Ketika memasuki kawasan
Nusa iDaman kelihatan pembinaan rumah teres dua tingkat begitu rancak.
Fasa 1, 2 dan 3 telah siap dan telah berpenghuni. Sementara
fasa 5 dan 6 dijangka siap pada hujung tahun ini.
Di negara kita, kos pemilikan unit rumah teres dua tingkat menjangkau
SGD 1.5 juta dolar.
Realitinya hanya berada di alam impian !! Dengan nilai
SGD 1.5 juta kita boleh mendapatkan
dua unit rumah banglo berserta
kolam renang di
Horizon Hills.
Warga asing hanya dibenarkan membeli
rumah teres dua tingkat yang bernilai paling rendah RM $250,000 (
SGD $105,000). Begitu rendah jika dibandingkan dengan harga rumah
HDB 3 bilik antara
$118,000 hingga
$142,000 di Champions Court (
Woodlands Avenue 1).
Walaupun tidak dapat memiliki dan mendiaminya di tanah air sendiri,
insya-Allah di bumi yang luas terbentang milik
Allah ini, peluang itu tetap ada sekiranya kita sanggup mengikut arus perubahan.