Saturday, December 20, 2008

Kembara 3 Kota : 16


Kami bertolak daripada airpot Roma pada pukul 12.00 tengah hari dengan pesawat SIA SQ 365. Sistem bajet! Troli kena bayar! Semua penumpang dilonggokkan melalui satu pusat pemeriksaan! Apa lagi. Beratur panjanganlah. Ingat hendak belamja last minit. Kelam kabut dibuatnya!

Di airpot Roma di Kaunter SIA kami diberi layangan 5 bintang. Berbeza dengan BA 0 bintang! Para pegawainya prihatin dengan kanak-kanak. Begitu juga di dalam masa penerbangan. SIA The BEST in The WORLD!

Selama 12 jam penerbangan kami dijamu makanan berhidangan - makan tengah hari setelah berangka dan sarapan menjelang ketibaan di Singapura. Di sampingang itu minuman freeflow dan tayangan video tanpa henti - termasuk filem Hong Kong dan Bollywood. SIA perlu sertakan filem Jangan Tengok Belakang untuk peminat filem Melayu!

Jumpa Anda Di Singapura - Insya- Allah 6.30 Pagi

Friday, December 19, 2008

Kembara 3 Kota : 15


Ketika sedang menaip blog ini waktu di Singapura pukul 12.07 malam. Kami masih petang pukul 4.00 petang. Kota Roma paling "kotor". Grafiti di mana-mana. Sehingga semua Gerabak Metronya penuh dengan grafiti. Iskandar cuma mengambil gambar tetapi ditegur oleh pegawai polis. Tahu malu!

Bangunan, terowong, tembuk jalanan semua penuh dengan grafiti.

Esok kami akan berangkat pulang ke Singpura setelah menjelajah 3 kota. Tempat tinggal dan makanan tidak jadi masalah besar. Cuma kekuatan fizikal yang menentukan daya tahan di negara sejuk. Walaupun sepanjang hari ini kota Roma bermandikan cahaya matahaya tapi udara dinginnya menyusuk ke tulang hitam

Cg galakkan mengembara cara kami tanpa pakej jika tiada masalah kesihatan. Sistem pengangkutan di London, Paris dan Roma turut menggunakan bahasa Inggeris. Dan buka mulut untuk bertanya. Insya Allah tidak sesat!

Dan sepanjangan perjalanan kami, ada anggota kami kehilangan duit, kamera, mainan eksklusif namun itu adalah asam garam hidup mengembara. Bergerak dari satu tempat ke satu tempat, sehingga telupa atau tertinggal.

Esok hari Sabtu kami akan mendarat di Singapura pada waktu pagi. Doakan keselamatan kami pulang ke Singapura.

Thursday, December 18, 2008

Kembara 3 Kota : 14


Kami tiba di Roma pada pukul 10 malam waktu Singapura 3 petang waktu Singapura. Airpot Roma punya lokek, torli kena bayar 1 euro. Kami menyewa van 100 euro untuk ke hotel untuk perjalanan setengah jam.

Akhirnya kami dapat berehat setelah menjelajah 3 airpot dan dua kapal terbang. Makanan yang dihidangan oleh BA macam kata ahli politik Malaysia macam makanan . . . . Sejuk dan tidak menyelerakan. Main campak-campak sahaja. SIA The Best!

Hari kedua di Kota Roma kami saparan roti dan minuman panas. Betul punya bajet. Namun begitu alhamdullilah syukur rezeki Allah.

Kami menaiki Metro untuk ke Colosoe. 4 euro untuk satu hari. AtiQa tingga di hotel jaga ibu. Di Colosoe. Kami jumpa orang Malaysia. Beliau mengatakan baru sahaja sarapan di sebuah gerai. Dia bedal sahaja. Malaysia Boleh!

Di sini juga pekerja yang memakai pakaian tentera Roma pandai berbahasa Melayu! Sudah tentu kuasa wang! Bukan kempen mempen! Cg bergambar bersama mereka dengan pakaian tentera Roma dikenakan 5 euro!

Untuk masuk ke dalam Colosoe kami dikenakan 12 euro setiap orang. Anak-anak AyangZ free. Colosoe adalah stadium hiburan brutal pada pembesar Roma. Banduan dan harimau dilepaskan di tengah stadium yang berbentuk maze. Sesiapa yang selamat akan terlepas dari hukuman. Mereka gembira melihat harimau dan singa mematahkan tengkuk-tengkuk manusia.

