Thursday, May 31, 2007

CitRa PanDang BelAKanG - EpiloG

Cerita Ini Hanya Rekaan. Segmen Penutup Ini Khas Untuk Anda Di Samping Mengucapkan Terima Kasih Kerana Setia Mengikuti Segmen CPB. Semoga Anda Terhibur. Kini Ikuti Segmen Penutup. . . CitRa PanDang BelAKanG !

SEGMEN PENUTUP

Selepas bertungkus-lumus menyediakan persiapan makan malam di sebuah hotel di Changi, Cg memberitahu teman-teman bahawa Cg hendak keluar sebentar. Sejak dari pukul dua tadi kami berenam menghiasi dewan makan untuk majlis makan malam akhir tahun.

Ya masa bergerak terlalu cepat. Cg berkejar ke tempat letak kereta untuk menonggang motorsikal. Baru setahun dua kerja takkan hendak pakai kereta. Mana ada duit. Setelah mengenakan helmet Cg pun memecut. Kepala Cg berputar-putar ke mana hendak dituju. Ke Jalan Awan Penjara Changi? Atau ke Loyang?

Baru Cg teringat, di simpang Changi Village itu ada sebuah masjid lama yang bertentangan dengan kuil Hindu. Masjid itu agak terperuk ke dalam dan nampak agak uzur. Cg perhatikan sekeliling tidak ada orang, sunyi saja masjid itu.

Kini kesemua masjid itu sudah dirobohkan dan digantikan dengan pembinaan Masjid Istigfar di Pasir Ris yang lebih gah!

Cg tergesa-gesa masuk ke ruang solat sebab waktu Asar sudah hampir hendak habis dan berdiri menghadap mihrab. Semasa di hotel tadi Cg sudah pun mengambil wuduk selepas melepaskan hajat.

Masa Cg di rakaat yang kedua, Cg tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu roma tiba-tiba meremang, "Hish, siapa pulak yangg gelak-gelak itu?" bisik hati Cg. Jangan Pandang Belakang! Nanti solat batal.

Setiap kali Cg sujud, Cg terasa kepala dan tengkuk Cg berat daripada biasa. Cg tidak sedap hati. ‘Siapa pulak yang duduk dekat tengkuk ni’. Beratnya semacam!

Sedaya-upaya Cg tenangkan hati, selesaikan solat dengan segera, Cg hendak tinggalkan cepat masjid ini. Bulu roma Cg semakin meremang-remang sebab suara orang ketawa semakin ramai, ada yang sampai terbatuk-batuk!

Syukur, Cg sudah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Cg meraup muka dengan tangan dari atas ubun-ubun kepala sampai ke dagu, kemudian tiba-tiba Cg tersedar.

Patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan beberapa orang jemaah yang datang hendak sembahyang Maghrib sedang gelakkan Cg sebab Cg sembahyang pakai helmet!

Apa sahaja Cg ini!

TeRima KaSih PeMinat Setia TamanBahasa!

Wednesday, May 30, 2007

PerCutian BloGGer FaMili

Tuesday, May 29, 2007

FORum PeRDana JPB

Semalam di Ekspo dianjurkan Forum Perdana membicarakan Filem Jangan Pandang Belakang (JPB). Tiga ahli panel yang diundang terdiri Tuan H M Jusuh seorang pakar perubatan tradisional, Cik Nina seorang pengkritik dunia hiburan dan seorang aktivis filem dalam bidang cinematographi yang hanya mahu dikenali sebagai Mr KL.

Moderator :
Soalan pertama untuk Tuan H M Jusuh. Apa pandangan tuan tentang filem JPB?

Tuan H M Jusuh :
Filem ini tidak masuk akal. Kenapa saya kata tak masuk akal kerana makhluk itu sudah dipenjara di dalam sebuah botol. Tetapi masih boleh melayang dan mengganggu sesiapa sahaja. Anda sudah tentu pernah melihat pameran makhluk halus yang dipenjara. Tidak ada adegan yang menunjukkan penutup botol itu dibuka. Jadi macam mana makhluk itu boleh bebas mengganggu dan menyerang! Impossible!

Moderator :
Jadi Tipah tertipulah! Baiklah soalan ini saya tujukan kepada Cik Nina. Sesetengah orang mengatakan khurafat. Kita sepatutnya maju ke depan bukan berundur ke belakang dengan menayangkan JPB?

