Wednesday, July 28, 2010

Cabaran 13


Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang. Terus maju ke depan.

Ini cerita star war antara Star Hub atau Singtel. Sedangkan semua media nasional Malaysia dan Indonesia menyiarkan siaran langsung secara percuma, rakyat Singapura terpaksa membeli siaran Fifa 2010. Tergamak mereka black-out TV1. Selama 45 tahun kita setia membayar cukai penyiaran TV dan pihak TV mengaut keuntungan jutaan dolar, adakah ini balasan yang kita terima? Dua-dua penyamun tarbus!!!

Siaran perlawanan bola sepak EPL 2010 akan bermula pada bulan Ogos. Kali ini pihak Singtel berjaya merebutnya dari Star Hub. Dua-dua ada batu besar di kepala! Pihak pengguna yang meracau. Takkan pakai dua set-top boxes, dua saluran kabel dan dua bil bayaran. Tidak bolehkah mereka tidur sekatil tanpa pengguna menggigau bil penyiaran tambahan. Dasar lintah darat!!!

Apakah jalan penyelesaian peminat giler bola. Kita boikot ramai-ramai seperti penyiaran perlawanan bola sepak Fifa 2010 Afrika. Kita pakai arial TV SDG $20.00 untuk dapatkan penyiaran RCTV dan Global TV dari Indonesia. Termasuk penyiaran di Masjid Darulsalam. Padan muka mereka!!!

Untuk menonton perlawanan bola sepak EPL 2010 kita gunakan khimat internet. Percuma. Caranya sambungkan kabel laptop/desktop ke TV untuk lebih eksklusif. Ada banyak protal siaran langsung yang menawarkan khidmat sama ada prabayar ataupun percuma. Antaranya cadangan Ayangz > http://www.veetle.com/. Kepada Star Hub dan Singtel > BOOOOOOO !!!

Nantikan Esok Cabaran 14


Tuesday, July 27, 2010

Cabaran 12


Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang. Terus maju ke depan.

Dahulu penampilan diri dijaga rapi. Sedap mata memandang. Tersenyum lebar bila dipuji. Air pun ada pasang surutnya! Tau tak ape!

Pemakanan boleh kita jaga agar seimbang, cuma kadang kala terlebih kerana keinginan yang tidak terbendung. Segala jenis hidangan boleh dinikmati asalkan jangan berlebihan. Makanan tradisional, laut, barat ataupun segara menjadi santapan untuk mengisi perut yang berkeroncong.

Berat badan mula bertambah, keletihan mula dirasai dan kemalasan mula diwarisi ialah tanda-tanda yang tidak diperdulikan. Jika terdesak kita mengatasinya dengan mencari jalan pintas. Menggunakan pil-pil suplemen atau mendaftarkan diri di sesi spa kecantikan.

Banyak wang yang dibazirkan untuk meredakan hati yang mula dipagut kebimbangan. Sedangkan langkah percuma tanpa menggunakan wang walau sesen tidak terlintas untuk kita melakukannya.

Perlukah kita mengeluarkan wang puluhan atau ratusan dolar untuk melakukan senaman di rumah selama 15 minit setiap hari atau berlari-lari anak di kawasan kediaman? Jawapannya tiada masa! Tapi kalau habiskan masa dua jam di spa atau di jim, ada masa pulak! Tau tak ape!

Jangan lupa dua potong hidangan buah-buahan setiap hari.

Nantikan Esok Cabaran 13

Thursday, July 22, 2010

Cabaran 11


Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang. Terus maju ke depan.

Baru-baru ini terdapat ura-ura untuk tidak mewajibkan Bahasa Ibunda (Melayu/Cina/Tamil) bagi kemasukan pelajar ke sekolah menengah. Maksudnya tiada peperiksaan bahasa ibunda di peringkat PSLE! Cuma tiga subjek utama yang diperiksa iaitu English, Maths dan Sains.

Tujuannya hebat. Untuk mengurangkan tekanan terhadap para ibu bapa dan pelajar yang menduduki peperiksaan PSLE! Ramai yang menyokongnya dan ramai juga yang menyuarakan bantahan.

Pengumuman kementerian pendidikan itu akan menimbulkan implikasi yang cukup berat dari jangka pendek dan jangka panjang. Jangka pendeknya apabila bahasa ibunda tidak diutamakan, keperluan guru-guru bahasa ibunda (Melayu/Cina/Tamil) tidak lagi diperlukan dalam sistem pendidikan. Sudah tentu akan berlaku pengurangan atau pembuangan tenaga kerja atau guru-guru itu diserapkan ke bidang-bidang yang dirasakan sesuai!

