu Melayu lebih hebat lebih gah dari hantu mat saleh! Geram saya! Apa sahaja orang-orang ini!

Moderator :
Sabar Cik Nina jangan hot!. Baiklah Mr KL. Bagaimana pula pandangan Mr KL?

Mr KL :
Dari sudut perfileman ada beberapa kelemahan. Adegan tiga lembaga putih masuk ke dalam lif tiada kaitan dengan jalan cerita. Satu lagi adegan makhluk halus terbang macam kartun. Mereka perlu menggunakan kepakaran animasi Cicakman. Tapi saya suka adegan makhluk halus dalam kereta. Eeeeiiii Cute!

Moderator :
Secara keseluruhan bagaimana pendapat ahli panel?

Tuan H M Jusuh, Cik Nina & Mr KL :
(serentak) Bagggguuuuusss!

Moderator :
Apanya yang Bagggguuuuusss!

Tuan H M Jusuh, Cik Nina & Mr KL :
(serentak) Dapat tengok free di YouTube!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home