Cik Nina :
Bila filem Melayu khurafatlah. Tidak majulah. Tetapi bila filem barat yang merepek dianggap kelas! Mana ada realiti SpiderMan 3? HarryPotter? atau DraCular? Tapi mengaup keuntungan jutaan dolar. Yang penting kita mesti memasarkan ke peringkat antarabangsa. Biar mat saleh itu semua kenal hantu Melayu lebih hebat lebih gah dari hantu mat saleh! Geram saya! Apa sahaja orang-orang ini!

Moderator :
Sabar Cik Nina jangan hot!. Baiklah Mr KL. Bagaimana pula pandangan Mr KL?

Mr KL :
Dari sudut perfileman ada beberapa kelemahan. Adegan tiga lembaga putih masuk ke dalam lif tiada kaitan dengan jalan cerita. Satu lagi adegan makhluk halus terbang macam kartun. Mereka perlu menggunakan kepakaran animasi Cicakman. Tapi saya suka adegan makhluk halus dalam kereta. Eeeeiiii Cute!

Moderator :
Secara keseluruhan bagaimana pendapat ahli panel?

Tuan H M Jusuh, Cik Nina & Mr KL :
(serentak) Bagggguuuuusss!

Moderator :
Apanya yang Bagggguuuuusss!

Tuan H M Jusuh, Cik Nina & Mr KL :
(serentak) Dapat tengok free di YouTube!

Monday, May 28, 2007

LElonG FeRRaRi

Sunday, May 27, 2007

CitRa PanDang BelAKanG - EksTRa

Cerita Ini Hanya Rekaan. Apakah Perasaan Seorang Suami Apabila Meilhat Isterinya Dengan Bertelekung Serba Putih Di Dalam Kegelapan Malam Membimbit Beg Melangkah Keluar Rumah Tanpa Memperdulikannya? Kini Ikuti Segmen Ekstra . . . CitRa PanDang BelAKanG !

SEGMEN EKSTRA

Menurut Encik Mail (Bukan nama sebenarnya) pada pagi itu sebelum bertolak dari rumahnya ke tempat kerja, isterinya berpesan supaya menjaga anak-anak mereka kerana beliau akan pergi jauh. Beliau menangis sambil memeluk erat suaminya yang kebingungan.

Apabila Encik Mail pulang daripada bertugas beliau dapati isterinya berkelakuan sungguh aneh. Kadang-kala menangis, meraung, kadang-kala ketawa dan kadang-kala mengamuk. Isterinya bukan lagi isterinyanya yang sebenar!

Ketika beliau cuba mengawal tindak tanduk isterinya yang tidak sedarkan diri itu beliau juga telah cuba turut diserapi. Kini bukan satu tubuh tapi dua tubuh. Tubuh sepasang suami isteri cuba diserapi makhluk halus! Akhirnya isterinya telah diserapi 100 peratus sedangkan beliau melawan cubaan makhluk halus itu seberapa dayanya.

Pada malam itu beliau terjaga dari tidur dan melihat isterinya yang siap bertelekung serba puith membuka pintu bilik berjalan keluar tanpa sepatah kata. Bau pacai dan bangkai busuk menyucuk lubung hidungnya. Sedangkan tubuhnya dirasakan panas membakar!

Beliau mengejar isterinya yang kini tercegak di depan pintu rumahnya. Tangan kanannya diangkat seakan menyambut sesuatu. Ketika itu juga beliau memaut kedua bahu isterinya. Benar-benar beliau terasa. Tubuh isterinya sedang ditarik keluar.

Sambil memeluk isterinya dari belakang beliau melaungkan azan di telinga isterinya. Isterinya tidak bergerak tapi tarikan kuasa dari luar pintu masih kuat beliau rasakan. Tiba-tiba tubuh isterinya terkulai dan kedua-duanya jatuh ke lantai berpelukan. Isterinya pengsan tidak sedarkan diri!

Sejak peristiwa itu mereka cuba mendapatkan pelbagai jenis rawatan untuk pemulihan sama ada di dalam negeri ataupun di luar negeri. Salah seorang pengamal perubatan tradisional telah mengatakan bahawa isteri beliau sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Tetapi masih ada peluang kalau beliau sanggup bayar $50.00 setiap hari untuk merawatnya! Tidak boleh diselamatkan tapi minta $50.00 setiap hari. Apa sahaja bomoh ini!

Yang satu ini lagi gamat seminggu selepas itu beliau merancang untuk sesi temujanji dengan pakar perubatan tradisional di luar negeri. Sepanjang perjalanan beliau telah berwirid untuk menguatkan ketahanan lahir dan batin. Lidahnya tidak putus mengucapkan ‘Ya Latiff’ mengharapkan belas ikhsan dari Allah swt.

