Saturday, December 30, 2006

Tali Gantung


Hari ini SaDDam HuSSein telah kembali ke Rahmutullah di Tali Gantung. Seorang insan yang dikurniakan kekuasaan dan pernah suatu masa disanjung dipuja tetapi berakhir hayatnya di Tali Gantung tanpa keluarga di sisinya. Inilah bukan sebuah tayangan filem tetapi sebuah realiti kehidupan yang tercatat dalam lipatan sejarah.

Adakah kehidupan ini satu Putaran Roda? Suatu masa di atas dan suatu masa di bawah. Kata orang Air Pun Ada Pasang Surutnya. Di satu pihak pemergiannya bagai Pucuk DiCita Ulam Mendatang. Kerana beliau dianggap sebagai diktator yang kejam. Membunuh penentangnya tanpa belas kasihan. Menyerang negara jirannya Iran & Kuwait untuk meluaskan kekuasaannya.

Tetapi di suatu pihak pemergiannya akan diratapi kerana Yang Patah Tidakkan Berganti. Beliau pemimpin Arab yang tidak mahu dianggap bagai Lembu DiCucuk Hidung dengan tunduk di bawah telunjuk Amerika dan sekutunya bahawa IraQ adalah negara berdaulat.

Segala kilauan emas yang menyaluti kehidupannya selama 69 tahun hilang dengan sekelip mata kini tubuhnya akan disaluti debu-debu tanah padang pasir. Harimau Mati Tinggalkan Belang, Manusia Mati Tinggalkan Nama. Sama ada sebagai Penjenayah Kemanusiaan atau Pejuang Bangsa!

Tuesday, December 26, 2006

KuRenung Taj Mahal


KuRenung Taj Mahal
Dengan Kuasa DitanGan
TerBina TuGu Cinta Di PinGGir Jamuna
Manifestasi KeaGunGan Cinta Shah Jehan
Meniti Dari BiBir Ke BiBir BerkuRun Lamanya

KeRenung Taj Mahal
Aku Insan KerDil
Tidak Punya Kuasa Punya Apa
Manifestasi KeaGunGan Cinta Sejati
Meniti Dari Tinta ke Tinta Coretan Kata Hati

KuRenung Taj Mahal
Anak-Anak Kecil Yang BerDeBu Di Jalanan
Kemarau Air Matanya Sejak DilaHirkan
MeRaih Simpati Di Marmar Puith

KeRenung Taj Mahal
Anak-Anak Kecil Yang KutinGGalkan
Air Matanya MenGalir Minta DiBelai
Meraih Kasih Sayang SelemBut BalDu

KuRenung Taj Mahal
KuSeDar Garis Pemisah
Di Antara FantaSi & Realiti
Tiada Titik Pertemuan Antaranya

Saturday, December 23, 2006

Salam Taj Mahal

NaMaSte 9

24 DEC 2006

Insya Allah kami tiba di SinGapura pada pukul 8.00 pagi dengan pesawat IC 859 dengan seribu kenangan mengenai RumahBot, GulMarg, Taj Mahal dan DelHi.

Pelancong dari Malaysia adalah yang teramai melancong ke KasHmir India, sebab itu mata wang Ringgit Malaysia diterima dan kehadiran mereka disukai oleh penduduk KasHmir kerana mereka adalah pelancong yang suka berbelanja dengan mewah berbeza dengan warga Singapura yang berkira ketika berbelanja! Projek lebuhraya juga diserahkan kepada Samy Velu! (KontRektor Malaysia).

Dari segi kemajuan, China & Hong Kong mungkin 20 tahun ke depan dari prasarananya. Oleh kerana itu pelancong merasakan keselesaan ketika melancong dan dapat meraih bilangan jutaan setiap tahun, berbeza dengan melancong ke India para pelancong akan berfikir dua tiga kali untuk melawatinya.

Namun begitu kemiskinan menjadikan insan berhati mulia. Mereka melakukan tugas dengan rendah diri dan bersopan serta menerima pemberian dengan tangan terbuka. Begitulah gambaran masyarakat India.

Berbeza dengan masyarakat di Beijing China terutama Hong Kong yang mementingkan material (wang) dan bersikap RaKus ketika mengharapkan balasan.

Jika di Saudi mereka mengatakan SinGapura - BaGus. Begitu juga di Beijing & Hong Kong mereka memuji SinGapura - Clean & PM kita LKY!.

Sementara paspot SinGapura mendapat layanan istimewa di IsRael. Di SrinaGar seorang pegawai tentera dua bintang menyanjung - We Respect People of SinGapore!

Sesungguhnya dot merah di peta dunia mendapat penghargaan 5 bintang daripada masyarakat antarabangsa. Kita seharusnya bangga menjadi warga SinGapura!


Jika dunia mempunyai 7 jenama antaranya Tembuk Besar China, Piramid, dan Taj Mahal, Singapura juga mempunyai 7 jenama yang terkenal di peringkat antarabangsa.

1. SIA – Jenama globalisasi
2. CleAn – Jenama keselesaan dan persekitaran
3. ( ? ) Jawapan yang betul akan dapat cenderahati daripada TamanBahasa
4. MerLion – Jenama identiti negara
5. Little Red Dot – Jenama kontroversi politik
6. HDB – Jenama kecekapan dan kepakaran
7. ShoPPing – Jenama Barangan & perkhidmatan

Nilai Bintang :

Kepuasan TerTinggi 5* & TerRendah 1*

1. Harga Pakej : 5 Bintang
2. Tempat Tinggal HouseBoat, Hotel : 5 Bintang
3. Tempat-tempat Lawatan SrinaGar, ArGa, JaiPur & DelHi : 5 Bintang
4. Servis & Layanan KaKa & Pemandu Pelancong : 4 Bintang
5. Makanan & Minuman Di Kapalterbang, HouseBoat & Hotel : 4 Bintang
6. Informasi Tempat Lawatan : 4 Bintang
7. Teman Di Jalanan (M'sia/KanaDa/S'pura/BelGium/Indonesia) : 5 Bintang
8. Berbelanja & Membeli Belah : 2 Bintang
9. Talian Internet di Hotel & Cyber Cafe : 1 Bintang
10. Pengangkutan Kapalterbang, Shikara, Gondola, Kereta & Tut-Tut : 4 Bintang

Akhir kata : NaMaSte!

NaMaSte 8


23 Dec 2006

Insya Allah selepas sarapan 9.30 kami bertolak kembali ke DelHi. Perjalanan sejauh 4-5 jam ke DelHi benar-benar mencabar ketahanan fizikal.