Jangka panjangnya kita akan jadi warga negro di Amerika yang hebat berpidato dalam bahasa English dan dilantik jadi presiden Amerika yang pertama tetapi kehilangan budaya asalnya (dari Afrika)!

Tujuan sebenar pembelajaran bahasa ibunda adalah untuk mengekalkan bahasa perhubungan yang telah wujud ribuan tahun dan melestarikan budaya Asia (Nusantara/Cina/India) sebagai jati diri rakyat Singapura yang berbilang kaum dan agama.

Sanggupkah kita menguburkan bahasa dan budaya yang telah diwarisi ribuan tahun kerana mengejar kecemerlangan dalam bahasa English, Maths dan Sains? Jawapannya YA dalam masa 20 tahun akan datang! Kerana generasi masa kini lebih mudah berkomunikasi dalam bahasa English daripada bahasa ibunda.

Keadaan ini dipermudahkan kerana datuk nenek dan ibu bapa sendiri yang specking london dengan cucu dan anak mereka! Jadi janganlah kita berpura-pura dan menyalahkan pemerintah jika kita sendiri tidak mencintai bahasa dan budaya kita!

Nantikan Esok Cabaran 12


Monday, July 19, 2010

Cabaran 10


Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang. Terus maju ke depan.

Banjir Kilat! Bukan sekali tetapi berulang kali. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengatasinya. Pembinaan terusan, terowong dan sewaktu dengannya dilakukan agar banjir kilat yang menjejas aktiviti ekonomi dapat dielakkan terutama di kawasan perniagaan Orchard Road, Bukit Timah dan Bandar.

Bila banjir kilat berlaku pihak pengurus menyalahkan mereka yang membuang tuala wanita, pampes dan sewaktu dengannya menyebabkan saluran air tersumbat. Pengaliran air tersekat, akibatnya tempat letak kereta bawah tanah menjadi kolam renang tertutup begitu juga unit rumah atau unit kedai tingkat satu menjadi bathtub!

Adakah seluruh Singapura akan ditenggelami air dalam masa 10 atau 20 tahun akan datang bila berlaku banjir kilat? Semasa hidup di kampung tahun-tahun 50han dan 60han kejadian banjir kilat menjadi lumrah terutama ketika menyambut aidil-fitri. Mereka menyalahkan sistem peparitan yang tidak teratur. Tetapi selepas 45 tahun merdeka keadaan masih tidak berubah. Singapura masih menikmati banjir kilat!

Muka bumi Singapura telah berubah akibat tambakan tanah di Lapangan Terbang Changi, Pantai East Coast, Marina Bay, Pulau Jurong, Tuas dan sewaktu dengannya menyebabkan ruang air terbatas. Keluasan tambakan tanah ini hampir 25 peratus keluasan Singapura. Adakah ini yang menyebabkan banjir kilat?

Kemusnahan alam sekitar berlaku akibat sikap manusia yang mementingkan diri ! Jangan salahkan keadaan yang berlaku !

Nantikan Esok Cabaran 11


Wednesday, July 14, 2010

Cabaran 9



Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang. Terus maju ke depan.

Rumah berhalaman. Halamannya bukan sekangkang kera, tetapi keluasannya boleh dibangunkan sebuah rumah. Yang terbesar di fasa 2 Nusa Idaman. Untuk mencantikkannya ditanamlah rumput permaidani dengan kos RM $4,000.00 lebih murah sedikit daripada rumput mutiara.

Rumput tumbuh hijau. Sejuk mata memandang. Manik-manik umbun pagi bergajutan di hujung rumput pada waktu pagi. Kemudian kering bila disinari mentari pagi. Sejuk dan lembut kaki-kaki yang memijaknya. Setiap hari disirami untuk mengekalkan kesuburannya.

TETAPI kesuburannya perlu dibendung. Rumput mula meninggi. Rumput perlu dipotong. Oleh itu ramailah pemotong rumput singgah menyatakan hasrat untuk bantu memotong. Bukan percuma, tetapi mengenakan bayaran antara RM $80.00 sehingga RM $120.00. Akhirnya rumput yang meninggi dipotong. Cantik dan kemas. Tetapi sebulan kemudian meninggi lagi!