Ketika sesi temujanji itu beliau telah dimarahi oleh pakar perubatan tradisional itu. Mungkin kerana 'kadam'nya telah membisikkan di telinganya.

‘Awak hendak berubat dengan saya, tapi kenapa awak berwirid?’
Masya Allah!’

Saturday, May 26, 2007

CitRa PanDang BelAKanG 7

Cerita Ini Hanya Rekaan. Episod Ini Akan Digantung Atas Sebab-Sebab Yang Tidak Dapat Dielakkan, Namun Ikuti Segmen Ekstra Seperti Yang Dijanjikan Seterusnya. Kini Ikuti Segmen Ke 7. . . CitRa PanDang BelAKanG !

SEGMEN 7

Kelima-lima teman rapatnya tiada mood untuk bergembira. Mereka semua memberitahu tidak mahu tidur dengan teman mereka yang ber’masalah’ itu. Cg membenarkan mereka tidur di bilik mereka sementara teman mereka yang ber’masalah’ itu tidur di bilik Cg.

Acara makan malam BBQ ala Korea itu berakhir pada pukul 10.00 malam. Semua para peserta diarah kembali ke bilik masing-masing untuk berkemas kerana esok pagi selepas sarapan kami akan kembali ke tanah air.

Namun begitu ramai yang masih tidak mahu kembali ke bilik masing-masing sama ada bermain billiard, berkaraoke atau menonton televisi di dewan makan yang menayangkan program tempatan. Bilik penginapan tidak disediakan televisi.

Cg bersama teman sejawatan menyelesaikan segala urusan dengan pihak pengurusan hotel kemudian Cg kembali ke bilik untuk bersolat dan beristirehat. Sebelum itu Cg memberitahu teman-teman Helmi supaya menghantarnya ke bilik Cg bila mereka hendak tidur.

Ketika meletakkan badan di tempat pembaringan, aduh enaknya memeluk bantal yang empuk. Cg menanti kedatangan Helmi. Pukul berapa budak-budak itu hendak tidur. Jam di dinding menunjukkan pukul 11.40 malam ketika mata terlelap dan dibuai mimpi . . .

. . . Kelihatan Ayuni berlari tercungap-cungap. Ada yang mengejarnya di belakang. Cg hanya memerhatinya dengan kehairanan dan kebingungan. Kenapa?

‘Mas, tolong saya, mas. Tolong saya! Suami saya sudah pulang’ Sambil tangannya memegang bahu Cg dan mengoyang-goyangkan berulang kali merayu agar dia diselamatkan dari suaminya . . .

Goyangan itu menyebabkan Cg terjaga. Mana Ayuni? Cg bingkas bangun dan dapati teman-teman Helmi yang ada di sebelah katil Cg. Tapi Helmi tidak ada. Ini mesti ada hal. Tidak senang Cg hendak bermimpi. Apa sahaja budak-budak ini!

‘Ada apa?’
‘Mana Helmi?’

‘Cikgu dia bersilat di atas!’

Friday, May 25, 2007

IkOn YCK


Hari ini cukup 10 minggu bertugas di sekolah adik beradik PCK. Sistem sekolahnya ada sedikit berlainan. Sekolah biasa menggunakan sistem ClassRoom tapi YCK mengenalkan sistem HomeRoom. Di mana para pelajar bergerak dari kelas ke kelas seperti pelajar politeknik mungkin untuk mengelakkan kebosanan 6 jam dalam sesebuah kelas.

Cg belum membuat keputusan sama ada meneruskannya pada penggal 3 ataupun berhijrah ke sekolah lain. Banyak yang ditemui dan dipelajari selepas bertugas di 2 buah sekolah dalam masa 6 bulan. Sesuatu yang baru dan segar. Kata orang Jauh BerJalan Luas PanDangan.

DISIARKAN DI RUANGAN EXTRA BH 23 APRIL 07 - ISNIN

Thursday, May 24, 2007

CitRa PanDang BelAKanG 6

Cerita Ini Hanya Rekaan. Akhirnya AC Milan Membalas Dendam Tahun 2005 Dengan Menewaskan Liverpool 2 – 1. Malam Tadi Kaka Dan Inzaghi Telah Meranapkan Impian Liverpool Untuk Juara Kali Ke 6. Kini Ikuti Segmen Ke 6. . . CitRa PanDang BelAKanG !

SEGMEN 6

Peristiwa malam tadi mengingatkan Cg pada peristiwa di pulau tempat kapal Raffles berlabuh ketika tiba di Singapura pada tahun 1819. Kami mengadakan perkhemahan sehari semalam dengan pelbagai aktiviti untuk sesi kenal suai antara para peserta.