12.30 memasuki wilayah HariYana dan meninggalkan Rajasthan dengan kenangan menaiki Gajah. Kenapa naik gajah tidak kuda atau unta? Jawapannya di bawah.

Di DelHi kami akan melawat tempat-tempat tarikan pelancong seperti New DelHi & Old DelHi. Melawati Raj Ghat, Masjid terbesar di InDia – Jamma Mosque. Kemudian ke Red Fort, InDia Gate, Parliament House, Istana Presiden. Tidak ketinggalan Qutub Minar (Menara Kemenangan) setinggi 72.5 meter yang dibina pada tahun 1199 AD oleh Qutub’d Din.

Akhir sekali makan malam Selamat Tinggal di Chor BaZaar RestauRant sebelum ditransfer ke lapangan terbang antarabangsa DelHi.

InDia tidak menawarkan barangan cenderahati yang meluas seperti di Thailand, Beijing, Hong Kong ataupun Indonesia & Malaysia.

Barangannya lebih berkaitan dengan agama Hindu seperti barangan perhiasan, ibadat dan keperluan harian. Corak dan kualiti barangan juga tidak menepati cita rasa kita di SinGapura, sama ada beg, kasut, baju t-shirt dan sebagainya.

Cuma yang sesuai ialah pakaian lelaki Kurta, selendang dan barangan kemas batu-batu permata. Namun begitu dari segi corak dan reka bentuk masih jauh terkebelakang.

Mungkin Bazar di SinGapura lebih menarik dari segi persembahan pamerannya untuk menarik perhatian pelangan sedangkan di InDia semuanya berlipat. Kalau nak beli dilambakkan di depan kita – lebih banyak buang masa ketika memilih barang. Keadaan ini berlaku kerana keadaan persekitaran yang berdebu dan kotor. Buktinya di bawah.


Namun begitu ketika sampai di DelHi kami terus ke Palika Bazaar setelah makan tengah hari 2.30 dan solat jamak takdim.

Di Palika Bazaar harganya lebih murah dari harga kilang tempat-tempat lawatan (komisyen untuk pemandu pelancong agaknya!)

Di Palika Bazaar kami berbelanja sakan selama lebih kurang 2 jam pun tak cukup. Jika di DelHi jangan lupa ke Palika Bazaar ataupun ke Jabpath. Deretan kedai yang bersaing mencari pelanggan. Di sini kemahiran menawar menentukan harga yang dibeli.

Contoh harga kasut kulit INR $1650 selepas ditawar harganya cuma INR $400 (SGD $12.00) sahaja.

Pesawat IC 859 bertolak pada pukul 00.05 waktu InDia dan insya Allah tiba di Singapura pada pukul 07.55 waktu Singapura.

# Maharaja Rajasthan berbadan besar dan perlukan pelana (tempat duduk) yang besar. Sebab itu gunakan gajah. Harga tiketnya INR $275 untuk seorang.

# Untuk membuktikan keadaan persekitaran yang tidak bersih, hingus dan tahi hidung kami berwarna hitam! Dan penduduknya sama ada memakai pelitup atau menutup hidung mereka dengan kain pembalut leher/selindang mereka.

Friday, December 22, 2006

NaMaSte 7


22 DEC 2006

Selepas sarapan pada pukul 8.00 pagi kami bertolak Ke Istana Maharaja Rajastan.

Kami menaiki gajah untuk ke Istana Rajastan yang terletak di puncak bukit. Setiap gajah hanya dibenarkan membawa dua orang penumpang sahaja. Terhenjut-henjut gajah yang besar dan berat itu mendaki ke puncak bukit mengekori antara satu sama lain. Perjalanan hanya untuk satu perjalanan sahaja iaitu ke Istana. Selepas sampai di istana kami turun dan gajah-gajah itu turun untuk mengambil penumpang baru. Kosnya INR $275.

Setelah itu pada pukul 10.30 pagi kami menuju ka Pink City. Kota Merah Jambu. Maharaja Rajastan suka dengan warna tersebut. Semua bangunan dan tembuknya berwarna Pink. Terdapat dua tempayan besar untuk mengisi air Sungai Ganjis. Maharaja itu hanya minum air Sungai Ganjis. Tempayan itu diisi air Sungai Ganjis apabila Maharaja itu pergi ke EngLanD.

Kemudian kami melawati Pusat Bintang dalam bentuk yang tradisional untuk mengetahui waktu jam, perjalanan bulan dan bintang dan penentuan kalendar.

Sesuatu yang berbeza di India ialah bayaran masuknya bolehlah dikatakan berpatutan dan murah tetapi bayaran kamera $50 atau percuma dan videonya $100. Tetapi merakam video masa sekali tidak dibenarnya di Taj Mahal. Nak tahu kenapa. Jawapannya di bawah.

Di pusat permata kami diterangkan bagaimana batu-batu yang kotor dan berdebu itu dicanai untuk menjadi batu permata yang berharga dan menjadi barang perhiasan kaum wanita. Seperti biasa kami hanya mendengar dan menjamu mata. Bila hendak dibawah ke pusat pakaian dan kraf tangan kami menolak untuk balik ke hotel. Ada makna tu.

Sebenarnya kami ini membeli belah seperti di Palika Bazar di Delhi, tetapi nampaknya pemandu pelancong mempunyai agendanya sendiri mengharapkan komisen dari kedai-kedai besar itu. Petang ini kami akan ke Bazar untuk mencari cenderahati untuk dbawa pulang. Kalau tidak kami akan merayap sendiri.

# Insya Allah kami akan berangkat pulang esok tengah malam 12.00 dan sampai di SinGapura pagi minggu. Sila semak IC 859 daripada Delhi.

# Menurut pemandu pelacong merakamkan video tidak dibenarkan di Taj Mahal kerana dutakuti pelancong tidak akan ke Taj Mahal kerana sudah melihat video rakaman dan ia mungkin akan menjejas industri pelancongan sedangkan Taj Mahal adalah sumber utama pendapatan negara dari segi pelancongan.

NaMaSte 6


21 DEC 2006

Taj MaHal lambang CinTa sejati. Tugu CinTa yang wujud dari kurun 17 hingga ke hari ini.

Selepas sarapan kami melawat TuGu CinTA Taj MaHal antara tujuh keajaiban dunia. Dibina oleh Maharaja Shah Jehan untuk permaisurinya Muntaz Mahal pada tahun 1653.

Taj Mahal mengambil masa 22 tahun kerana terdapat 22 kubah yang mewakili tahun pembinaannya. dan memerlukan dua puluh ribu pekerja.