Kalau setiap bulan dipotong bermakna 12 kali untuk setahun dan memerlukan belanja lebih kurang RM $1,200.00. Pilihan pertama : Panggil orang potong. Selepas dua jam selesai. Cantik dan kemas. Badan pun tidak penat!

Pilihan kedua : Membeli mesin pemotong rumput yang kosnya RM $450.00. Setiap kali untuk memotong rumput hanya membeli seliter dua minyak yang kosnya kurang RM $10.00. Penjimatan setahun RM $600.00. Tetapi badan penat!

Nantikan Esok Cabaran 10

Monday, July 12, 2010

Cabaran 8


Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang. Terus maju ke depan.

Kata orang kalau sudah jodoh tidak ke mana! Jual beli rumah Blk 313 hanya berlangsung selama dua minggu. Minggu lalu 4 pembeli berminat untuk melihatnya kemudian diikuti minggu ini kehadiran 4 lagi pembeli yang terdiri pelbagai bangsa. Terdapat dua pembeli yang berkunjung kali kedua.

Kebanyakan pembeli merasa "terkejut" melihat bilik tidur kami yang berbentuk tiga segi bulatan dan gembira melihatkan bilik air yang luas. Akhirnya sebuah famili yang tinggal di kondominum Eden, telah berjaya menandatangani kontrak perjanjian jual beli dengan harga valuation serta COV $30K pada malam tadi 11 Julai 2010 pukul 9.30 malam.

Keluarga tersebut terpaksa mengosongkan pangsapurinya pada bulan Oktober oleh kerana itu kami bersetuju untuk membenarkannya menyimpan peralatan rumahnya di sebuah bilik sehingga kami berpindah ke Woodlands 10 hari selepas appointment pertama 8 September 2010. Beliau juga telah mengambil gambar untuk melakukan kerja-kerja ubahelok secepat yang mungkin.

Alhamdullilah segala urusan jual beli rumah kami dan di Woodlands berjalan seperti yang dirancangkan. Insya-Allah kami akan menduduki rumah baru 05-313 seawal tahun 2011. Tahun baru rumah baru!

Nantikan Esok Cabaran Ke 9


Thursday, July 08, 2010

NDP 2010



Pada tahun ini tema lagu hari kebangsaan 2010 telah dirakamkan di sekolah Cg - YCK. Dua pelajar Melayu yang bernama Puteri Zahiranisha - Menengah 1 Ekspres (Berbaju Merah) dan Farah Hannah - Menengah 2 Ekspres (Berbaju Biru) Terpilih menjadi antara pelakon utamanya.
Mereka mengibarkan bendera Singapura di flat Kampung Kayu - sebelah Kampung Arang, Kallang - Blok PakAtit & Blok OddiQ

SONG FOR SINGAPORE


Wednesday, July 07, 2010

Cabaran 7


Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang. Terus maju ke depan.

Kalau orang merajuk hendaklah dipujuk. Merajuk kerana mungkin hatinya tersinggung. Sama ada disengajakan ataupun sebaliknya. Ada merajuk senang dipujuk. Ada merajuk yang sukar dipujuk. Terserahlah kepada orang yang dirajuk. Sama ada hendak memujuk atau sebaliknya. Masya-Allah.

Mula-mula jubin di dapur terkopak. Kemudian kipas di ruang tamu tiba-tiba rosak. Diikuti pula oleh kipas gantung di bilik. Mati tiba-tiba. Tidak lama kemudian penutup paip air tertanggal. Bumper kereta kemek ketika berundur di kolong blok 313. Dan semalam saluran paip mandi pula bucur! Masya-Allah.

Sejak terbetik berita rumah ini hendak dijual secara koinsiden apa yang dicatatkan di atas berlaku selang beberapa hari. Adakah rumah kami merajuk? Adakah rumah kami tersinggung dengan tindakan kami untuk berpindah rumah? Macam mana hendak pujuk rumah yang merajuk? Masya-Allah.

Kata orang > Merajuk pada yang sayang. Minta pada yang kasih. Betul! Betul! Betul! Masya-Allah.

Nantikan Esok Cabaran Ke 8

Tuesday, July 06, 2010

Cabaran 6


Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang. Terus maju ke depan.

Kalau di Singapura untuk mencari makan tidaklah menjadi isu. Sama ada di Geylang, Tampines, Changi, Bedok ataupun di bandar. Begitu banyak pilihan makanan Melayu ataupun barat. Selain senang dikunjungi rasanya *puas hati!