Setelah selesai aktiviti waktu siang akhirnya para peserta beristirehat dan membersihkan diri untuk acara BBQ pada waktu malam. Sementara menanti acara BBQ ramai antara para peserta bersiar-siar di tepi pantai menikmati keindahan kota Singapura dan kedinginan bayu pulau yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Acara BBQ diserikan dengan nyanyian daripada para peserta sama ada secara individu ataupun berkumpulan. Ketika menikmati hidangan Azmi salah seorang peserta telah menyampaikan sesuatu yang mengejutkan Cg.

‘Cikgu, tadi saya nampak Linda merayau-rayau di kubur waktu maghrib’
Mata Cg berlingas mencari Linda. Kelihatan dia bersama teman-temannya menjamah juadah.

Cg mendekati Linda untuk mendapatkan kepastian apabila kedua-dua temannya beratur untuk mengambil hidangan.

‘Tadi awak merayau-rayau di kubur buat apa?’
‘Saya nampak Azmi dengan kawan-kawanya di perkuburan itu. Saya panggil dia orang suruh balik. Lepas itu dia orang hilang. Itu yang saya hairan. Saya cari-cari, tapi tak jumpa. Bila saya tanya dia orang, dia kata saya gila!’ Apa sahaja budak-budak ini!

Malam itu pada pukul 2.00 pagi, Cg dikejutkan oleh jeritan dari dormitori B tempat peserta perempuan tidur. Cg bersama teman sejawatan cuba meredakan keadaan. Semua lampu dinyalakan. Setelah mendengar penjelasan, Cg menyuluh ke arah bumbung dormitori B. Hanya terdapat ranting-ranting pokok yang menjulur mengenai bumbung dormitori B.

Cg mencadangkan agar semua katil dua tingkat yang terlibat dialihkan ke sebelah kanan. Jadi sebelah kiri dormitori itu kosong dan lapang. Cg juga menyarankan agar mereka tidur bersama di katil bawah dan kosongkan katil bahagian atas serta lampu dinyalakan sepanjang malam.

Menurut para peserta yang baring di tingkat atas katil, mereka mendengar bumbung zing dormitori mereka dicakar-cakar dan mendengar suara orang mengerang, makin lama makin kuat apabila mereka semua mendiamkan diri!

Beberapa peserta lelaki dari dormitori A yang tidak tidur cuba menakut-nakutkan dengan hilaian-hilaian kecil. Serta melompat-melompat macam . . . . !

Wednesday, May 23, 2007

CitRa PanDang BelAKanG 5

Cerita Ini Hanya Rekaan. Kini Produser Filem Menjana Keuntungan Dengan Menghasilkan Filem-Filem Misteri. Dengan Sedikit Kreativiti, ‘Peristiwa Misteri’ Semasa Pengambaran Dan Pujian Media Massa Sudah Cukup Untuk Memukau Penonton. Kini Ikuti Segmen Ke 5. . . CitRa PanDang BelAKanG !

SEGMEN 5

Sebelum makam malam secara BBQ pada pukul 8.30 malam Cg mengadakan aktiviti mencari ‘harta karun’ sekarang dikenali dengan ‘amazing race’. Pada pukul lapan semua sudah berkumpul di kawasan kolam renang untuk mendengar taklimat pertandingan.

Setiap kumpulan perlu menjawab 10 soalan yang berkaitan dengan tempat lawatan. 8 kumpulan yang terdiri 5 orang peserta perlu menyelesaikannya untuk memenanginya dan semua peserta mesti berkumpul semula untuk BBQ pada pukul 8.30 malam.

Cg bersama teman-teman dan para peserta yang tidak ambil bahagian membantu menyediakan BBQ bersama pelayan hotel. Memanggang daging dan makanan laut. Setelah 15 minit kumpulan pertama tiba dengan jawapannya. Diikuti dengan kumpulan Helmi. Tapi Helmi tidak bersama mereka!

“Kenapa awak tinggalkan dia? Di mana?”
Keempat-empatnya berpandangan. Mengharap salah seorang akan menjawabnya. Mungkin pengalaman mereka malam semalam menyebabkan mereka phobia! Cuma salah seorang mengangkat tangan menunjuk jari ke arah kegelapan malam.

Kami melangkah keluar hotel tanpa sepatah kata. Salah seorang temannya mendahului kami. Kami menyusur pantai. Akhirnya tiba ke tempat tujuan mereka. Kenapa mereka ke sini? Sedangkan kawasan ini tidak ada dalam aktiviti mencari ‘harta karun’. Apa sahaja budak-budak ini!