Selepas sarapan 9.00 pagi kami bertolak menuju ke Taj Mahal yang jaraknya cuma satu kilometer. Kami menaiki bas elektrik untuk mengelakkan pencemaran.

Kini Taj Mahal benar-benar di hadapan kami. Segala impian selama bertahun terpendam dalam hati kini menjadi realiti.

Kubur sepasang kekasih dikebumikan di tengah-tangah kubah marmar dengan ukiran Surah Fajar menghiasi tugu cinta.

Muntaz Mahal dikebumikan tiga kali kerana menanti siapnya tempat bersemadinya yang terakhir.

Di belakangnya mengalir lesu sungai Jumnah. Di sini kami bertemu rombongan Malaysia yang menginap di KhyBer HouseBoat. Kami bergambar dan bertanya khabar. Ayah suruh mereka visit TamanBahasa.

Di sini juga AtiQa bertemu dengan artis K-Drama di Taj Mahal sedang melakukan pengambaran. Jawapannya di bawah.

Kami bergambar INR $600 untuk enam keping gambar diambil oleh juruphoto jalanan.


Keagungan Taj Mahal bukan kerana seni bina dan ukiran mar-mar tetapi ia adalah manipestasi CinTa SeOrang LelaKi PaDa SeOrang WaniTa yang tiada tolok bandingnya seperti lagu Irwan Shah . . . aku memang pencinta wanita! LaGu kesukaan HaziQ!

Setelah itu kami ke kilang marmar dan sutera. Di sini ada cerita PakMat Tempe. Sambungannya di bawah.

Kemudian kami kembali semula ke hotel untuk makan tengah hari dan check out. Ayah ambil kesempatan update NaMaSre 4 dan 5. Punyalah slow!

Selepas makan kami bersolat jamak takdim di sebuah masjid kampung lalu ke Istana JahanGir. Istana khas untuk perempuan.

Dianggarkan maharaja itu memiliki 5,000 isteri beragama Islam dan Hindu.

Pada pukul 3.00 petang kami menuju ke JaiPur. Perjalanan dianggarkan 5 jam! Tiba pada pukul 8.00 malam. Sawah luas terbentang di kiri kanan jalan tanpa rumah penduduk. Perjalanannya seakan SinGapura ke Melaka tetapi kerana projek naik taraf dari dua lorong ke enam lorong menjalankan perjalanan kami sedikit tergendala. Alhamdullilah akhirnya kami tiba di JaiPur.

Kami bermalam di JaiPur!

# Ayah telah menemuramahnya dan mevideokannya lalu menceritakan AtiQa giler dengan K-Drama setiap hari. Artis itu terlalu excited lalu bertanya drama yang ditontonnya. Drama Goong! Beliau terlalu gembira bila dapat menemui peminatnya AtiQa dari SinGapura di Taj Mahal.

# Wan Madhuri bila dengar harganya three seventy five (375 rupee) lalu memilih 6 helai. Setelah puas membongkar dan memilih baru Wan Madhuri sedar bukan TIGA helai 75 Rupee, tetapi 375 ialah tiga ratus tujuh puluh lima Rupee untuk sehelai! Kantoi habis! Paisey!

Thursday, December 21, 2006

NaMaSte 5


20 Dec 2006

Selepas makan tengah hari 11.30 pagi kami ditransferkan ke airport untuk kembali ke DelHi kemudian dipandu sejauh 203 km untuk ke AgRa dan menginap di Clarks Shiraz AgRa.

Pengendali RumahBot yang menguruskan kami bernama KaKa. Beliau memanggil AtiQa, Baby. Nak tahu nama sebenarnya? Kata orang pelanDuk dua seRupa. Jawapannya di bawah.

Sebelum itu kami merayap dengan menaiki shikara IND $100.00 kami ke darat untuk ke cyber café. Hampir 45 minit menunggu oleh kerana cyber down tak dapat update NaMaSte 5. Pagi ini kelihatan berduyun-duyun kambing-kambing korban dibawa dengan shikara untuk dijual di pasar bagi meraikan Hari Raya Korban minggu hadapan.

Kami bertolak dari KhyBer HouseBoat pada 12.30 menuju ke airport. Di airport 3 kali beg kena scan dan yang peliknya kena check beg sendiri untuk dibawa ke kapal terbang.

Cakap pasal tips. Bila nak berangkat pulang tukang masak pun keluar. Keluar ada makna tu! Tips untuk KaKa, tukang masak, pemandu pelancung, pemandu kereta, penolak beg, penulis borang masuk. Ada lagi satu tips yang pelik. Jawapannya di bawah.

Kami bertolak 4.05 petang dan tiba di Jammu 4.35 petang. Pukul 5.15 petang kami berangkat ke Delhi. 6.30 petang tiba di DelHi dalam kegelapan malam.

7.00 malam kami bergerak dengan pemandu pelancong kami bernama KurSid dan pemandu bernama Amar Singh. Makan malam di WaVes 7.30 malam.

Kami meninggalkan DelHi 9.05 malam menuju ke Agra untuk bermalam di Clarks Shiraz Agra. 10.30 malam memasuki wilayah Uttar PraDish. Perjalanan memakan masa 3 jam. Kami tiba pada pukul 12.00 tengah malam.

01.00 dinihari kami melelapkan mata. Waktu SinGapura 3.33 pagi. SelaMat Malam!

Esok kami akan ke Taj MaHal.

# Nama sebenar KaKa ialah Gulam KaDir. Ayah kata KaDir Sr dan ayah KaDir Jr kerana umurnya 60an dan ayah 50an.

# Tips yang pelik ialah dalam tandas. Penjaga tandas pun minta tips!

NaMaSte 4




19 DEC 2006

Hari ini hari ketiga di RumahBot. Lawatan lebih tertumpu dalam bidang komersil melawati kilang-kilang karpet, barang kemas, pakaian dan kraf tangan.

Sebelum itu ingin kami ceritakan pengalaman tinggal 4 hari 3 malam dalam RumahBot Di Tasik Dal. Tinggal di RumahBot ini seperti tinggal di FarmStay di mana diuruskan oleh tuan rumah. Dan untuk ke RumahBot kami terpaksa menaik Shikara (salah sebut jadi Syakira!). Harga tambangnya IDR $50 (SGD $1.00) untuk satu perjalanan.