Setelah sejam kami menaiki bas pelancungan yang bumbungnya terbuka untuk melihat seluruh kawasan Roma. Akhirnya kami turun di tempat tinggal kami. Di sini banyak makanan hallah. Kami kami membeli briyani ayam dan briyani kambing! Briyani dam!

Kami bersolah dan makan di hotel sebelum keluar lagi. Tiket perjalanan sehari itu menuju ke tempat-tempat destinasi pelancong. Sama ada kita turun atau duduk sahaja. Ada 8 bahasa. Kami diberikan setiap seorang alat pendengar.

Kali ini Cg tinggal di hotel menemani ibu sementara AtiQa, Skazeisk dan Ayangz ke kota Vetican untuk berjumpa Pope!

# Talian internet ini juga free untuk 24 jam. Best!

Kembara 3 Kota : 13



Hari ini kami akan terbang ke Roma. Destinasi ketiga kami. Tiba-tiba tulang bagaikan hendak tanggal. Hingus meleleh. Kepala bengang. Tekak perit. Mata macam dracula. Cg, AtiQa dan Ibu diserang demam. Kerana kami tidur sebilik virusnya cepat berkembang. Anak-anak Ayangz juga menghadapi masalah yang sama.

Kami bertolak dari Hotel pada pukul 7.00 pagi langsung ke airport dengan kos 140 euro. DI sini keadaan kami tidak juga berubah.

Di dewan keberangkatan kami sengaja masuk paling akhir. Dah tak larat. Tiba-tiba Zeti menjerit memanggil Cg. Wah ada pemain bola hendak menuju ke London. Beliau memberitahu beliau cuti kerana cedera. Kami apa lagi hilang semua demam. Kami bergambar dan meminta tandatangannya. Satu untuk AtiQa dan satu untuk Iskandar.

Pemain berasal dari Ghana ini bermain diposisi tengah. Cg memberitahunya Cg sentiasa mengikuti perlawanan pasukannya. Beliau bermain untuk Chelsea.

Tiba di London untuk ke terminal 5 macam jalan satu pusingan padang. Ibu menaiki kerusi roda ditolak oleh Iskandar hingga ke pintu kapal terbang.

Zeti telah bersedia dengan ubat-ubat kecemasan. Sementara MamaYan mendera Cg memakan ubat berkali-kali. Ada buat sakit tekat, ubat sakit perut, ubat sakit kepala, semua ada, yang tak ada ubat nyamuk! Cg terharu dengan keprihatinan mereka !

Wednesday, December 17, 2008

Tarian Metro


Kembara 3 Kota : 12


Hari ini acara bebas. Selepas sarapan kami menuju ke merche (mersi) iaitu pasar murah. Tetapi merche hanya dibuka pada hujung minggu. Namun begitu terdapat juga kedai-kedai yang dibuka. Sesuatu yang menarik di kawasan itu ada banyak kedai hallah (L nya dua) dan ramai kami jumpa mereka yang pakai kopiah haji!

Selepas merasa ayam cili padi di salah sebuah kedai kami menuju ke Champ. Kami ke Champ lagi untuk ke LV. Menurut pakar LV MamaYan barangan yang dijual jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan di London. AitQa monyok kerana tidak dapat beli LV!

Hampir sejam kami di Champ kemudian bergerak untuk makan tengah hari di Chelete. Chelete yang juga terkenal dengan kedai-kedai fesyen. Di sini juga terdapat banyak kedai-kedai hallah dan restaurant hallah. Antaranya Restoran Zam Zam. Kami makan tengah hari di sini menu hidangan daging, nasi, kentang dan sayuran.

Cuaca sungguh dingin dan berangin. Menggigil dibuatnya. Dalam keadaan menggigil itu Cg terkejut dua orang lelaki sedang berkucupan! Eh gelinya!

Di sekitar kaawan itu terdapat kedai tattoo, kedai seks, kedai CD Video, Kelab malam, dan bar minuman, kedai menjual pakaian semua sebelah menyebelah. Harganya agak mahal. Negara Eropah tidak menjual barangan tiruan. Semuanya asli. Sebab itu harganya mahal.

Ketika menuju ke Chelete di dalam Metro (MRT) kami dihidangkan dengan nyanyian dan tarian dalam Metro. Pemuda Algeria yang mengucap asalamulaikum ini begitu bersahaja untuk mencari sesuap roti. Selepas menghidangkan tarian dan nyanyiannya dia menghulurkan cawan untuk mendapatkan derma ikhlas. Kalau di Singapura mungkin kena perambat.