Bayu malam yang bertiup begitu sejuk dan menyeramkan. Semuanya berdiri rapat di belakang Cg. Bila terdengar salakan anjing bulu roma berdiri tegak. Cg menyuluh ke hadapan. Ke kiri dan ke kanan. Degup jantung begitu cepat. Bimbang. Menyeramkan. Bersilih ganti.

‘Ckgu cari siapa?’
Maaaakkkk!’ teman-temannya terkejut. Termasuk Cg. Entah dari mana dia muncul. ‘Kurang ajar’ bisik hati.
‘Cikgu marah?’
‘Kita pulang dahulu, sekejap lagi BBQ sudah hendak mula. Boleh?’. Cg menahan kemarahan yang membara dan mengharap dia mengerti.

Akhirnya kami tiba di hotel. Alhamdullilah. Lega selega-leganya. Sepanjang malam itu teman-temannya tiada mood untuk bergembira. Kepala Cg turut ‘pusing’ kata orang di sini.

‘Yang awak bawa dia ke kawasan kubur buat apa?’ bisik Cg.
‘Dia kata hendak jumpa teman!”

Tuesday, May 22, 2007

GununG LeDanG 1973


Cg pernah mendaki dan menakluk puncak Gunung Ledang bersama 7 orang teman 33 tahun yang lalu. Syukur Allhamdullliah pendakian kami tidak mengalami bencana seperti yang menimpa kepada dua warga Melayu Islam Singapura baru-baru ini. Takdir telah menentukan akhir hayatnya di sana. Semoga roh keduanya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman. . . . al fatiha.

Selesai sahaja kami bersolat subuh kami menyeludup masuk ke kawasan kaki gunung tanpa melaporkan kehadiran kami kepada balai ranjer yang bertugas. Pendakian kami dari Tangkak, Muar yang lereng gunungnya agak curam tetapi lebih cepat sampai dari arah Asahan, Melaka yang landai. Kaki melangkah begitu bersemangat untuk sampai ke puncak.

Setelah melepasi beberapa gunung kecil akhirnya kami sampai di Gunung Ledang. Lutut macam sudah tanggal. Cg bersama teman yang bernama Hajiz berada di barisan belakang sekali. Jarak dengan peserta di depan lebih kurang antara 50 hingga 100 meter. Tidak nampak teman di depan kerana jalannya berliku dan ditutupi hutan cuma dengar isyarat tiupan wisel sahaja.

Setelah dua jam mendaki air bekalan semua sudah habis. Tekak kering. Semua sendi lenguh tidak terkata. Akhirnya kami tiba di kawasan air terjun untuk berkhemah kerana hari menjelang senja. Keadaan sekitaran benar-benar gelap dan menyeramkan dengan pelbagai bunyi haiwan yang menyambut kedatangan malam.

Ketua rombongan M Saad sebelum bertolak telah berpesan supaya jaga mulut. Jangan celupar. Entah macam mana Cg terlepas cakap kalau malam ini hujan lagi best! Kerana terpesona dengan awan dan kabus yang berada di sekeliling kami. Seperti kita lihat dari bawah gumpulan awan dan kabus mengelilingi puncak-puncak gunung.

Kami mendirikan dua khemah. Satu khemah untuk 4 orang. Setelah membersihkan diri di air terjun dan makan malam nasi dan mee (mentah dan hangus) kami bersiap untuk tidur kerana kepenatan. Teringat mee goreng mamak dan air bandung dalam mimpi.

Tiba-tiba hujan ribut pun turun. Habis basah semua peralatan tidur kami. Air mengalir di bawah khemah kami begitu deras. Kami mencangkung sepanjang malam dari pukul 4.00 pagi hingga ke 8.00 pagi baru hujan reda. Setelah cuaca kembali cerah kami bertolak pada pukul 10.00 pagi dan tiba di puncak pada pukul 12.14 tengah hari, hari Jumaat 07 Disember 1973 di ketinggian 1,270 meter dari paras laut.

Alhamdullilah!
Satu panorama pergunungan terbentang di hadapan kami. Jika cuaca terang kita boleh melihat Selat Melaka dengan menggunakan teropong. Tetapi selalulnya cuaca di pergunungan itu berkabus. Seakan berdiri di puncak Gunung Everest. Ke gunung telah kudaki, ke lurah telah kuturuni dengan izin Allah!