Dalam RumahBot ini kebanyakannya mempunyai 3 bilik tidur yang mempunyai bilik air sendiri. Biliknya menyediakan air panas dan sejuk serta mempunyai bathtub. Setelah dua malam bermalam bersama pelancung dari Malaysia, malam terakhir hanya kami bertiga saja di dalam RumahBot itu macam Maharaja & Maharani!

Setiap tiap bilik airnya tiada sistem hawa dingin tetapi sistem penghaba yang tradisional tidak disediakan heater mungkin kerana kos letriknya mahal. Sistem penghaba ini membakar batang-batang kayu. Terdapat satu saluran kecil untuk mengeluarkan haba hangat dan sebuah corong ke bumbung untuk mengalirkan asap. RumahBot ini tidak sesuai untuk mereka yang berbulan madu. Nak tahu kenapa. Jawapannya di bawah.

Terdapat ruang tamu dan ruang makan untuk tetamu. Turut disediakan sebuah TV yang memaparkan siaran TV India, Kashmir dan Pakistan. Kalau minat Bollywood pasti best!

Sarapan pagi, makan tengah hari dan malam dimasak dan disediakan di bahagian belakang RumahBot di rumah pekerja. Menu makanannya masakan India Kashmir seperti di Little India Singapura.

Dianggarkan terdapat 2,800 buah RumahBot dan dijangkakan akan berpindah ke tempat baru pada tahun 2008 di bahagian utara. Pihak pemerintah bertujuan untuk membersihkan kawasan tasik itu agar lebih bertambah bersih dan jenis dan teratur serta tersusun. Dewasa ini jalan raya yang mengelilingi tasik itu dilebarkan menjadi 4 lorong.

Jika ada sesiapa yang ingin ke SrinaGar mungkin tangguhkan ke tahun 2009 apabila semua prasarananya dijangka siap.


Hari ini kami ke Taman Nishat MuGhal tetapi sayangnya hanya kelihatan batas-batas sahaja pada musim sejuk. Bunga-bunga yang berwarna warna berkembang pada musim panas (Mei - Ogos).

Namun begitu kami bertemu Shah Dir Khan, Wan Madhuri dan TiQawarai. Di taman tersebut kita boleh menyewa pakaian Bollywood dengan harga IND $100 saja untuk tiga pasang/orang.

Di Kilang karpet kami melihat tunjuk cara bagaimana membuat karpet yang harganya bergantung pada berapa lama disiapkan sama ada sebulan, tiga bulan, enam bulan ataupun setahun. Sehelai sejadah buatan tangan senilai SDG $400 yang disiapkan dalam masa tiga bulan. Cuba gambarkan jika saiznya lebih besar.

Selepas makan tengah hari pada pukul 2.00 petang kami mengelilingi Tasik Dal dari pukul 3.30 hingga 5.30 petang sejauh 24 kilometer. Pertama kami melawat sebuah masjid yang menyimpan sehelai rambut nabi Muhammad s.a.w. Ratusan burung-burung merpati menyambut kedatangan kami. Masjid itu ikini sedang dinaik taraf. Dapatkah kami melihat rambut rasulullah? Jawapannya di bawah.

Selepas sembahyang jamak takdim kami berangkat ke sebuah masjid yang tertua dan terbesar di SrinaGar. Masjid yang boleh muat 33,000 jemaah sudah berusia 600 tahun. Tiang-tiangya terdiri daripada batang-batang kayu sepemeluk. Menara dan bumbungnya bercirikan kecinaan.

Sepanjang jalan kami melalui lorong-lorong kedai kiri kanan yang menjual pelbagai jenis barang-barang keperluan harian. Anak-anak gadis yang berkulit cerah turut mencuri pandangan kami.

Setelah puas meronda dengan kos RM $110.00 (0ptional) kami kembali semula ke RumahBot kami KHYBER HOUSE. Dari segi nilai wang dan pengalaman yang kami alami di Kashmir India - SrinaGar bagi pertama kali : RanKing 4/5 Bintang.

# Kami katakan tidak sesuai untuk mereka yang berbulan madu kerana alat pemas itu perlu diisi kayunya setiap dua atau tiga jam agar baranya tidak mati. Pihak tuan rumah mengingatkan kami jangan mengunci pintu bilik pada waktu malam kerana pada pukul 2.00 pagi dan 4.00 pagi beliau akan masuk memastikan alat pemanas itu cukup baranya!

# Kami tidak berpeluang melihat rambut baginda kerana rambut tersebut hanya dipamerkan pada setiap hari Jumaat dan hari kelahiran baginda. Namun begitu syukur alhamdullialah kami dapat bersujud di masjid tersebut di mana terdapat sebahagian jasad baginda disimpan. Moga doa kami untuk semua ahli keluarga dikabulkan Allah swt.

# Kami tidak menggalakkan lawatan pada musim sejuk (Disember) jika ada sesiapa yang tidak tahan kesejukan yang keterlaluan atau membawa anak-anak di bawah 12 tahun kerana masalah sistem jalan raya dan pengangkutannya masih di tahap 50an Singapura. Tetapi kalau datang pada bulan Jun musim panas tidak dapat main salji di GulMarG.

Tuesday, December 19, 2006

NaMaSte 3


18 DEC 2006

Kami melawati GulMarg yang jadi tempat tarikan pelancong bila ke SrinaGar. Selepas sarapan pada pukul 9.00 pagi kami bertolak ke GulMard pada pukul 10.00 pagi. Waktu subuh pada pukul 4.00 pagi dan tasik itu diseliputi dengan kabus tebal hingga ke pukul 10.00 pagi. Sebab itu kami bersarapan dan bergerak agak lambat.

Jarak perjalanannya lebih kurang 2 jam dari Tasik Dal Ke GulMard. Sepanjang perjalanan seakan kami melalui negara AfGanistan seperti yang kita tonton di telivisyen. Sepanjang perjalanan kami dapati pihak tentera mengawal sepanjang jalan kerana masalah politik dengan Pakistan dan AfGasnistan. Setiap jarak 100 meter ada askar yang bertugas!

Jalan rayanya bising dengan hon dan wisel seperti di Delhi tetapi di sini lagi parah penumpang turun dan mengawal lalu lintas supaya keretanya jalan dulu walaupun ada polis berwisel yang bertugas, lagi parah saja-saja lori buat 3 points turn di simpang yang sibuk. Yang pentng siapa berani dia jalan dulu. Tahu apa kata AtiQa tentang KakEtynya. Jawapannya di bawah.

Sebenarnya kami pergi secara konvoi dengan pelancong Malaysia. Tiga buah LandRover. Kami 3 orang satu LandRover dan 13 pelancong Mallaysia lagi 2 LandRover.