Kami tiba di hotel pada pukul 3 petang, TokWan dan Wawan menjaga anak-anak kelaran kerana Zeti dan Yan bersama suami mereka akan meneruskan pengembaraan mereka mencari LV!

Esok kami akan terbang ke Rom untuk destinasi kota ketiga.

Tuesday, December 16, 2008

Kembara 3 Kota : 11



Alhamdullillah matlamat hari kedua dapat kami capai. Kami keluar hotel pukul 10 pagi tetapi akibat itik berbual dnegan ayam – abourji! Kami tersesat dan sampai di pengkalan feri Jardin. Kami bayar setiap orang 12 Euro untuk perjalanan satu hari. Boleh naik berpuluh kali. Ada lebih kurang 10 jeti yang berdekatan dengan monument.

Pada pukul 11.50 River Curise kami bermula. Pemandangan bangunan antik menghiasi tebing sungai. Satu perjalanan lengkap lebih kurang 1 jam 20 minit. Kami turun di jeti Elfi Tower. Semua orang berebut-rebut untuk mendakinya. Harga tiket 12 Euro hingga ke puncak!

Cg disambut dengan asalamulaikum di pintu masuk keselamatan dan mereka kata Cg orang Malaysia! Boring habis !!

Walaupun ramai pengunjung kami tidak tunggu lama. Cuma lima minit untuk sampai di puncak. Dan walaupun ibu memberikan pelbagai alasan akhirnya ibu sampai di puncak menara Elfil pada pukul 1.00 petang atau 7.00 waktu Singapura. Pemandangan berkabus dan angin dingin menderu menyelubungi tubuh-tubuh kerdil.

Selepas itu kami tutun di jeti Champ untuk melihat tugu empat segi di tengah-tengah jalan raya. Paris begitu sibuk dan pentingkan diri sendiri. Orangnya agak kasar dan tidak semesra seperti di London.

Cerita menarik di puncak menara Elfil ialah di kawasan seluas ruang tamu rumah TokWan, AniQ buat donat! Hari ini dalam sejarah. HaziQ di tingkat satu dan AniQ di puncak menara. Mana ada tandas. Silit ajalah dan tinggalkan di sebalik tiang! Ada banyak tempat yang boleh dipilih, kedua-duanya pilih di tempat eksklufif kenangan donat di menara Elfil!

Selepas itu kami menaiki feri lagi menuju ke Masjid Besar Paris untuk bersolat. Kami tiba pada pukul 3.00 petang dan bersolat jamak. Kawasan dalamnya ada taman dan dinding-dindingnya bermozikkan siramik Algeria. Cantik dan eksklusif! Moga doa Cg dikabulkan!

Kami makan malam di tempat yang sama semalam. Jumpa pasangan berbulan madu (Singapura dengan Indonesia). Selepas makan kami berpisah. TokWan dan Wawan bersama AniQ pulang ke hotel yang lain meneruskan pengembaraan malam. Cari night market!

# Kami bernasib baik pihak hotel beri kami talian bebas internet untuk empat hari. Apa lagi kami gorenglah!

Monday, December 15, 2008

Kembara 3 Kota : 10



Hari pertama di Kota Paris. Kami bertolak dari Kota London sebelum subuh kami keluar hotel untuk ke lapangan terbang. Kami sewa dua buah teksi langsung ke lapangan terbang London. Kosnya lebih kurang 80 pound sebuah teksi.

Pada pukul 10 pagi waktu London kami terbang ke Paris. Perjalanan dalam masa hampir sejam. Hujan turun renyai-renyai.

Pukul 12 tengah hari kami menuju ke hotel yang jarak perjalanannya hampir dua jam. Kami bertukar tiga kali tube Paris. Tube Paris juga seperti sarang semut dalam tanah. Lebih berselirat. Walaupun sepatah haram kami tidak tahu berbahasa Perancis, kecuali AniQ seorang yang selalu bercakap bahasa Perancis “abourrjel”, Alhamdullilah kami tiba di hotel pada pukul 3.00 petang waktu Paris atau 10.00 malam waktu Singapura. Jarak masa 7 jam.

Setelah selesai berkemas dan mandi kami keluar berjalan. Mula-mula cari makan! Perut lapar giler! Kami terus menuju ke Masjid Besar Paris. Restorannya eksklusif! Power. Satu hidangan 15 atau 20 euro! Boleh semput! Satu pingan SDG $30.00 atau SDG $40.00 !!!

