Friday, November 30, 2007

NurAtiQa 216 Bulan




Selamat Hari Jadi Gurl. From Father, Mother, Zetty, Diana and Hakim. Semoga Berjaya And Succes Dalam Hidup. Happy Selalu. Saya Pandai Speck Melayu. Yes!

Thursday, November 29, 2007

Hepi BirthDay HaziQ


Saturday, November 24, 2007

WARisan HMS



Bila ditanya apakah yang tinggal apabila seorang Anak Adam kembali ke rahmatullah? Jawapannya cuma dua. Doa anak yang soleh/soleha dan amal kebajikannya semasa hidup.

Para cerdikpandai yang terdahulu telah meninggalkan amalan mereka dalam bentuk penulisan. Sama ada dalam bentuk ukhrawi ataupun duniawi. Iaitu penyebaran ilmu pengetahuan yang efektif melalui penulisan dan pencetakan untuk dinikmati generasi yang terkemudian.

Bolehkah kita turut sama menyumbang sesuatu amal kebajikan dalam dalam bentuk penulisan. Jawapannya insya Allah. Bagaimana caranya?

Pertama Cg dapati setiap blogger HMS boleh menulis dengan baik sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Mengapa tidak sesuatu bahan yang baik dihantar ke Berita Harian, The Straits Times atau The New Paper.

Sebenarnya kita tiada konfiden sama ada artikal itu akan disiarkan atau tidak. Sama ada artikal itu sesuai atau menarik. Kalau tidak dicuba manakan dapat hasilnya. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya!

Kita akan mudah patah hati sekiranya hasil karya kita tidak diterima dan disiarkan. Banyak cerpen dan artikal Cg yang dibakulsampahkan. Penulisan adalah terapi emosi dan perasaan. Kita akan rasa lega selepas dipostkan/dilahirkan. Seperti kita menangis. Betulkan?

Kedua Cg dapati banyak bahan penulisan blogger HMS yang boleh dikirim ke akhbar selain daripada artikal pelancongan. Semak bahan-bahan yang sudah dipost dan buat penilaian sendiri. Mesti ada keyakinan. Saya boleh!

Bahannya tidak mesti yang berat-berat. Cerita biasa pun boleh kerana akhbar itu pembacanya pelbagai peringkat. Mereka memerlukan artikal yang berbeza untuk setiap peringkat golongan. Kalau hantar jangan lupa photonya sekali.

Ketiga Cg dapati alasan yang diberikan tiada masa. Segala bahan yang sudah dipostkan cuma lakukan ‘copy and paste’ dari blog masing-masing kemudian emelkan. Takkan itupun tak ada masa. Masalah panjang pendek dan kesilapan bahasa tidak penting. Pihak editor akan semak dan betulkan. Senang bukan?

Marilah kita realisasikan warisan HMS dalam bentuk penulisan. Jika setiap blogger HMS menyumbang satu dua artikal insya Allah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Tunggu apa lagi . . . hantar sekarang!

# Harga laminate cuma $3.00. Boleh didapati di kedai gambar

Thursday, November 22, 2007

JuRnal Si KeCil 8



Seperti biasa setelah siap dengan bekalan perjalanan iaitu pampes dan botol susu kami bertolak menuju ke destinasi. Perjalanan dalam kereta suasana agak aman kerana ada kopiko. Kalau tidak macam perang dayak!

Untuk ke destinasi kali ini kami memerlukan tiga kali bertukar kenderaan. Satu pengalaman yang pasti menarik. Awalnya kami jangkakan hanya sejam, tetapi makan masa 3 jam setengah!

Ketibaan kami disambut oleh seorang penyambut tamu yang peramah. Beliau menawarkan perkhidmatan yang eksklusif hanya untuk kami bertiga.

Beliau menjelaskan secara terperinci mengenai sejarah destinasi kami serta begitu mesra dan sabar dengan kerenah kami. Kami benar-benar rasa ceria.

Sepanjang lawatan kami bertemu para pelawat daripada pelbagai bangsa dan yang menarik hati kami sekumpulan 8 orang mak dara Jepun yang kiut-miut.

Akhirnya kami sampai di sebuah rumah yang eksklusif. Kami bertiga berlarian untuk ke rumah tersebut. Sekitaran yang indah dan permai. Rumah kosong itu menyambut kami bertiga dengan pintu dan jendela yang terbuka luas.

Ya kami bergambar serta mengambil video setiap sudut rumah yang eksklusif. Ketika Gurl-Gurl bergambar di luar, Haziq cuba menaiki tangga ke tingkat dua. Tiba-tiba Haziq keluar mengatakan ada Wa-wan!