Bila tiba di GulMard keadaan persekitaran mula berubah. Salji-salji beku mula meliputi kawasan persekitarannya. Putih melepak! Sungguh mempersonakan ciptaan Allah. Subhana Allah! Di kaki gunung kami menyewa baju sejuk dan kasut PCK kerana ketebalan salji sebanyak IND $300 (SGD $10.00) untuk tiga orang.

Setiba di puncak kami makan tengah hari pada pukul 1.00 petang selepas solat jamak takdim. Kemudian tibalah masa aktiviti. BerGondola (kabel kar), slide, ski atau bermain golf. Ayah dan AtiQa mula-mula naik GonDola hingga ke puncak gunung. Di sini perasaan gerun, gayat atau ngilu tiada lagi (setelah menaiki kabel kar di LangKawi). Kami boleh bergurau berdiri sama ada melihat ke kiri atau ke kanan atau pun memandang ke bawah bumi yang diliputi salji.

Hilang rasa gerun timbul rasa asyik melihat keindahan alam yang semula jadi. Subhan Allah! Perjalanan ke puncak lebih kurang 15 minit agak laju jika dibandingkan dengan di Langkawi. Di sini juga kami mengalami tiba-tiba kabel kar itu berhenti. Nak tahu apa kata pegawai yang bertugas? Jawapannya di bawah.

Dari puncak kami melihat BanjaRan Himalaya dan dapat melihat puncak gunung K2. Kami di kelilingi gunung ganang yang diselaputi salji seakan melihat sebuah potret di depan mata kami. Tetapi ia benar-benar realiti. Selepas puas bermain salji dan bergambar (sebenarnya dipaksa turun) kami turun ke stesen kabel kar.



Sebelum itu kami ukir nama HaZiQ dan Gurl moga hati dan kehidupannya sesuci salji dan insya Allah akan menjejakkan kaki di bumi Allah GulMard suatu masa nanti. Insya Allah

Kemudian kami naik slide beramai-ramai dari dataran yang tinggi ke dataran yang rendah. Pun belum puas kami dipaksa berhenti. Kami tidak sangka masa begitu mencemburi kami. Langit pada pukul 4.00 petang sudah mula gelap kerana maghrib pada pukul 5.00 petang. Jadi kami sekali lagi terpaksa turun ke kaki gunung kembali ke Tasik Dal. Dahlah tak ada lampu perjalanan kami diseliputi kabus dan kesilauan kerana para pemandu bermain hon dan lampu high beam.

Akhirnya kami tiba di RumahBot kami dalam kegelapan pekat malam pada pukul 7.00 malam! Selepas makan malam pada pukul 8.00 malam kami cabut lari (diganggu oleh penjual GonDola) ke bilik untuk tidur kepenatan dan kejatuhan dua tiga kali kerana kelicinan permukaan akibat salji di GulMard. Selamat Malam.

# Kata AtiQa kalau KakEti kena hon kiri kanan dan kereta himpit kiri kanan nampak kata sampai malam dia tidak bergerak! Mungkin KakEty telefon abang Is atau ayah. Hehehe Kata AtiQa!

# Kata pegawai bertugas kadang kala 10 minit kadang kala sampai 30 minit atau mungkin 1 jam tergantung tidak beregak kerana masalah teknikal. Kami tabahkan hati walaupun tiba-tiba AtiQa kata ia sakit peRut! Tiba-tiba sakit perut! Hehehe padan muka!

NaMaSte 2


17 DEC 2006


Selepas sarapan kami berangkat ke SrinaGar (KasHmir) IC 821 pada pukul 12.10 tengahari.

Kami tiba di Jammu 01.10 pm berhenti sebentar untuk ambil penumpang ke SrinaGar. Sebenarnya ada ceita lucu yang terjadi. Ceritanya di bawah.

01.50 kami berangkat ke SrinaGar dan tiba 02.20 di lapangan terbang SrinaGar disambut dengan bayu yang sungguh menggigilkan.

Pemandangan dari kapalterbang adalah panorama puncak pergunungan yang putih diselaputi salji sejauh mata memandang dan kelihatan Tasik Dal yang membiru.

Serinagar yang ketinggiannya 5200 kaki dari paras laut terletak di kaki BanjaRan HiMalaya.

Di Sini kami bermalam di Deluxe HouseBoat dan menggunakan GonDola seperti di ViNece sebagai pengangkutan untuk bergerak di Tasik Dal (macam Tasik Cini atau Tasik Kenyir) cuma bezanya tasik itu dipenuhi dengan RumahBot.

Selepas makan tengah hari pada pukul 3.00 petang kami menaiki shiQara (bot) melawati beberapa kilang kraf tangan. Keluasan Tasik Dal meliputi 24 kilometer persegi.

Mengikut cerita lagenda suatu masa tasik itu paras airnya tinggi dan dihuni oleh angsa-angsa. Seorang alim telah membuat perjanjian dengan angsa-angsa tersebut bahawa jika ia dapat menurunkan paras air itu angsa-angsa itu perlu meninggalkan Tasik Dal agar manusia dapat tingal di tasik tersebut. Cerita selanjutnya di bawah.

Semasa menaiki GonDola kami diserbu & dihimpit dua tiga GonDola bersilih ganti oleh penjual-penjual yang berGonDola. Menjual barang kemas, pakaian, kraf tangan termasuk gambar & poskad.

Penjual-penjual itu semuanya kata no problem kalau tak mahu beli tak apa tetapi macam memaksa saja. Mereka keluarkan dan lambakkan di depan kita! See Only! No Problem! Kini kami bersembunyi di dalam bilik (07.00 malam) kerana di ruang tamu ada penjual barang kemas! Hehehe! Cabut!

Selamat Malam!

# Angsa-angsa itu bersetuju kerana masakan orang alim itu dapat menurunkan air tasik yang tinggi itu. Dipendekan cerita orang alim itu membina sebuah lubung di kaki gunung agar air tasik itu dapat mengalir dan berjaya menurunkan paras air. Oleh kerana itu angsa-angsa terpaksa meninggalkan tasik dan Tasik Dal menjadi penempatan manusia hingga ke hari ini. Alkisahnya!

#Ketika di Jammu kami bersiap untuk turun dan mula beratur kerana sangka sudah sampai. Sebahagian mula turun sebahagian penumpang masih di tempat duduk. Bila ditanya rupanya SrinaGar di depan lagi. Nasib baik tak turun kalau tidak alamat sesatlah kami!

