Setelah bercuti hujung minggu selalunya begitu berat untuk kaki melangkah ke tempat kerja pada hari Isnin. Begitu juga apabila dapat
cuti sakit atau
cuti-cuti yang dibenarkan oleh pihak majikan. Begitu berat untuk meninggalkan katil.
Kalau tidak dicekalkan hati dan kerana tanggungjawab serta amanah sudah tentu kita akan menyambung
cuti-cuti tersebut dengan pelbagai alasan. Antara alasannya
cuti sakit yang dibuat-buat, mengambil
cuti anak, menggunakan
cuti peribadi ataupun
cuti ‘kematian’ !
Kerana enak
bercuti dan menjadi kelaziman sudah tentu trend
bercuti itu akan berulang dari masa ke semasa apabila kegiatan
‘bercuti’ itu sukar dipertikaikan kerana disertakan dengan surat-surat pengakuan doktor walaupun dari pelbagai klinik swasta.
Orang yang
‘bercuti’ sudah tentu perlu berada di rumah beristirehat agar kesihatannya kembali pulih untuk kembali bertugas. Tetapi bagaimana sekiranya mereka yang
bercuti itu melakukan kegiatan di luar rumah dengan keluarga ataupun teman. Lebih teruk lagi sekiranya mereka pergi melancong keluar negeri ! Ke Batam !
Sekiranya tiada yang kepoh, kegiatan tersebut tidak akan sampai ke pengetahuan pihak majikan. Tetapi bagaimana sekiranya wajahnya
terpampang di muka depan akhbar
bersebelahan dengan
anggota parlimen yang hadir sebagai tetamu kehormat?
Sudah tentu satu pejabat kecoh dibuatnya ! Bos pun
bertempek macam
gajah giler !
Keadaan ini berlaku kerana pihak jurugambar yang ditugaskan telah memetik gambar acara tersebut dan mereka yang
‘bercuti’ turut sama terakam dalam gambar tersebut yang keesokan harinya disiarkan di muka depan akhbar!
Dapat
cuti sakit agar dikecualikan daripada bertugas tetapi boleh pula hadir dalam kegiatan kemasyarakatan. Dan ketika duduk menonton berita pukul 8.00 malam pada hari
‘bercuti’ video klip acara tersebut turut ditayangkan dan mereka yang
‘bercuti’ turut sama tersenyum dan bergembira dalam acara tersebut!