# pendaki dari kiri : M Safie, Hajiz, Cg, M Saad, Nasir, M Suib, Ibrahim dan M Ishak.

Monday, May 21, 2007

CitRa PanDang BelAKanG 4

Cerita Ini Hanya Rekaan. Pagi Tadi Cg Mencari Teman Sekerja Di Kantin Untuk Makan Bersama. Tiba-tiba Disergah Dari Balik Tiang. Kus Semangat. Bukan Makhluk Halus Tapi Entah Dari Mana Makhluk Buncit Itu Muncul.. Kini Ikuti Segmen Ke 4. . . CitRa PanDang BelAKanG !

SEGMEN 4

Ketika Cg menegur Helmi “Oii hendak ke mana?”, langkahnya terhenti dan mencari arah suara Cg. Cg menghampirinya dan memegang lengannya. Dia mengoyangkan lengannya agar Cg melepaskannya.

“Awak hendak ke mana?”
“Saya hendak keluar . . . ” sambil jari telunjuknya menunjukkan pintu masuk di lobi hotel.
“Ada apa pak?” tanya Ayuni.
“Tak tahu. Anak-anak mahu keluar malam” sambil mata Cg menjeling ke arah jam. 3.20 pagi!

Cg kemudian memusingkan tubuhnya lalu memimpinnya menaiki tangga untuk ke biiliknya semula. Alhamdullilah dia tidak membantah cuma kakinya sahaja diheret dan kepalanya ditundukkan ke bawah. Kedua temannya mengekori dari belakang.

Sesampai di bilik dia terus baring di katilnya. Cg menyuruh kedua-dua temannya tidur sementara Cg seorang akan menjaganya. Kunci bilik Cg masukkan ke dalam kocek seluar bimbang jika Cg tertidur dia merayau entah ke mana.

Hai lagi dua jam subuh. Lamanya. Televisyen tak ada. Mata sudah mula mengantuk. Tak boleh tahan lagi lalu Cg tertidur.

Cg dikejutkan oleh azan subuh yang berkumandang. Azan subuh itu sungguh kuat kerana jarak masjid itu hanya beberapa meter dari hotel kami. Apabila Cg terjaga ketiga-tiganya masih berdengkur. Cg membersihkan diri cepat-cepat untuk bersolat subuh. Bila Cg keluar dari bilik air si Helmi duduk tercatuk! Kus semangat.

“Cikgu tunggu saya”
Cg mengangguk. Ketika Helmi masuk ke bilik air Cg bersembahyang sunat subuh dahulu kemudian mengejutkan kedua-dua temannya. Kedua-duanya mengerekotkan tubuh dan menyambung tidur.

Cg menyiapkan sejadah daripada tuala bersih yang belum digunakan. Cukup untuk dua orang. Cg kamat. Ketika hendak mengangkat tabir Helmi bersuara.

“Cikgu kejap, ada kawan hendak sembahyang sama”.

Berdebar jantung. Berat hati untuk memandang ke belakang. Setahu Cg di belakang kami berdua ialah katil kedua temannya yang masih berdengkur. Cg hanya memandang ke depan sambil membaca selawat ke atas nabi untuk mententeramkan perasaan. Apa sahaja budak-budak ini!

“Cikgu dah siap”
“Allahu Akhbar”

Sunday, May 20, 2007

CitRa PanDang BelAKanG 3

Cerita Ini Hanya Rekaan. Namun Secara Kebetulan Seorang Rakan Sekerja Menceritakan Pengalaman Misteri Yang Beliau Alami Selama Sebulan. Nantikan Segmen Ekstra Untuk Mengetahuinya. Kini ikuti segmen ke 3. . . CitRa PanDang BelAKanG !

SEGMEN 3

Kokokan ayam menyambut ketibaan waktu pagi. Terimbas kembali detik-detik keriuhan waktu pagi di 48 D Bedok Road. Hari kedua lawatan kami dipenuhi dengan lawatan ke rumah-rumah kebajikan dan juga ke tempat-tempat tarikan pelancung.

Walaupun tidak tidur semalaman menemani Helmi, Cg tetap bertenaga. Mata Cg tetap segar walaupun Cg tidak dapat menikmati mimpi indah malam tadi. Nampaknya para peserta ghairah dan ceria untuk meneruskan aktiviti hari itu.

Kami melawati rumah tumpangan anak-anak yatim. Masya Allah! Rumahnya macam reban ayam. Bangunan dan perabutnya diperbuat daripada tong-tong susu dan barangan terbuang. Sebelum beredar kami menyerahkan wang derma dan barangan dalam tin yang kami kumpulkan dari ahli keluarga para peserta sempena lawatan ini kepada pengendali rumah tumpangan itu.

