Monday, August 31, 2009

08 Rakaat Tarawih


01. Surah-surah yang dibaca terpulang kepada hafalan. Jika anda seorang tahfiz - tiada masalah untuk membaca satu rakaat satu surah, atau satu surah satu malam atau satu malam satu juz al-Quran.

02. Cara biasa yang dilakukan ialah membaca sepuluh surah pendek dari at-takaasur (102) hingga surah al-lahab (111) untuk sembahyang 8 rakaat. Setiap rakaat baca satu surah atau dua hingga hingga habis. Sila rujuk powerpoint di bawah.

03. Jika belum bersedia untuk hafalan surah-surah at-takaasur (102) hingga al-lahab (111), bacalah apa sahaja surah yang mudah dan ikut urutan. Maksudnya baca rakaat pertama surah al-falaq (113) kemudian rakaat kedua surah an-nas (114). Elakkan urutan songsang; bermaksud rakaat pertama surah an-nas (114) kemudian rakaat kedua al-ikhlas (112).

0 Comments:

Post a Comment

<< Home