Sunday, May 27, 2007

CitRa PanDang BelAKanG - EksTRa

Cerita Ini Hanya Rekaan. Apakah Perasaan Seorang Suami Apabila Meilhat Isterinya Dengan Bertelekung Serba Putih Di Dalam Kegelapan Malam Membimbit Beg Melangkah Keluar Rumah Tanpa Memperdulikannya? Kini Ikuti Segmen Ekstra . . . CitRa PanDang BelAKanG !

SEGMEN EKSTRA

Menurut Encik Mail (Bukan nama sebenarnya) pada pagi itu sebelum bertolak dari rumahnya ke tempat kerja, isterinya berpesan supaya menjaga anak-anak mereka kerana beliau akan pergi jauh. Beliau menangis sambil memeluk erat suaminya yang kebingungan.

Apabila Encik Mail pulang daripada bertugas beliau dapati isterinya berkelakuan sungguh aneh. Kadang-kala menangis, meraung, kadang-kala ketawa dan kadang-kala mengamuk. Isterinya bukan lagi isterinyanya yang sebenar!

Ketika beliau cuba mengawal tindak tanduk isterinya yang tidak sedarkan diri itu beliau juga telah cuba turut diserapi. Kini bukan satu tubuh tapi dua tubuh. Tubuh sepasang suami isteri cuba diserapi makhluk halus! Akhirnya isterinya telah diserapi 100 peratus sedangkan beliau melawan cubaan makhluk halus itu seberapa dayanya.

Pada malam itu beliau terjaga dari tidur dan melihat isterinya yang siap bertelekung serba puith membuka pintu bilik berjalan keluar tanpa sepatah kata. Bau pacai dan bangkai busuk menyucuk lubung hidungnya. Sedangkan tubuhnya dirasakan panas membakar!

Beliau mengejar isterinya yang kini tercegak di depan pintu rumahnya. Tangan kanannya diangkat seakan menyambut sesuatu. Ketika itu juga beliau memaut kedua bahu isterinya. Benar-benar beliau terasa. Tubuh isterinya sedang ditarik keluar.

Sambil memeluk isterinya dari belakang beliau melaungkan azan di telinga isterinya. Isterinya tidak bergerak tapi tarikan kuasa dari luar pintu masih kuat beliau rasakan. Tiba-tiba tubuh isterinya terkulai dan kedua-duanya jatuh ke lantai berpelukan. Isterinya pengsan tidak sedarkan diri!

Sejak peristiwa itu mereka cuba mendapatkan pelbagai jenis rawatan untuk pemulihan sama ada di dalam negeri ataupun di luar negeri. Salah seorang pengamal perubatan tradisional telah mengatakan bahawa isteri beliau sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Tetapi masih ada peluang kalau beliau sanggup bayar $50.00 setiap hari untuk merawatnya! Tidak boleh diselamatkan tapi minta $50.00 setiap hari. Apa sahaja bomoh ini!

Yang satu ini lagi gamat seminggu selepas itu beliau merancang untuk sesi temujanji dengan pakar perubatan tradisional di luar negeri. Sepanjang perjalanan beliau telah berwirid untuk menguatkan ketahanan lahir dan batin. Lidahnya tidak putus mengucapkan ‘Ya Latiff’ mengharapkan belas ikhsan dari Allah swt.

Ketika sesi temujanji itu beliau telah dimarahi oleh pakar perubatan tradisional itu. Mungkin kerana 'kadam'nya telah membisikkan di telinganya.

‘Awak hendak berubat dengan saya, tapi kenapa awak berwirid?’
Masya Allah!’

0 Comments:

Post a Comment

<< Home