Ting tung, ting tung . . . ting tung, ting tung . . . itulah rentak paluan kuda kepang. Persembahan itu menarik perhatian kami semua. Antaranya memasukkan bara yang menyala ke dalam mulut, mengupas sabut kelapa dengan gigi dan memakan kaca-kaca dari gelas kaca yang pecah berderai.

Selesai persembahan penari-penari itu mengedarkan serpihan kaca-kaca itu kepada para peserta. Semunya menolak. Tetapi Helmi menghulurkan tangannya dan menyambut serpihan kaca itu lalu memasukkan ke dalam mulutnya dan seterusnya mengunyah. Teman-temannya terbeliak memandangnya. Tapi semuanya ketawa berderai bila dia mengeluarkan serpihan kaca itu dan menjelirkan lidahnya.

Selepas persembahan kami diberikan masa setengah jam untuk membeli-belah di pusat kraf tangan tradisional itu. Cg mencari Helmi. Hati Cg lega apabila dia tidak ke mana. Dia berdiri di sudut patungan yang berbagai rupa. Cg menghampirinya.

“Cikgu tengok ini . . “

“Eh biar betul. . .”

Helmi memasukkan serpihan kaca yang diambilnya tadi ke dalam mulut lalu mengunyahnya. Kerap kerup bunyi kunyahannya. Cg hanya memerhatikan wajahnya yang selamba itu. Apa sahaja budak-budak ini!

PiaLA FA 2007

Friday, May 18, 2007

CitRa PanDang BelAKanG 2

Cerita Ini Hanya Rekaan. Namun Malam Tadi Bau Wangi Setanggi Tiba-Tiba Begitu Menyusuk Lubung Hidung Selepas ‘post’ Segmen 1 – Teringat Malam Jumaat. Mungkin Kerana Terlalu Menghayatinya. Kini ikuti Segmen Ke 2 . . . CitRa PanDang BelAKanG !

SEGMEN 2

Cg melakukan apa yang terdaya. Cg memegang tapak tangannya. Dia membalas gengaman itu begitu kuat dan erat. . Kami ‘berdailog’. Suara yang keluar lenggok keindonesiaan. Menurut katanya ‘dia’ marah kerana ‘diganggu’. Cg dapati ada ‘tiga jenis makhluk’. ‘Suara’ pertama seakan orang tua. ‘Suara’ kedua seakan nenek tua. Sementara ‘suara’ ketiga seakan prajurit yang ingin membalas dendam.

Dipendekkan cerita. Cg bertawakal menangkalnya. Dengan izin Allah tiba-tiba matanya terbuka dan dia terkejut kerana kenapa ramai teman yang memandangnya dengan hairan. Cg menyuruh dia bertentang mata, tetapi dia tetap memalingkan mukanya ke arah lain.

Apabila didesak berulang kali dia ‘menyinga’ lalu menghalau kami semua keluar kerana katanya dia hendak tidur. Cg lihat dia kelihatan keletihan. Cg mengarahkan dua temannya yang bertubuh besar menemaninya dan yang lain balik ke bilik masing-masing dan berjanji tidak akan menghebahkan kejadian itu kepada yang lain.

Selepas setengah jam di bilik itu dan suasana kembali normal Cg kembali ke bilik di tingkat satu. Ketika menuruni tangga hati berbelah bagi untuk pulang ke bilik. Akhirnya Cg berbual dengan pekerja penyambut tamu yang bertugas malam itu. Hilang mengantuk kerana keramahannya. Waktu sudah melepasi tengah malam.

Ayuni baru berusia 22 tahun tapi sudah berstatus ‘janda’ kerana suaminya ‘menghilang’ dengan alasan mencari kerja di negara jiran menyebabkan dia terpaksa bekerja untuk menampung keperluan hidupnya bersama 4 orang cahaya mata yang masih kecil. Oleh kerana kemahirannya berbahasa Inggeris menyebabkan dia ditugaskan sebagai penyambut tamu.

‘Cikgu!”

Cg terkejut. Sekujur tubuh menuruni anak tangga. Di belakangnya kedua teman yang Cg suruh menjaganya. Matanya masih pejam ketika dia menuruni tangga. Cg tercegat seketika. Apa sahaja budak-budak ini!

Kedua-dua temannya tergopoh-gapah menuruni tangga melepasinya lalu berdiri di samping Cg. Menurut ceritanya ketika mereka hendak tidur, mereka terdengar pintu dibuka dan cuba menghalangnya. Tetapi mereka ditolak dengan begitu keras oleh teman mereka yang bertubuh kecil itu.

Oii nak ke mana?”

Langkahnya terhenti. Mukanya dipalingkan ke atas.