Setiap hujung minggu kami sering makan luar sekeluarga. Sama ada di Simpang Bedok, Bedok Koner, Jalan Kayu, AlFalah, Afghanistan, BanQuet, Changi Village, Pasar Geylang, Jalan Sultan, Haig Road, Lau Pa Sat ataupun menjamu selera di Changi Airport!

Tetapi Di Nusa Idaman menjamu selera bagaikan hidup di benua kecil India. Restoran Bilal, Restoran Syed, Restoran NusaJaya, Restoran Hamid dan yang sewaktu dengannya tumbuh di merata tempat. Sedangkan restoran makanan Melayu cuma di Singgah Selalu di Danga Bay ataupun JB Catering. Di kawasan kediaman kami cuma ada Hot Kitchen!

Kita perlu membangunkan Restoran Melayu ala-Singapura untuk warga Singapura yang menetap di Nusa Jaya, Nusa Idaman dan Nusa Indah!

Nantikan Esok Cabaran Ke 7

Sunday, July 04, 2010

Cabaran 5


Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang. Terus maju ke depan.

Sedang kami sibuk shopping rumah orang, rumah kami juga pembeli datang dan pergi. Pada hari Sabtu dalam jangka sejam 4 pembeli memeriksa setiap sudut rumah kami. Pelbagai isu yang diketengahkan. Isu feng shui, kabinet, bilik tidur utama kami yang berbentuk tiga segi separuh bulatan dan sebagainya. Biasalah seperti juga kami ketika shopping rumah orang. Mencari titik kepuasan!

Dari 4 pembeli, seorang pembeli menyuruh agen rumahnya mengambil gambar untuk dijadikan bahan rujukan keluarganya dan dua daripadanya menyatakan hasrat untuk view kali kedua pada hari Isnin. Masalahnya setiap kali pembeli berkunjung, kami terpaksa menyolek rumah kami dan disimbahi dengan minyak wangi. Agar kelihatan lebih cute!

Ketika melihat para pembeli berbincang dengan agen rumah mereka untuk membeli rumah kami, terdetik kata hati untuk membatalkannya. Unit rumah kami di Blk 313 inilah yang paling selesa yang pernah kami diami daripada kediaman sebelumnya. Namun begitu apalah yang hendak dibanggakan. Suatu masa nanti semuanya akan ditinggalkan bila tiba waktunya!

Kalau telah ditakdirkan insya-Allah, mungkin sambutan puasa, tarawih dan raya tahun ini kali terakhir bagi kami di Blk 313 sebelum berhijrah ke unit 05-313.

Nantikan Esok Cabaran Ke 6

Friday, July 02, 2010

Cabaran 4


Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang. Terus maju ke depan.

Bulan Jun kami shopping rumah. Rumah pertama lokasinya cukup baik di persimpangan Sports School, Woodlands. Tingkat 7. Mempunyai 5 jiran. Unit rumahnya di tengah-tengah. Hati tiba-tiba tawar apabila melihatkan koridor kelima-lima unit rumah tersebut. Berserabut dengan barangan tidak pakai macam karong goni.

Agen rumah mendapatkan pendapat kami. Kami perlukan unit koner. Koridor bersih dan tingkat tinggi. Agen rumah benar-benar memahami hasrat kami. Unit-unit rumah seterusnya memenuhi cita rasa kami. Sama ada sebelah lif, koner atau jirannya satu atau dua. Koridornya semua bersih dan lapang.

Sebuah unit rumah di Blok 5xx cukup murah, cuma $275K. COVnya juga cuma $20K. Tingkat 5. Agen rumah kami kata jangan beli rumah tersebut. Harga murah tapi jangan beli. Sudah pasti untung $50K kalau membeli unit yang sama! Tahu kenapa? Tau tak apa!

Seterusnya kami naik lif turun lif. Berkunjung dari satu blok ke blok yang lain. Unit-unit rumah 4A memang memuaskan hati kami. Tapi kami lambat memberi kata putus. Oleh itu kami terlepas! Akhirnya kami menempah unit rumah Blk 311 Marsiling. Koner cuma satu jiran. Unit rumah besar dan selesa. Kami gagal kerana tuan rumah cuba melambat-lambatkan valuation agar lebih tinggi. Agen kami get fedup! tau tak apa!

Nantikan Esok Cabaran Ke 5