Rumah eksklusif itu dua tingkat. Di tingkat bawah terdapat tempat berdiang di ruang tamu serta dapur dan bilik makan. Sementara di tingkat dua bilik-bilik tidur.

Kami memanggilnya untuk bergambar di halaman rumah. Haziq masih berkeras mengatakan ada Wa-wan di dalam. Wa-wan ada di dalam! Wa-wan ada di dalam rumah yang dibina pada tahun 1930! Masya Allah!

Wednesday, November 21, 2007

JuRnal Si KeCil 7


Tuesday, November 20, 2007

10 TerRaMai


TAMANBAHASA TOP 1O YOUTUBE : 20 NOV 2007

01. Rahsia Remaja 1 : Pergaulan dan Kebebasan Remaja : 58,100 Views
02. Tanggang : Lawatan Ke Watercity. . . Anak Derhaka : 15,409 Views
03. Tanggang : Kisah Anak Yang Derhaka : 11,765 Views
04. Rahsia Remaja 3 : Pergaulan dan Kebebasan Remaja : 8,701Views
05. Rahsia Remaja 2 : Pergaulan dan Kebebasan Remaja : 8,121 Views

06. Leftenan Adnan Wira Perang Dunia Kedua : 5,798 Views
07. Misteri Istana Kellie : 3,856 Views
08. Yang Pelik (Pasir Ris Car Park C) : 3,579 Views
09. Umrah 1996 - Ziarah Gua Hira Di Jabal Nur : 2,608 Views
10. Pernikahan & Persandingan Nur Zetty : 2,504 Views

TAMANBAHASA TOP 10 iFILM : 20 NOV 2007

JoGa BoNiTo (Family Blog United) : 3,019 Views

(Yang Lain Di Bawah Paras 2000 Views)

Monday, November 19, 2007

ISU MadRaSah


Dewasa ini pihak MUIS dan pemerintah menggalakkan penyertaan madrasah dalam arus nasional. Dan sejauh ini hanya tiga sahaja yang menyahut seruan tersebut sementara yang lain masih mempertimbangkannya.

Apa yang dikhuatiri sesetengah pihak, yang dikejar tak dapat sementara yang dikendung keciciran. Misi dan visi asal madrasah adalah melahirkan pewaris nabi. Sejauh ini alhamdullilah misi dan visi itu tercapai dengan sokongan masyarakat setempat.

Tidakkah ia satu bebanan tambahan yang perlu dipikul oleh para pelajar madrasah. Mempelajari ilmu ukhrawi dan duniawi yang terpaksa mempelajari 10 subjek. Sedangkan para pelajar sekular ramai yang keciciran untuk mempelajari 4 subjek di peringkat PSLE.

Tidakkah kita mempelajari daripada kegagalan MUIS mengendalikan pakej haji? Kegagalan membakukan bahasa baku di Nusantara – kini hanya Singapura sahaja yang berbaku.

Kegagalan Perkampungan Melayu menjadi mercu tanda bangsa dan budaya Melayu di Singapura – kini seakan menjadi pasar borong. Kegagalan Mendaki meningkatkan peratus kemasukan ke Universiti daripada 3 peratus ke 15 peratus? Semoga impian menjadi realiti.

Kita tidak mahu sejarah pahit itu berulang. Kita yang akan menjawabnya pada kemudian hari. Semoga isu Madrasah ini berakhir dengan win win situation!

Namun begitu kita bersyukur kerana konsep pembangunan masjid, tanah wakaf, pengsijilan halal serta Taman Warisan mendapat pengiktirafan antarabangasa. Syabas!

Sunday, November 18, 2007

JuRnal Si KeCil 6

Saturday, November 17, 2007

PaNel KoD 377A - Bab 7


Lirik/Tajuk Lagu: CiNta TeRlaRang
Penyanyi/Artis: BoBi Fian

Cinta terlarang
cinta sepasang kekasih
cinta sejenis yang sewaktu dengannya
cinta yang bertepuk kedua belah tangan

Cinta terlarang
cinta darah dan air mata
cinta menagih simpati antarabangsa
cinta yang mempromosikan keinginan seksualiti mereka

Cinta terlarang
cinta memperjuangankan kebebasan hak asasi
cinta ideologi atau falsafah kehidupan masa kini
cinta yang mengenepikan peradapan hidup manusia

Cinta terlarang
cinta tidak perlukan amalan penghamilan
cinta bakal mematikan warisan keturunan
cinta yang mengakhiri kerjaya hospital perbidanan

Cinta terlarang
cinta dikutuk agama
cinta menerima tentangan masyarakat dunia
cinta yang bergelut antara status, emosi dan identiti

Cinta terlarang
cinta menular jika tidak dibenteras awal
cinta sindrom cabaran pada akhir zaman
cinta yang perlu rawatan kembali ke pangkal jalan

Cinta terlarang
cinta sumbang fitrah manusia
cinta golongan eksklusif yang menjadi idola
cinta yang di mana MUIS, PERDAUS dan PERGAS tak makan nasi ke?