# Penerbangan pulang 12.00 tengah malam waktu DelHi (SaBtu) dan TIBA di SinGapura pukul 8.00 pagi pesawat IC 859 – 24 Dec 2006 Hari MinGGu.

Sunday, December 17, 2006

NaMasTe 1


16 DEC 2006

Sepatutnya kapalterbang kami berangkat 9.05 am tetapi delay satu jam kerana banyaknya kapalterbang yang akan berlepas. Kapalterbang kami giliran ke 23. Beginillah gambaran sibuknya lapangan terbang Changi pada musim cuti.

Sebelum itu kami mengucapkan terimakasih kepada Cik Jaafar & Hakim yang menghantar kami dengan kereta WiSenya pada pukul 6.30 pagi.

Akhirnya kami berangkat pada pukul 10.23 pagi dengan kapalterbang AirInDIA IC 860. Waktu di Delhi 2 jam 30 minit lewat daripada SinGapura dan cuacanya seperti di Cameron Highland.

Semasa dalam penerbangan kami dihidangkan menu vegeterian, tak tertelan. Jadi makan rotilah!

PenerbanGan selama 6 jam benar-benar mencabar tanpa media elektronik. Hanya tiga kegiatan yang dilakukan oleh para penumpang. PertaMa makan (2 kali). KeDua tidur. KetiGa bila terjaga ke bilik air!

Nak tahu kenapa SIA syarikat penerbangan dipilih sebagai terBaik & perTama di dunia? Jawapannya di bawah.

SRK dilahirkan pada 2 Nov 1965 di pinggir New DelHi. SRK masa sekolahnya ialah kapten hoCkey, bolaSepak dan kriket tapi SRK tak minat pergi sekolah!

Ayah SRK mementingkan kejujuran. Jika SRK tak mahu ke sekolah beliau akan menulis surat kepada guru sekolahnya. Satu hari beliau sengaja tidak mahu menulis surat dan menyuruh SRK supaya berterus terang. SRK takut untuk berterus terang kerana ia pasti akan diRotan jika tiada alasan yang baik. Tetapi akhirnya SRK berterus terang dan gurunya mengatakan bahawa SRK pelajar yang jujur.

Itulah pentingnya kejujuran dalam kehidupan. Artikal dalam majalah SwaGat semasa dalam penerbangan. Kenal siapa dia SRK? Jawapannya di bawah.

Akhirnya kami tiba di Delhi pada pukul 4.00 petang waktu Singapura dan tiba di Connaught Hotel pada pukul 6.00 petang. Kami disambut dengan mengalungkan Bunga Malai dan pemandu pelancong kami bernama TariQ. 12 Jam perjalanan dari 6 pagi bangun hingga 6.00 petang tiba di hotel.

Sebaik tiba kami ke pusat bandar DelHi di PaLika Bazar. Wah betul-betul Giler. Barang-barangnya kebanyakan IDR $100 ($3.50). PaLika BaZar ini terletak di tengah-tengah bandar berbentuk bulatan dan ia lebih besar daripada Petaling Street atau Pekan Rabu ataupun Xia Shui Beijing ataupun di Thailand. Jarak hotel cuma 10 minit berjalan kaki. Sebelum itu kami naik tut-tut keliling kota dan bawa ke pusat membeli belah eksklusif (macam nak kena tipu) tapi akhirnya kami tarik diri dengan pelbagai alasan. Namun begitu terkopak IDR $20.00 ($0.70) untuk tambang tut-tut!

Jalan rayanya bising dengan hon dan wisel polis dan orang ramai menyeberang jalan ramai-ramai walaupun kereta sedang bergerak macam tidak pedulikan kereta dan polis yang bertugas. Satu pemandangan yang menjijikkan ialah ramai yang berdiri menghadap tembuk walaupun di tengah-tengah bandar untuk melepaskan hajat tidak kira siang atau malam walaupun berpakaian kot dan bertali leher!

Jalan Malam : Ayah yang keluar malam sorang-orang meronda bandar New Delhi. Nampak tak ada anak-anak ayam. Tidak seperti di Beijing & HongKong anak ayam bersepah di depan hotel dan di jalan raya. Tetapi di sini ramai yang menghadap tembuk pada waktu malam!


Menu Tepi Jalan : Macam Roti John - mula-mula telur digoreng, campur tomato, bawang dan sayur kemudian ditekup dengan roti bercampur cili. Harganya IDR $10 (35 sen)

# SIA pertama & terbaik di dunia kerana pramugara & pramugarinya Anak Dara sedangkan yang lain termasuk AirIndia, ialah Mak Dara & Pak Dara.

# SRK ialah pelakon utama Kuch Kuch HOta Hai yang diGiler oleh orang pompuan!

Friday, December 15, 2006

NaMaSte


INsYa Allah Esok KaMi SeKeluarGa Akan Ke DelHi & KasHmiR (InDia) SelaMa 9 Hari
BerMula Dari 16 DiseMber HinGGa 24 DisemBer 2006.
DoaKan KeSelaMatan & KeSejahteRaan Kami.
Di SaMping Itu IkutiLah PenGemBaraan Kami MenJejakkan Kaki Kami Di Bumi Allah
Di Taj Mahal Di BloG TamanBahasa Setiap Hari.
InsYa Allah Kami Akan UpDate Jika Ada Talian InterNet.

Wednesday, December 13, 2006

LapORan HaRi KEliMa


11 NoVemBer 2006 (ISniN)

07.30 AM SaRapan PaGi
08.30 AM Pakej IsLanD HoPPing RM $30.00 SeOrang
Ke PuLau DaYang BunTinG – ManDi ManDa
Ke PulaU SinGa – BeRi Makan HelanG
Ke PulaU BeRas BaSah – SnorKeling
11.30 AM Pulang Semula ke Legenda PerMai Chalet

12.00 PM Ke Jeti KUah
02.30 PM SelaMat TinGGal LangKaWi
Berpisah DenGan GroUp 3 (Kaklong, Abg Atit & Herman/Oda)
SeLAmAT JalaN : Bas BerGerak 08.00 Malam
06.00 PM Tiba Di Alor Star (KeDah) Grand Crystal Hotel Rm $120.00
08.00 PM Makan Malam Di Stadium Kedah – Pulun KeDah Pulun
09.00 PM Jamuan Durian Di PaSar Malam Jalan GanGsa
11.00 PM SelaMat MalaM

CeRita LuCu :

1. DiSamBut Monyet-MonYet Ketika TiBa Di Pulau Dayang BuntInG – SaMa-Sama TerKinja-Kinja Bila MonyeT itu MenGejar Makanan Dalam Plastik
2. Pemandu Bot Kena Dera Kami SuPaya Cerita Asal Usul Sesuatu Tempat – SePerti Dayang Bunting, Pulau SinGa Dan Helang LanGkaWi. Antaranya CeRita "Adik-Adik" DiBaham BuaYa Di Gua Buaya, KeRana Buaya Itu Tidak Minat Pompuan Cantik.
3. Melihat TaYangan DeWasa Live Di Pulau Beras Basah. Om Suka sey!