Setelah minum kami keluar menyusur jalan. Kami makan di kedai Algeria yang harganya macam Mc Donal. OK lah tu! Puas makan dan kenyang!

Setelah itu kami ke Masjid Besar Paris. Tapi tidak dibenarkan masuk. Ditutup selepas asar. Sebenarnya waktu solat di London dan Paris terlalu singkat. Pukul 12 hingga 3.50 zohor dan asar. Pukul 4 dan 5 waktu maghrib dan isyak. Waktu malam panjang dari pukul lima petang hingga 7 pagi. Pukul 4 dah malam!

Kami bertukar tube lalu ke Meesu de Louve! Ada apa di sana? Anda menonton filem Code Leonado de Vinci! Mencari potret Mona Lisa! Millinium Man! Dan Napeolen ! AtiQa sibuk cari piramid terbalik !!!

Ekstra :

Kenapa bahasa Inggeris berkembang! Sekarang Jepun, China dan Arab! Tidak ada kempen minggu, bulan atau tahun bahasa! Merepek! Buang masa. Mereka bersandiwara! Pura-pura!

Caranya mudah! Kuasa wang!

Cg ditegur oleh pegawai imigresin London yang cap paspot dan bertutur dengan Cg dalam bahasa Melayu. Cerita panjang pulak tu pasal Singapura. Kemudian ketika di Bayswater – penjual Mat Saleh tawar menawar dengan Cg dalam bahasa Melayu! Sebelum itu ketika meragau turun dari tube untuk ke Paddington pekerja tube berbual dalam bahasa Melayu menunjuk arah Hotel Dolpin. Hari ini di restoran eksklusif di Kota Paris Cg berbual mesra dengan pekerja restoran itu dalam bahasa Melayu. Mereka gembira berbahasa Melayu. Ikhlas! Bukan berpura-pura untuk bulan bahasa!

Bila orang Melayu mewah dan berada bahasa Melayu turut berkembang. Untuk menarik pelanggan mereka akan menggunakan bahasa Melayu. Yang Cg sedih mereka masih menganggap kami semua orang Malaysia! Namun begitu di mata masyarakat antarabangsa bangsa Melayu ada kuasa membeli! Kita patut berterima kasih kepada Dr Mahathir yang menaikkan status Melayu di mata dunia!

Sunday, December 14, 2008

Kembara 3 Kota : 9



Hari ketiga di kota London kami berpindah tempat tinggal dari West Silvertown ke Paddinton. Pagi-pagi kami berarak ke stesen West Silvertown. Tetapi kecewa! Tubenya rosak. Kami disediakan bas untuk ke stesen Canary Warf. Dari stesen itu kami menaiki untuk ke Paddinton.

Selepas tiga hari di kota London kami mula mengenali Paccadally Line, Victoria Line, Circle Line, Distret Line. Sebenarnya terdapat lebih daripada 20 line perjalanan tube. Kota London sebenarnya macam sarang semut dalam tanah!

Kami blur sotong mencari arah. Syurkur seorang baya tegur cg dalam bahasa Melayu! Dan menunjuk arah ke Norfork Square. Hujan turun renyai-renyai menyambut ketibaan kami. Alhamdullilah terlalu banyak kedai makan halal. Ada pizza halal, kebab halal, restoran India halal. Kami sarapan pagi di Bonda Café (Mara House) makan nasi lemak dan the tarik. Harga nasi lemak SDG $9.00 ! Prata SDG $8.00 !

Check In hotel 2.30 petang. Ada masa tiga jam lagi kami ke Camton Town macam kedai-kedai di Bugis Street! Yang menariknya gelagat gaya punk dengan rambut, pakaian dan aksinya! Betul-betul happening!

Barangan yang dijual 10 kali lebih murah daripada di Harrod. Macam Petaling Street atau bazaar Geylang ketika menyambut hari raya! Boleh tawar kalau berminat.

Setelah check in kami keluar pagi pada pukul lima untuk ke Bayswater! Kalau naik tube cuma satu stesen. Di sini pulak macam kawasan Bukit Bintang di KL. Banyak sangat restoran Arab, siap dengan sishanya sekali!

Barangan cenderahati banyak terdapat di sini. Jika ke London mesti singgah di sini! Ada makanan halal dan harga barangan juga murah untuk oleh-oleh bandung! Siapa penjual yang menguasai kedai-kedai tersebut? Sudah tentu saudara masa Mustaffa Center!

Esok kami akan ke Kota Paris dengan kapal terbang BA pada pukul 9.00 pagi. Jumpa anda esok! Selamat Pagi – 5.48 pagi waktu Singapura!