Thursday, May 17, 2007

CitRa PanDang BelAKanG 1

Cerita Ini Hanya Rekaan. Tiada Kena MenGena Sama Ada Yang Hidup Ataupun Yang Sudah Tiada. Yang Baik Jadikan Teladan Yang Buruk Jadikan Sempadan. Selamat Menghayatinya. Ikuti segmen ke segmen hingga ke segmen terakhir . . . CitRa PanDang BelAKanG !

SEGMEN 1

Cg bersama teman-teman sejawatan serta lebih kurang 50 remaja melakukan lawatan di sebuah pulau di negara jiran. Melawat kawasan perkebunan, ladang ternakan ayam untuk hidangan makanan segara di negara kita, melawat perkampungan nelayan serta menjamu selera di kebun buah-buahan.

Semua peserta begitu aktif dan riang sepanjang hari. Kenderaan bas yang kami naiki adalah bas tahun lima puluhan bertingkapkan kayu. Satu pengalaman nostalgia yang cukup mencuit hati. Satu lagi yang menarik perhatian kami ialah kelihatan ramai penduduk pulau tersebut memakai pelbagai kemeja-T berlogokan nama-nama sekolah, badan-badan pertubuhan dan syarikat di negara kita. Kemungkinan besar baju derma daripada warga negara kita.

Malam menjelma. Kami semua keletihan. Selepas makam malam semua kembali ke bilik masing-masing dan diarah tidur pada pukul 10.00 malam. Kini dapatlah Cg merehatkan diri. Sejak dari subuh hingga ke isyak menjalankan tugas tanpa henti melayan karenah peserta belasan tahun yang hiper aktif. Nasib baik lawatan itu cuma tiga hari dua malam sahaja.

Baru sahaja hendak meletakkan kepala di bantal, tiba-tiba pintu bilik hotel Cg diketuk bertalu-talu. Apa sahaja budak-budak ini! Bila pintu terbuka kedua-duanya bercerita kelam-kabut dengan muka yang berpeluh dan tercungap-cungap. Teman mereka memerlukan perhatian dengan segera!

Sesampai di bilik teman mereka, Cg dapati beberapa teman memegang sekujur tubuh yang meronta-ronta mahu dilepaskan dari pegangan teman-temannya. Bilik itu panas walaupun berhawa dingin. Cg menyuruh mereka melepaskan pegangan. Dadanya berombak-ombak sedangkan matanya masih pejam. Mulutnya terkumat-kamit tanpa mengeluarkan suara.

Sebenarnya mereka merancang untuk tidur di bilik itu beramai-ramai. 6 orang sebilik. Sudah tentu mereka ada ‘projek’. Tetapi selepas kejadian itu tiada siapa yang mahu sebilik dengan teman mereka yang berkelakuan ‘aneh’ itu walaupun teman sebiliknya sendiri takut untuk menemaninya.

Cg bertanya apa yang berlaku. Teman sebiliknya berbisik di telinga Cg. Takut teman-temannya yang lain dengar sambil menjeling ke arah tingkap. Bulu roma Cg terasa berdiri dan cuba menghidu sesuatu dengan menarik nafas panjang.

Sunday, May 13, 2007

HaRi IBu





Setiap insan yang lahir ke dunia ini sudah ditakdirkan akan hidup sama ada dengan ibu kandung , atau ibu angkat atau ibu tiri atau ibu susu ataupun ibu mertua . Anak-anak dibesarkan dengan penuh kasih sayang seperti kata peribahasa kasih ibu sepanjang jalan , kasih anak sepanjang penggalan. Lebih-lebih lagi kalau anak tunggal kasihnya bagai jerat semata bonda kandung . Si ibu akan akan berkorban apa saja; kalau ibu kaya anak jadi puteri, kalau anak kaya ibu jadi budak. Ini yang dikatakan dimakan mati emak diluah mati bapa apabila si ibu tua menumpang di rumah anak.

Saat ibu tiada di samping sama ada menyahut seruan Illahi atau putus hubungan kekeluargaan anak-anak bagai anak ayam kehilangan ibu . Hilang tempat pergantungan. Mungkin dijerat oleh si ibu ayam dan bekerja di ibu kota menjadi mainan si ibu keladi . Apabila diberkas ibu jarinya diambil untuk dihantar ke ibu pejabat rumah kebajikan.

Jasa dan pengorbanan insan yang bergelar ibu ini tiada tandingannya –sesungguhnya syurga terletak di bawah telapak kaki ibu . Selamat Hari Ibu! Kaulah Ratu Hidupku!