12 NoVemBer 2006 (SelaSa)

08.00 AM SaRapan PaGi
08.30 AM Menuju Ke PeKan Rabu
KeDai YanG MenJual PelbaGai KePerluan Orang Melayu.
Sesiapa Yang Naik Kahwin Patut Datang Ke Sini. MunGkin AiZA, Aan Ataupun SaKinah.
09.30 Am Ke Rumah C.H.E Det
Melihat SejaRah Hidup C.H.E Det Dari Bayi HinGGa MenJadi PemiMpin NeGara SelaMa 22 Tahun.
10.00 AM Di Sini Kami BerPisah Dengan Keluarga JJ Dan 3x Yang Akan MenerusKan LawaTan Ke Cameron HighlanD Sementara KeluarGa Cg Dan KeluarGa Herman KemBali Ke SinGapura BerSama Aan & MuNah.

02.00 PM TiBa Di SaBak BerNAm Untuk Makan TenGah Hari
06.00 PM TiBa Di PaGoh Untuk Isi Minyak
07.00 PM SemBahyang Jamak & Kasar Di MaCap
08.00 PM TerpeRanGkap Di Causeway
10.00 PM AlhamDullilah - sElaMat TiBa Di RuMah

PenGharGaan Dan UcaPan TeriMa KaSih :

1. Cg Yang MenGuruskan BooKing ApaRtment & Van Di LangKaWi
2. Bibik & Yati Yang MenGuruskan BooKing Chalet Di PanTai CeNang
3. Abg Atit Yang MenGurusKan Tiket & Date Feri LangKaWi
4. Om, JJ Dan HerMan Yan SeBaGai PeManDu Van
5. Semua PeSerta Yang Turut Serta Dari Atok HinGGa Ke Cucu

PerGi Ke Kuah MemBeli SaWi
JanGan LuPa Buah RaMButan
LiMa Hari Le Tour De LanGkaWi
KeNangan MaNis MenJaDi InGatan

# C.H.E Det Ialah GelaRan Dr MaHatHir MoHamad

Sunday, December 10, 2006

LapORan HaRi KEemPat



10 NoVemBer 2006 (AhAD)

07.00 AM SaRapan Awal PaGi
08.00 AM MenYakSikn BuRung HelanG Di SunGai KliM
MemBeriNya Makan PeRut Ayam
TerDapat 23 Jenis BurUng Helang Liar
Pakej RM $400 Untuk 2 Bot SelaMa 2 Jam
10.00 AM PulanG Semula Ke Hotel
11.00 AM BerSiap Untuk Check Out
TiBa-TiBa TuKar FikiRan.
Tak JaDi Balik Nak TinGGal SeHari Lagi Di LangKaWi – HooRay!

12.30 PM TukAr Date Feri Balik Ke Kuala PerLis
01.00 PM Check Out Menuju Ke PanTai CeNang
02.00 PM Check In Di LaGenda PerMai PanTai CeNang
03.00 PM Ada Ke Pantai BerManDi ManDa Di PanTai
Abg Atit, Om, Herman, JJ & Khairul Main BaNaNa Bot, FuaD Naik JetSki MaCam F1, Om & BiBik Nak Naik PaRaSailing TaPi Tak Ada PayUng Besar!
Ada Yang Ke UNDerWateR WorLD
Ada Yang TiDur KePenatan Di ReSort

08.00 PM Makan MalAm Di PantAi CeNang & MeRonda
11.00 PM MeNontOn AstRo – Chelsea LaWan ArSenal - KePutuSan 1-1

CeRita LuCu :

1. Kelam KaBut Ke Jeti Kuah Untuk TukAr Date Ke HaRi IsNin – TeTapi Bila SamPai, Check Date MeMang Hari IsNin – BuanG Karen Aje.
2. InGatkan TenGok AkSi BuRung HelanG Di Laut LePas Tapi RuPanya Di Sungai KliM – KaSihan Yang Tak Ikut KeRana Takut MaBuk Laut – Muntah!
3. ADa Ke Yati KeNa JellyFish - Suruh Om KenCingKan. Masya Allah!

Saturday, December 09, 2006

LapORan HaRi KEtiGA



09 NoVemBer 2006 (SaBtu)

Hari Ini Kami SeHari Suntuk MelaWat Pulau LangKawi Dari PaGi SelepaS SaRapan HinGGa Ke Pukul 6.oo PetaNg. KasiHan KepaDa KeTiga TiGa PemanDu Kami : JJ, 3x Dan AyangZ yang TerPaksa Membawa Kami SeKeliling PUlau LangKawi.

09.00 AM Kami Ke BekaS BerAS TERbakaR - Di Sini Banyak Saku Yang TErbaKar
09.30 AM Kami MenAiki Kereta Kabel - Ada Yang NanGis, nGilu & Gayat
11.00 AM BerMandi Manda Di TelaGa Tujuh
11.30 AM Kami MenuJu Ke TamanBuaYa

12.30 PM BerAda Di Kolam Air HangAt
01.00 PM Ke Air TerJun DuRian
Bibik, KakLong & KakItOn BerUrUt KaKi RM $10.00 Di Air TerJun Untuk 15 Minit
02.00 PM Makan Tengah Hari Di Mutiara BeaCh
03.00 PM Ke GelaRia PerDana
04.00 PM kE mAKAM mAHsURI - MenonTon LaGenda MahSuri & SaDiQ Mandi Air TelaGa
05.00 PM Menuju KemBali Ke Hotel
06.00 PM BeraDa di Kolam Renang
08.00 PM Makan Malam Di PanTai CenanG
11.00 PM SelamaT MalaM

CeRita LuCu :
1. PhoBia Pertama : Bila Tiket MaSukNya Terlalu Tinggi - Hanya BerGamBar aje
2. PhoBia Kedua : KaK Long Tak Mahu Naik Van Yang DiPandu Oleh 3X
3. PhoBia KeTiGa : Sufi TakuT PaDa KEtinGGian Tak Mahu Naik KaBel Kar