# TaMaT Di SiNi :
Yang Baik Itu Daripada Allah, Yang TerCela Itu Daripada Cg

Friday, November 16, 2007

FaMily BloG UniteD


Thursday, November 15, 2007

PaNel KoD 377A - Bab 6


Satu lagi penal kod 375 yang diperdebatkan melibatkan kes dalam kelambu.

Berdasarkan hukum hakam hak asasi manusia, sesuatu itu perlukan keizinan. Kata orang bertepuk mesti dengan kedua belah tangan. Tanpa keizinan si isteri untuk bercengkerama di bawah lampu minyak tanah si suami bakal diheret ke mahkamah di bawah kanun keseksaan!

Tanpa keizinan, si suami dituduh memperkosa si isteri! Jika sabit kesalahan si suami akan dijatuhkan hukuman sebat dan penjara. Padan muka!

Mengapa tidak dijelaskan di akhbar Straits Times atau di Lianhe Wanbao? Ada asatizah yang fasih berbahasa Mandarin. Tak makan nasi ke? Bahawa hukum hakam Islam adalah eksklusif berbeza dengan agenda pertubuhan hak asasi manusia.

Seorang isteri adalah hak milik seorang suami (tidak boleh dikongsi). Sedangkan hendak beribadat dengan Allah pun kena minta izin pada si suami. Jika si isteri engkar untuk berpuasa sunat, si isteri tidak akan dapat mencium bau syurga! Memenuhi keinginan si suami lebih besar pahalanya daripada puasa sunat!

Dewasa ini kebanyakan para isteri berkerja. Jadi penat macam mana pun si isteri perlu memenuhi keinginan si suami. Jika si isteri berpaling tidur daripada si suami para malaikat akan mengutuknya hingga ke pagi dan para bidadari tidak sabar menanti si suami di syurga!

Sekali lagi pertubuhan agama kita gagal memainkan peranan menyebarkan informasi untuk keperluan masyarakat yang berbilang kaum. Mengapakah tidak dijelaskan rasional di sebalik hukum hakam tersebut.

Tanpa penjelasan akan timbul kekeliruan dan masyarakat biasa akan akur bahawa si suami memang layak dihukum kerana kezaliman, tidak berhati perut dan hanya mementingkan hawa nafsu daripada kebajikan si isteri.

Si suami yang membunuh si isteri dituduh pembunuh. Si suami yang mencuri harta si isteri dituduh pencuri. Tetapi si suami yang memaksa hubungan intim atau memperkosanya terlepas daripada hukuman!. Salah siapakah jika mereka bertanggapan demikian?

Kepada MUIS, PERDAUS dan PERGAS tak makan nasi ke?

# Bersambung >

Wednesday, November 14, 2007

PaNel KoD 377A - Bab 5


Suatu masa dahulu golongan MakNyah menguasai status tersebut. MakNyah dipandang sebagai sampah masyarakat. Kehidupan yang bergelumang dengan noda dan dosa di lorong-lorong gelap kehidupan kerana penampilan fizikal mereka tidak asli – barang tiruan!

Tetapi kini status mereka dinaik taraf di kalangan mereka yang berkedudukan dalam bidang politik, karyawan terkenal, artis idola, juga termasuk ahli sukan bertaraf dunia.

Dari segi penampilan fizikal mereka tetap asli 100 peratus bukan barangan tiruan. Cakap mereka didengar dan dijadikan rujukan! Masyarakat dunia akur dengan segala tindak-tanduk mereka.

Di negara kita juga mereka yang terkena sindrom cinta terlarang kini di kalangan mereka yang berstatus karyawan. Dengan status kedudukan yang tinggi pada mata masyarakat, mereka memikul harapan masyarakat untuk mencapai kesempurnaan hidup.

Pada masa yang sama mereka tidak dapat lari daripada dilema identiti. Mereka bijak menyelesaikan pelbagai masalah pembangunan negara, tetapi mereka bergelut dengan masalah cinta terlarang.