# Cg gunakan free.hotpots.com - talian internet percuma! Sekarang pukul 10.00 malam!

Kembara 3 Kota : 8



Hari kedua di kota London kami habiskan masa dengan bersiar-siar dari pagi hingga ke malam. Cuaca menyebelahi kami. Terang tapi dingin.

Selepas sarapan kami terus menaiki tube untuk ke Arsnel Stadium. Peminat giler AtiQa. Keluar dari tube tersergam stadium di depan mata kami. Kami membayar tiket untuk mengikuti tour pada pukul 12.00 tengah hari.

Pada mulanya kami fikir Cuma kami 10 orang sahaja. Tetapi rupanya melebihi 50 peminat yang mengikuti tour tersebut.

Tour bermula ke bilik VIP. Jika ingin duduk menonton dari bilik ViP sediakan 25 ribu pound sebuah kerusi. Di sebelah kawasan ViP cuma 4 ribu dan mesti ikat perjanjian 4 tahun. Jika hendak selesa pilih jadi ahli diamond, hanya 250 ribu pound setahun. Disediakan parking, minuman dan makanan! Arsenal memang hebat!

Selepas itu kami dibawa ke bilik pemain menyalin pakaian sebelum perlawanan. Ada bilik doctor, peralatan x-ray, jakuzi terapi dan ruang memanaskan badan. Bilik menyalin pakaian mengikut feng sui cina – bentuk tapak kaki kuda (ladam). Pemain duduk mengikut peranan dan kapten duduk di tengah-tengah. Mereka tidak boleh gunakan bahasa lain kecuali English!

Kami melalui terowang pemain menuju ke padang. Wah sungguh hebat.Semua kerusi kusyen berwarna merah berjumlah 64,500 buah kerusi.Terdapat dua skrin besar LCD di kiri kanan stadium. Cg bertuah dapat duduk kerusi no 13 yang diduduki oleh Asner Wegner ketika perlawanan berlangsung.

Iskandar bertanya kepada pemandu kami kenapa kita dapati padang itu berbelang-belang di televisyen sedangkan tiada apa-apa warna yang digunakan. Anda tahu jawapannya? Sila tag jawapan anda, OK!

Akhirnya kami dibawa pula ke bilik repoter yang dilengkapi dengan peralatan komputer untuk membuat laporan. Sebelum itu kami ke bilik persidangan akhbar selepas perlawanan. Di mana manager Arsenal akan menjawap segala soalan yang dilontarkan oleh pihak pemberita. Di sini kami diberi peluang untuk mencuba jadi pengurus menjawap soalan pemberita.

Tour berakhir pada pukul 2.00 petang! Satu informasi yang lengkap dan menarik dengan jenakanya sekali. Tiba-tiba perut rasa lapar!

Di depan stadium terdapat kebab halal dan ayam halal (Missisipi Café) dan kelihatan para jemaah solat jumaat baru keluar dari musalah! Ya sebelah stadium dari musalah!
Selepas makan kami ke musalah untuk solat zuhur dan asar.

Solat Jumaat dilakukan 3 kali. Pukul 12.00, 12.45 dan 1.30 petang! Bilik musalahnya lebih kurang sebesar ruang tamu rumah cg yang boleh muat lebih kurang 60 jemaah sekali sembahyang.

Acara petang kami ke Harrods – Pusat beli belah alFayad! Barangannya memanglah eksklusif. Kami dapati majorityi pelangannya dari timur tengah! Yang sedihnya terdapat peminta sedekah bertudung di pintu masuk! Masya-Allah!

Kalau di Negara kita sepuluh biji rambutan cuma RM $1.00 sahaja. Tetapi di Harrods harganya 22 pound (SDG $45.00) dan manggisnya 19 pound! Nenas yang dipotong kiub 10 pound (SDG $23.00) yang kita beli di gerai buah cuma SDG $2.00!

Jangan bazirnya wang bila ke Harrod! Mereka bukan beli barang tetapi beli glamour – jenama Harrod!

Friday, December 12, 2008

Kembara 3 Kota : 7


Pagi ini 11.12.08 kami akan ke London pada pukul 10.00 pagi (06.00 petang waktu Singapura). Pada pukul 8.00 pagi waktu Singapura ibu terima SMS daripada AlHakim mengenai keputusan SIM nya. Tahniah !! GPAnya 3.96 ! Tahniah daripada AniQ, Isyah dan HaziQ ! We love You !!