Friday, December 08, 2006

LapORan HaRi KeDua



8 NoVemBer 2006 (JuMaat)

08.00 AM SaRapan PaGi
09.00 AM BerTolak MeNuju Ke Jeti KuaLa PerLis
11.20 AM TiBa Di Jeti KuaLa PeRlis
ParKing KeReta : RM $24.00 Untuk 3 HaRi
BerTemu Group 3 (Famili Kak Long, Abg Atit & HeRman)
TiKet Ke LangKaWi RM$15.00 UntUk DewaSa

12.45 PM MenaiKi FeRi MeNuju Ke LangKaWi
01.30 PM TiBa Di Jeti LangKaWi – MaKan TengHari
03.00 PM Tiba Di SURiA CenTUrY
05.00 PM RanCangan DiBatalKan KeRana Hujan . . .
06.00 PM SeMua Anak & Mak DaRa ManDi Panas (SaUna)
07.00 PM Ke DataRan HelanG – Makan Malam
08.00 PM Ke LADA - PusaT MeMBeli Belah TaNpa CuKai

CeRita LuCu :

1. Tidur Malam JuMaat Tak Dengar BunYi Itik Macam TaHun Lalu
2. TiGa PemanDu Van - MenGadu VaN Tak Ada POWer!
3. Ketiga-TiGa PemanDu Van Konfius - Warna Van SaMa - SeMua PutiH

LapORan HaRi PerTaMa


7 NoVemBer 2006 (Khamis)

04.30 AM Bertolak Dari BlOk 313
04.45 AM Bertolak Dari 335 Bersama Famili JR
05.00 AM Sampai di Causeway
05.35 AM Solat Di Masjid Berdekatan DanGa Bay
07.30 AM Sampai di Pagoh- Sarapan Pagi Bersama Famili Herman
08.05 AM Bertolak Ke Utara

12.15 PM Sampai di R&R Sungai Perak – Makan Tengahari Bersama Famili Om Rizal
01.00 PM 4 Kereta Bertolak Menuju Ke Taiping
01.45 PM Sampai di Sri Malaysia Dengan Selamat Untuk Bermalam
01.46 PM Mandi-Manda di Kolam Renang
03.30 PM Bersiar-siar di Bukit Larut Dan Taman Tasik
04.00 PM Museum Perak MempaMerkan Bahan Buluh Dalam KeHiDupan
08.00 PM Melawat NiGHt ZOO TaiPInG Yang PertaMa di MalaySia
11.00 PM SelaMat MalaM

CeRita LuCu :

1. Om Dengan Wajah BaRu (MakeOver Mawi)
2. R & R Macap DiTutup Untuk DiNaik Taraf
3. Kerja SamBilan JJ & 3x MalaM JuMaat (RuJuk PaDa GamBar)

Tuesday, December 05, 2006

BerCuti Di LangKaWi


KaMi Akan BerCuti Di LangKaWi SelaMa SeMinGGu
BerMula Pada 7 DiseMber.
Insya Allah
NantiKan LapoRan HaRian Di BloG TamanBahasa Setiap HaRi.
Doakan KeSejahteRaan & KeSelaMatan Kami SelaMa BerCuti.
Untuk AnDa Peluk Cium Dari Kami BerDua. Muuuaah!

Monday, December 04, 2006

BloG BaHaSa MelaYu

Dikatakan : Richard Steele was the first blogger, publishing his first post was on April 12, 1709. He postsed three times a week, ran comments, had 800 readers, and drank lots of coffee. "This guy is a blogger."

Blog Afdlin Shauki Menduduki Ranking Ke 5 Di Malaysia :
Afdlin Shauki : Inside My Head

BloG MelaYu Paling Ramai Dilayari Jatuh Pada Ranking Ke 4 : http://teratakburukzam.blogspot.com/

Sementara Blog Melayu Di SinGapura Antara Yang Menarik :
http://singapura.blogster.com/
http://alfian.diaryland.com/
http://asalaku.blogdrive.com/

Setelah Berkecimpung Dalam Dunia Blog Selama Lebih Kurang Setahun Tujuh Bulan Dan BloG TamanBahasa Dilawati 10,000 Kali, Banyak Yang Cg Pelajari Sama aDa Secara LangSung atau SeBaliknya, Mengenai Apa Saja Sama Ada Yang Positif AtauPun Yang Negatif. Perjalanan TamanBahasa Masih Jauh.

Cg Menyanjung Tinggi Para PemBloG Yang Berusaha Gigih Menyampaikan Pelbagai Informasi Yang Berkaitan Dunia & Akhirat Dalam Bahasa Melayu. SyaBas! KeRana Banyak Masa Dan TenaGa Yang DiCurahkan Untuk MenGhasilkannya. Moga Usaha AnDa Akan MengeKalkan Bahasa Melayu Untuk 100 Tahun Lagi.

Namun Begitu Pengaruh Bahasa SMS Begitu BerleluaSa Di Kebanyakan BloG Di Kalangan Generasi MuDa. PenCemaran Ini Memang Tidak Dapat diElakkan Akibat Pengaruh Telefon Bimbit. Mungkin Ia Bersifat Sementara. Tetapi Yang Penting Bahasa Melayu Masih Tetap Dipergunakan.

Contoh SeMasa :

haha..dlm byk2 mimpi..ni la mimpi yg paling aku ske skali..aku ni kalau bab mimpi mmg tak penah yg logik..ada skali tu aku mimpi kejar org minyak laa (siap baling pisau kat org minyak tu)..mimpi kena gigit ngan pontianak ( terasa kat tengkuk masa bgn woo..). tu belum masuk mimpi kwn ngan hantu yg aku jumpa kat lift..erk..mimpi2 aku nampak mcm menyeramkan.. tapi jln citer dia kelakar..tu yg tak jadik seram tu..

so..smlm..selepas sekian lama tak mimpi ular..akhirnya..aku mimpi ular..tapi kali ni pelik sket laa..ular tu nak patuk aku..tapi punya la terer aku elak..last2 ular tu merajuk..pastu aku amik kayu..aku pukul ular tu..besar gak ular tu..kalau tak salah ular tedung selar..aku tak tau apa nasib ular tu; bila aku pukul dia..sbb masa tu aku dah sedar.

apa la makna mimpi aku tu..yg kelakar tu ular tu siap merajuk tu..ai..kompius aku..tapi tak kisah laa..mana la ada mimpi aku yg logik..haha. . . aahhh giler habis!

Friday, December 01, 2006

Ulang TaHun Ke 29