Kita perlukan program bertindak yang eksklusif untuk menanganinya. Kita perlukan pakar kaunselor yang arif menangani masalah cinta terlarang. Kita perlukan setiap anggota masyarakat turun padang. Mengapa tidak kita buka agensi cinta terlarang!

Para asatizah kita kini bukan berstatus kampung. Mereka boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Mempunyai ijazah antarabangsa serta fasih berbahasa Inggeris dan ada yang berpendapatan 4 atau 5 digit.

Tapi sayangnya mereka duduk di atas pagar! Seperti kata Ayangz : bukan pengecut tapi adakalanya duduk atas pagar ini ada baiknya (berat-berat pun pagar tak roboh tau) !

Betul bukan pengecut tapi jaga perut !!!

# Bersambung >

Tuesday, November 13, 2007

HaRi Ini DalaM SejaRah


Monday, November 12, 2007

PaNel KoD 377A - BaB 4


Apakah punca kewujudan golongan homoseksual?

Rata-rata mempercayai homoseksualiti berlaku disebabkan oleh didikan, layanan ibu bapa terhadap anak-anak pada masa kecil, pengaruh rakan sebaya, persahabatan yang terlalu rapat sesama jantina.

Homoseksualiti juga dipercayai bermula di institut pengajian tinggi yang berasrama selain pengaruh Barat yang terbawa-bawa dalam kehidupan.

Di peringkat interpersonal, kelompok homoseksual akan terus berada dalam dilema, keliru, ragu-ragu dengan rasa bersalah serta mempersoalkan identiti seksual homoseksual diri sendiri yang tiada berkesudahan!

Lidah memang tidak bertulang. Tetapi bagaimanakah kita dapat membantu mereka yang terjebak dalam cinta terlarang ini? Merestukanya? Kerana setiap orang berhak menentukan jalan hidupnya. Kubur kau, kau jawab. Kubur aku, aku jawab!

Konsep amar makruf nahi mungkar ini sebenarnya pendekatan bagi menyelesaikan segala kemelut atau gejala sosial yang melanda sesuatu masyarakat. Dengan wujudnya kesedaran masyarakat Islam dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar pasti akan menghasilkan satu komuniti harmoni dan sejahtera.

Sejarah membuktikan bahawa antara punca kejatuhan dan kelemahan sesebuah kerajaan atau bangsa kerana berleluasanya maksiat atau penyakit masyarakat seperti keruntuhan moral dan kezaliman.

Pihak PERDAUS dan PERGAS sudah tentu lebih arif dalam bidang tersebut kerana misi dan visi mereka adalah amar makruf nahi mungkar! Semoga PERDAUS dan PERGAS tidak buta, pekak atau bisu dalam menghadapi cabaran masa depan!

See No Evil, Hear No Evil , Speak No Evil !!!

# Bersambung >

Sunday, November 11, 2007

PaNel KoD 377A - BaB 3


Masih ingat filem Brokeback Mountain?

Filem tersebut menerima sambutan yang hangat daripada penonton pada tahun 2005 dan telah meraup pendapatan melebihi US$547 juta dalam masa seminggu di USA di samping itu menerima tiga anugerah Golden Globe 2006 (Film Terbaik, Sutradara Terbaik, dan Senario Terbaik)

Secara tidak langsung mereka mempromosikan dan cuba meraih simpati penonton terhadap golongan homoseksual. Akhirnya cinta terlarang itu meraih simpati masyarakat dunia bahawa golongan Gay patut diberi pengiktirafan. Syabas!

Pihak pemerintah telah bersedia menghadapi gejala perjudian apabila Kompleks IR siap terbina di Marina dan di Sentosa pada tahun mendatang dengan menubuhkan institusi merawat ketagihan berjudi agar tidak akan meruntuhkan institusi kekeluargaan.

Mengapakah pihak masyarakat dan pemerintah tidak menubuhkan institusi merawat golongan mereka yang tercebur dalam cinta terlarang ini? Adakah Gay dianggap normal? Adakah MakNyah normal? Adakah institusi keluarga tidak terjejas kerananya?

Sejak Adam & Hawa peradapan dunia menolak kehadiran mereka kerana ia bertentangan dengan fitrah manusia. Haiwan yang tidak berakal pun tidak sanggup melakukannya! Tetapi sekarang masyarakat dunia menerima mereka dengan tangan terbuka!

Apakah peranan PERDAUS dan PERGAS. Bertindak apabila bila sudah nazak? Seperti gejala dadah yang menghantui kehidupan masyarakat Melayu/Islam di negara kita? Jangan sudah terantuk baru terngadah!