Insya-Allah kami akan tiba di London dalam masa sejam. Servisnya BA macam bajet airline ! Secara kebetulan ketika tiba di London pintu keluarnya rosak. Kami terperangkap hampir setengah jam! dan terpaksa turun melalui tangga biasa!

Ketibaan kami di London disambut oleh teman Iskandar yang menunjuk arah rumah tumpangan kami selama 2 malam di West Brown. Kami terpaksa menggunakan 3 MRT yang berlainan arah perjalanan yang jarak perjalanannya lebih kurang 1 jam setengah.

Selepas bersiap solat kami menuju ke Cutty Sark untuk naik River Cruise sungai Thames. Kos perjalanan 8.35 pound. Tetapi oleh kerana kami ada kad London Pass (tiket MRT) diberi diskaun hanya 5 pound untuk perjalanan sehala.

Angin sejuk menyucuk ke tulang hitam. Walaupun baru pukul 4.20 petang ketika kami menaikinya tetapi seakan 10 malam gelapnya!

Kami bergambar giler bila tiba di London Bridge (yang "falling down")begitu juga ketika berada di London Eye. Keindahan waktu malam yang disinari cahaya lampu begitu mewarni kegelapan malam. Big Ben menjadi mercu tanda London sejak dahulu lagi berdiri megah di tebing sungai Thames.

# Pukul 9.00 malam semua kepenatan dan sekarang sedang lawan berdengkur! Cuba teka tengkoran siapa yang paling kuat!

# Kami makam malam di Snax di sebelah stesen Victoria sebelum bergerak pulang. Ada Mee Singapore !!!

Kembara 3 Kota : 6



Kami tiba di stadium Manchester United pada pukul 5.00 petang. Peminat gilernya sudah mula masuk stadium. Di hotel kami juga ada bas rombongan yang menginap untuk menonton perlawan bola malam ini antara Man U dengan Aalborg.

Ketika stadium belum penuh kami mula masuk ke stadium. Alangkah terkejutnya kami. Tempat duduk kami di tepi padang di penjuru kiri. Depan sekali. Wow !!!

Kami bergambar sepuas hati. Setengah jam sebelum perlawanan kedua pasukan keluar memanaskan badan. Kami bernasib baik pasukan Man U berlatih di depan kami dengan jarak hanya 10 meter sahaja. Begitu jelas menatap wajah dan aksi mereka. Apa lagi kami melonjak dan menjerit-jerit macam orang kehilangan akal !!

Kami juga bernasib baik kerana dapat melihat ketiga-tiga gol jarangan di depan kami. 2 daripada Aalborg dan 1 daripada Rooney. Lihatlah ulang tayang jaringan di televisyen atau video, pasti anda akan melihat kami.

Setelah pulang cg menonton televisyen dan dapat mengecam kedudukan kami yang berlonggok di penjuru kiri tayangan ketiga-tiga gol tersebut.

Kami puas menyanyi, mengejek, menjerit ketika menonton dengan peminat giler Man U yang tidak putus-putus menyanyi. Glory Glory United !!!

Kembara 3 Kota : 5



Malaysia yang menobatkan Islam sebagai agama rasmi mengumumkan hanya 18 hotel seluruh Malaysia ada sijil halal. Menurut Timbalan Menteri Dato’ Dr Mashita Ibrahim 2000 hotel yang lain tiada sijil halal !!! Kita pernah makan di hotel-hotel di kota, di bandar dan di pulau-pulau Malaysia.

Pagi ini kami di Manchester menghadapai masalah sijil halal. Kami hanya menjamu selera roti, telur dan buah-buahan. Menurut pelancong Malaysia yang kami temui di stadium Manchester United, beliau mengatakan “Saya bedal saja”. Ya sesungguhnya Malaysia Boleh !!!

Selepas sarapan pada pukul 09.00 pagi kami ke Piccadaly Manchester yang terkenal dengan pusat membeli belahnya. Kami berkunjung ke bazaar xmas (macam basar Geylang) untuk menyambut hari kebesaran mereka.

Kemudian kami ke Primark, pusat membeli belah yang termurah. Harga daripada 1 pound hingga 10 pound. Harga baju perempuan menurut AtiQa berharga $20,00 di Bugis Juntion Singapura sedangkan di Primark antara 2 hingga 4 pound bersamaan SDG $5.00 hingga $10.00.

