TiOman 4
Aktiviti snorkel berlangsung sepanjang hari dari pukul 8.30 pagi selepas sarapan sehingga ke pukul 4.30 petang.
Dari Sun Beach Resort, di Kampung Genting, kami menuju ke Pulau Tulai sejauh satu jam perjalanan untuk bersnorkel. Oleh kerana bilangan peserta seramai 80 orang, kami menggunakan bot besar.
Selepas snorkel di Pulau Tulai selama sejam kami menuju ke sebuah pulau tanpa penghuni untuk bersnorkel sambil makan tengah hari nasi bungkus. Ikan-ikannya begitu banyak mengelilingi kami bila kami beri makan daging ayam. Macam ikan pirana makan daging. Berebut-rebut !
Pada pukul 2.00 petang kami tiba di Taman Laut Pulau Tioman yang mengenakan bayaran masuk RM $5.00 untuk dewasa. Isyah dan HaziQ tidur lena kepenatan di bot sementara yang lain terus bersnorkel.
Kami meninggalkan Taman Laut untuk ke Tekek mengunjungi kedai bebas cukai. Tekek ialah pusat bandar Tioman dan terdapat lapangan terbang untuk pesawat mendarat dan berlepas. Cuma minuman keras dan rokok benar-benar bebas cukai!
Akhirnya kami tiba kembali di Sun Beach Resort untuk beristirehat sebelum makan malam BBQ di tepi pantai dengan hidangan, sotong, ikan, ayam, soseh yang dipanggang. Menyelerakan!
Bersambung >
01 Group 'adik-adik' berkareoke mendayu-dayu!
02 Di Kampung Genting wifi cuma ada di Island Reef Resort! - 1566955333
03 Isya ngompol atas katil - power!
04 Gambar siaran TV di bilik berpasir!
05 Air paipnya cukup sejuk dan jernih - best!!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home