Menerusi lelaman web sembang seperti “SAYANGABANG” dan yang sewaktu dengannya menjadi wadah golongan ini mempromosikan kegiatan mereka dan mendedahkan identiti secara terbuka kerana mereka tahu masyarakat dan pemerintah tidak akan mengambil tindakan walaupun penal kod 377A masih termaktub dalam perundangan!

# Bersambung >

Saturday, November 10, 2007

PaNel KoD 377A - BaB 2


"Dan (kami juga mengutus) Lut (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?" Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas."

(Al-'Araaf, 7: 80-81)

Kebanyakan masyarakat barat menjulang kebebasan bersuara. Kesamarataan antara lelaki dan perempuan. Hukum hakam agama langit diubahsuai mengikut hukum hakam kebebasan bersuara. Mereka mencemuh mereka yang berfahaman konservatif.

Fahaman itu kini mula terpahat di sanubari generasi muda, kecuali mereka yang masih beragama langit kerana mereka dibesarkan di bawah sistem pendidikan dan fahaman yang berkiblatkan barat.

Fahaman tersebut kini digunapakai oleh masyarakat antarabangsa. Segala gejala songsang diterima atas dasar kebebasan individu. Dan ia kini mula menular di kalangan masyarakat Melayu/Islam.

Semoga pihak PERDAUS dan PERGAS tidak buta dari segi perundangan negara. Kerana apabila sesuatu akta itu diluluskan, ia sukar ditarik balik. Nasi dah jadi bubur! Mengapa mendiamkan diri?

Cuma yang tersiar mereka menyokong langkah pemerintah mengekalkan panel kod 377A. Bagaimana kalau sebaliknya? Baru hendak kecoh-kecoh? Buang karen saja!

Akta panel kod 377A itu pasti akan diperdebatkan pada masa akan datang. Yang sudah pasti bilangan penyokongnya akan berlipat kali ganda di samping masyarakat kini membenarkan kegiatan tersebut berkembang biak dalam bentuk ‘low profile’.

Semoga peristiwa lalu tidak berulang :

"Maka mereka dibinasakan oleh suara keras yang menguntur, ketika matahari akan terbit. Maka Kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang keras. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang memerhatikan tanda-tanda. "

(Al-Hijr, 15: 73-75)

# Bersambung >

Friday, November 09, 2007

PaNel KoD 377A - BaB 1


Siapa yang setuju panel kod 377A dimansuhkan sila angkat tangan!
Sebanyak 3300 nama menandatangani patisyen agar panel kod 377A dimansuhkan!

Hujah mereka ia bukan isu homoskesualiti tetapi mengenai ekualiti! Keperluan seksualiti adalah hak individu!

Isu homoskesualiti ini begitu hangat diperdebatkan di parlimen sama ada ia perlu dikekalkan atau dimansuhkan. Mengikut perangkaan di Amerika dan China golongan ini merangkumi 2 hingga 3 peratus bilangan penduduk. Kemungkinan kadar yang sama terdapat di Singapura, dianggarkan lebih kurang 35 ribu orang!

Mengikut pengakuan : Seorang doktor mengaku dia seorang Gay. Seorang ibu terkejut apabila anak lelakinya berterus terang bahawa dia seorang Gay. Sementara seorang lagi bijak pandai terpaksa berhijrah ke UK selepas NS kerana merasakan tiada tempat untuknya di Singapura!

Sesiapa yang tertuduh di bawah panel kod 377A akan dijatuhkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun! Panel kod 377A juga merangkumi pelbagai hubungan seks di luar tabii manusia.

Isu ini bertambah hangat apabila seroang anak Melayu, seroang pengiat seni sanggup memaki hamun seorang anggota parlimen dan bersumpah akan mengencing kuburannya. Masyallah!

Isu itu berakhir apabila pihak PM tetap mengekalkan penal kod 377A namun menghargai sumbangan golongan homoskesualiti dalam pembangunan negara.

Sedihnya ketika ia rancak diperdebatkan para asatizah di negara kita membisu seribu bahasa. Apakah peranan PERDAUS dan PERGAS serta badan-badan agama yang lain. Mengapa tiada tindak balas patisyen! Mengapa tiada suara mereka di media massa!

# Bersambung >

Tuesday, November 06, 2007

JuRnal Si KeCil 5


Monday, November 05, 2007

JuRnal Si KeCil 4


Sunday, November 04, 2007

JuRnal Si KeCil 3


Saturday, November 03, 2007

JuRnal Si KeCil 2


Friday, November 02, 2007

JuRnal Si KeCil 1