Kami mendapat bantuan daripada seorang pelajar Cina Malaysia yang berusia 19 tahun menjual surat khabar di jalanan. Beliau yang menunjukkan arah tempat lawatan kami di Piccadaly Manchester. Bahasa Melayunya macam air dan menunut di Manchester dengan teman lelakinya sahaja!

Sebelum pulang kami membeli makanan di Kebab House di depanPrimark. Kami bergegas pulang kerana untuk ke stadium Old Trafford pada pukul 04.00 petang untuk mengelakkan kesesakan lalu-lintas dan rempuhan peminat giler Man U.

Wednesday, December 10, 2008

Kembara 3 Kota : 4



Kembara pertama kami ialah mengunjungi stadium Manchester United di Old Traford.

Kami menaiki bas dari Hotel Premier Inn bas no 18 menuju ke Manchester Town dan kemudian menukar bas 236 untuk ke stadium.

Tambang bas kami beli 3.5 pound untuk pakej perjalanan sehari. Tidak kira berapa kali, Satu penjimatan kerana sekali perjalanan kosnya antara 2 atau 3 pound (SDG $4.30 hingga $7.00).

Pada pukul 10.00 pagi kami tiba di Stadium Manchester yang menjadi mercu tanda agung bagi peminat bola sepak dunia. Stadium dibanjiri oleh para peminat dan pelancong yang ingin turut merasakan kehebatannya. Kami bertemu dan berkenalan dengan dua keluarga Malaysia di situ.

Kami menuju ke museum Manchester United yang merakamkan setiap detik kegemilangan menjuarai setiap trofi kebangaan pemain dan peminat giler bola sepak. Sudah tentu peminat gilernya turut merasai kebanggaan yang tidak terkata. Betul tak Herman? Betul! Betul! Betul!

Kami juga turut masuk ke stadium untuk merakam gambar. Medan perjuangan Ryan Gigg, Ronaldo, Van De Sar, Rooney dan lain lain lagi termasuk David Beckham. Kami juga berusaha untuk mendapatkan tiket perlawanan Champions Leauge antara Manchester dengan Aalborg malam esok. Tapi kehampaan kerana tiket sudah siang-siang sold out !!!

Dengan kehampaan kami menuju ke Mega Store yang menjual pelbagai barangan jenama Manchester United, termasuk jersi, bola, cenderahati, poster dan peralatan rumah. Kami bagaikan orang jakun. Mata telah kelabu dengan jenama Manchester United. Sama ada yang berwarna putih, merah ataupun biru. Yang penting logo Manchester United !!!

Sekali lagi kami ‘kehampaan’ jersi-jersi bola yang dijual dari 15 pound sehingga 200 pound itu made in Thailand, made in Morocco, made in India, made in China, made in Indonesia, dan yang paling gelak habis made in Malaysia !!! Mana dia made in UK ?

Ketika membayar di kaunter jualan, Iskandar bertanya ada lagikah tiket perlawanan antara Manchester dengan Aaborg. Setelah dicheck oleh jurujual di komputer, beliau mengatakan ada beberapa tiket yang dipulangkan. Kami pun tanpa banyak bicara terus menempahnya. 6 dewasa dan 2 kanak-kanak.

Ya !!! kami akan menonton perlawanan Manchester United dengan Aalborg secara live di stadium. Yang kami tidak jangkakan kami akan dduduk di baris kedua, tempat duduk berkerusi. Jadi jangan lupa saksaikan kami semua di belakang gol. Ya tempat duduk kami di belakang gol baris kedua !!! Yaahhoooo !!!!

# Makan malam kami ialah kebab Taste Buds halal yang kami temui di sebelah stesen keratapi SALE di kawasan stadium Manchester United. Harganya antara 2 pound dengan 3.30 pound (SDG $4.00 hingga $6.00) sama seperti di Simpang Bedok !

# Jangan lupa tonotn perlawanan bola malam ini bersama kami di stadium Manchester, Old Traford !!!

Kembara 3 Kota : 3



Pagi ini pada pukul 08.30 pagi waktu Singapura kami masih berada di atas Laut Caspian (Utara Iran)

Dijangkakan kami tiba di Manchester pada pukul 04.30 petang waktu Singapura atau 5.30 pagi waktu Manchester.

Buntut naik panas! Kami sudah terbang dalam 07 jam dan lagi 07 jam lagi insya-Allah baru mendarat !!!

Pada pukul 12.00 tengah hari waktu Singapura kami berada di Berlin.sejan setengah lagi kami insya-Allah sampai di Manchester. Waktu di Manchester kini pukul 04.00 pagi.

Buntut macam hendak meletup!

Sarapan pagi pada pukul 04.00 pagi waktu Singapura. Hendak terbegik dibuatnya - makan waktu tidur!

Akhirnya setelah 14 jam dalam penerbangan kami mendarat dengan selamat pada 05.40 waktu Manchester atau 01.40 petang waktu Singapura.

Kami bersolat subuh di bilik pelbagai agama yang disediakan oleh pihak airport Manchester. Alhamdullilah!

# Tiba-tiba AniQ buat donat. Power !!! Satu kapal terbang kongsi keharumannya !!!

Kembara 3 Kota : 2



Pada 11.55 kami berada di perut kapal terbang SIA dan dengan kelajuan 325 km sejam kami terbang di udara dan berada di ketinggian 1800 meter daripada paras bumi.

Kami mengucapkan terima kasih pada keluarga Surgawijr dan keluarga Encik Salleh (Babah Iskandar) yang mengucapkan selamat jalan kepada kami.

Pertemuan yang singkat itu diceriakan dengan gosip artis ahli keluarga HMS!

Ramalan gosip artis blog hjmsalleh nampaknya menepati. Gosip artis kpak kpak bing bing!

Pada pukul 01.00 malam kami mula dijamu makan malam dan pada pukul 2.00 pagi kami cuba melelapkan mata.

# Terdapat 80 tayangan video pelbagai bahasa kecuali filem Melayu untuk dipilih dan permainan video untuk mengisi masa penumpang sepanjang perjalanan selalam lebih kurang 14 jam. Aduh lamanya !!!

Monday, December 08, 2008

Kembara 3 Kota : 1


Malam ini bermula Kembara 3 Kota pada pukul 23.55 malam dengan kapal terbang SIA SQ328 di Teminal 3.

Kami seramai 10 orang terdiri daripada keluarga TamanBahasa, Skazeisk dan Ayangz. Muhd Nur AniQ yang baru selesai pagi tadi menjalani ibadat aQiQah sempena aidil-adha di Masjid Siglap pada pukul 10.30 pagi dan seekor lagi di Masjid TaQwa, Bedok pada pukul 12.30 tengah hari adalah peserta termuda yang berusia 18 bulan.

Selama 12 hari kami akan mengembara ke tiga buah kota kosmopolitan London (England), Paris (Perancis) dan Rom (Itali) tanpa pemandu pelancong. Kami hanya membeli tiket kapal terbang dan tempat penginapan.

Aturcara lawatan diatur oleh Skazeisk di Englang (Manchester, Liverpool dan London) dan di Kota Rom. Sementara Ayangz ditugaskan menyusun aturcara kembara di Kota Paris.

Insya Allah kami akan update setiap hari melalui laptop NEC yang kecil molek sesuai untuk tujuan kembara.

Kembara 3 Kota



Not Just A HoliDay . . . It's An AdVentuRe
Silalah Ikuti Pengembaraan Kami Di Rantauan
Di TamanBahasa
Bermula Dari 08 Disember 08 - 20 Disember 08

Friday, December 05, 2008

Kuiz Raya Korban 08



01 Kedua-dua putera Nabi Adam mempersembahkan korban mereka kepada Allah. Korban siapakah yang diterima? Qabil atau Habil? : __________ .

02 Allah memerintahkan korban haiwan untuk menghidupkan seorang yang mati dibunuh supaya berkata siapakah pembunuhnya. Kisah Nabi __________ a.s. (Musa atau Sulaiman)

03 Haiwan yang tergolong dalam kategori haiwan korban ialah kambing, lembu, unta dan : __________ .

04 Dalam masa setahun (365 hari) kita dibolehkan melakukan ibadat korban selama berapa hari? __________ hari.

05 Seorang yang melakukan korban dikehendaki menyedekahkan seluruh daging korban dan ditegah memakan dagingnya. Kenapa? : Sebab beliau __________ .

06 Penganut Islam yang sanggup korban harta dan nyawa untuk mempertahankan agama Islam kerana Allah : __________ . (itahj)

07 Kisah seorang anak yang sanggup korban kesenangannya dengan memapah dan menggendong ibunya ke mana jua beliau pergi, beroleh keramah setelah ibunya meninggal dunia. Kisah Nabi __________ a.s (Musa atau Sulaiman)

08 Upacara khurafat korban haiwan dilakukan agar tuaian padi dan hasil tangkapan ikan lumayan (Malaysia) : __________ . (abngu acakn)

# Sila kirimkan jawapan dengan klik : Kuiz Raya Korban